Aplikasi web + PWA yang menukar rakaman mesyuarat, kuliah dan temuduga menjadi transkrip berlabel penutur, ringkasan dan action items bercap masa boleh diklik. Padanan ayat Quran datang terus daripada pangkalan data tempatan — bukan hasil tulisan AI — supaya petikan suci tidak pernah tersilap. Sokong Bahasa Melayu, English dan Arab bercampur dalam satu ayat, dengan antara muka dwibahasa penuh.