[su_frame][/su_frame]

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Kalau tak sempat juga, eloklah disimpan dalam peti ais ruang beku. Ia bagi mengelakkan uri tersebut berbau. Lagipun pesan orang tua tidak elok dibiarkan lama-lama. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Kalau petang, takut nak tanam malam, simpan dulu dalam peti, pagi esoknya baru cuci dan tanam.

Amaran!!!! Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara Mencuci Uri

1) Mulakan dengan baca Bismillah. 

2) Bacakan beberapa surah. Saya amalkan baca surah bacaan Buka Gelanggang Silat Gayung, iaitu Sekali al-Fatihah, 11 kali surah al-Ikhlas, Ayatul Kursi sekali dan selawat 3 kali. Kemudian, hembuskan sedikit nafas perlahan-lahan sambil mendoakan yang baik-baik untuk anak kita.

3) Cuci bersih-bersih dengan air Mutlak untuk hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo. Teruskan  berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

 

Kaedah Menanam Uri

1) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing atau binatang-binatang lain nanti

2) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

3) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

4) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

5) Jangan di letak lilin dan atau barang-barang yang konon-kononya bagi manfaat kat anak dan sebagainya. Ini yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

 

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

Kredit untuk Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!