Tiga perkara seorang affiliate untuk menjana pendapatan.

Walaupun perniagaan affiliate adalah ringkas, anda jangan biarkan ia untuk menutup kesempurnaan dalam perniagaan. Maksudnya, walaupun ia ringkas, anda perlu memastikan ia lengkap. Jika anda mahu menjadi seorang super affiliate, anda perlu melakukan beberapa perkara dahulu. Walaupun tiga perkara ini bukanlah wajib untuk anda miliki, ia adalah perkara yang penting dalam pemasaran affiliate.

 

Jika anda memiliki tiga perkara ini, perniagaan affiliate anda akan lebih berjaya. Berikut adalah tiga perkara tersebut

 

Website anda.

[su_frame][/su_frame]

Jika anda tiada website, anda tidak bersedia lagi untuk melakukan promosi. Bagi mereka yang mempunyai modal, anda boleh bangunkan website menggunakan domain dan hosting berbayar. Jika anda tiada modal, untuk permulaan, anda boleh gunakan webiste percuma seperti wordpress atau blogspot.

 

Di website anda, anda boleh pilih sama ada menulis mengenai minat anda ataupun review produk affiliate. Anda perlu fokus pada satu teknik penulisan supaya pembaca tidak akan lari akibat perubahan nada di dalam penulisan. Melalui website yang anda bina, anda juga boleh menangkap lead dengan meletakkan bahagian lead capture dalam website anda.

 

Satu perkara yang anda perlu utamakan dalam website anda adalah menjadikan ia unik supaya mereka yang melawat website anda akan datang kembali di kemudian hari.

 

Insentif.

[su_frame][/su_frame]

Insentif adalah bonus di mana anda memberinya kepada pembeli yang membeli dari link affiliate anda. Ada isu mengenai pemberian bonus di mana mereka yang berpengalaman akan lebih ke hadapan kerana mereka tahu apa kombinasi terbaik dan ia menghalang promosi secara adil sesama affiliate terutamanya newbie affiliate.

 

Namun, anda jangan takut dengan situasi ini kerana pasti ada ruang untuk anda mencelah di sebalik kehebatan bonus yang di beri oleh para otai affiliate. Untuk memberi lebih ummpph dalam pemasaran affiliate anda, anda boleh memberi bonus yang lebih banyak dari pesaing anda. Jadi, anda boleh menarik pembeli yang memandang kepada kuantiti.

 

Berikut adalah jenis-jenis bonus yang boleh anda berikan

 

  • Perkhidmatan
  • Produk yang berkaitan
  • Kemahiran yang anda ada.

 

Trafik

[su_frame][/su_frame]

Perkara terakhir yang seorang affiliate perlu ada adalah kemahiran mencari trafik. Ia adalah kombinasi yang menarik iaitu website sebagai kubu promosi produk affiliate anda, insentif sebagai penarik untuk pelanggan membeli dari anda dan trafik menceritakan segalanya. Maksudnya jika banyak trafik berkualiti yang  anda dapat tarik ke website anda, lagi banyak jualan yang boleh anda lakukan.

 

Berikut adalah beberapa teknik untuk menarik trafik :

  • Pemasaran forum
  • SEO
  • Pemasaran artikel
  • Pemasaran video
  • Pay per click
  • Iklan banner
  • Dan sebagainya.

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!