Rata-rata, bila ditanya memang minat memulakan perniagaan. Tetapi, ramai juga antaranya yang melengah-lengahkan waktu untuk memulakan perniagaan. Lebih-lebih lagi kerana tiada modal untuk memulakan perniagaan. “Takde Modal” sering menjadi kekangan dalam berbisnes. Apatah lagi kalau perniagaan yang ingin dimulakan adalah perniagaan yang besar.

Hendak melakukan pinjaman perniagaan dari bank, waktu ini agak sukar, tidak seperti dulu. Ada juga yang bergantung kepada ingin mendapat bantuan modal dari kerajaan untuk memulakan perniagaan. Tidak salah kedua cara ini, namun kedua cara ini adalah cara yang tidak pasti akan dapat.

Apa yang pasti adalah usaha kita sendiri dalam mencari modal dan bukan alasan tidak mahu mencari modal.

nomodal

Pernah saya bertanya kepada seorang rakan yang ingin memulakan perniagaan restoran, kekangannya memulakan restoran kerana tiada modal. Saya bertanya, apa yang diperlukan? Jawapannya sewa premis, tukang masa, meja, kerusi, kaunter, barang hiasan dan seribu satu lagi perkara. Jumlah modal yang diperlukan dalam RM200,000.

Saya tanya semula kepadanya, kenapa tidak mula kecil. Buka gerai, atau pushcart, atau gerai mobile yang agak murah, dan kumpulkan duit dulu sehingga cukup untuk membuka restoran.

Jawapannya pula “Alaa… susah la camtu”

Susah?

Terkejut juga saya mendengarnya. Menunggu modal RM200,000 untuk membuka restoran, tidak pula susah. Tetapi memulakan perniagaan kecil dilihat susah? Cuba mencari pinjaman bank atau cuba mendapat geran kerajaan tidak pula susah, tetapi berusaha berniaga dari kecil dan kembang menjadi besar, susah pula?

Pelik juga manusia ni 😉

Tetapi, hakikatnya itu yang terjadi selalu. Ramai yang ingin memulakan perniagaan yang terus besar. Terus nampak hebat, mempunyai premis, pekerja yang ramai, dan peralatan yang canggih. So,  bila keluarga, saudara mara  atau kenalan lihat, nampak agak gah perniagaan yang kita jalankan.

Tidak ramai yang sanggup bermula kecil dahulu, untuk mengumpul modal sedikit demi sedikit, dan kembangkan perniagaan secara berperingkat. Mungkin mereka tidak dapat lihat, perniagaan kecil hari ini, 10-20 tahun yang akan datang boleh menjadi besar dengan usaha yang dilaburkan.

ontable

Masalah yang lebih besar adalah, sekiranya bermula perniagaan yang bermodal besar terus, tanpa pengalaman berniaga, besar kemungkinan perniagaan itu akan gulung tikar. Yang bankrupt pun ramai. Nauzubillah. Mana taknya, pengalaman berniaga kecil pun tiada, masakan pula nak berniaga terus besar? Modal besar, maka tanggungjawab juga besar. Ianya tidak semudah yang dilihat.

Tetapi, sekiranya bermula kecil, maka risiko juga adalah kecil. Namun, apa yang lebih penting adalah pengalaman dan ilmu yang dapat dikumpulkan dalam membesarkan perniagaan yang kecil itu. Pengalaman berniaga akan menguatkan kita sebagai usahawan peringkat demi peringkat. Nanti, bila perniagaan menjadi besar, InsyaAllah segala ilmu perniagaan telah dipelajari dalam perjalanan dari berniaga kecil hingga besar.

Peringatan saya kepada bakal usahawan, tidak perlu menjadikan modal sebagai alasan. Mulakan kecil dahulu. Hendak terus membuka kedai atau jaringan jenama kosmetik sendiri, memang memerlukan modal yang besar.

Tetapi, cuba dulu niagakan barangan kosmetik orang lain sebagai agent kecil-kecilan katakan- bina pengalaman dan tambahkan ilmu. Modal juga akan menjadi kecil.  Fikirkan, kalau tidak boleh menjual 100-200 produk orang lain, bagaimana pula hendak menjual 10,000-20,000 atau lebih produk sendiri.

Fikir besar… tetapi mula kecil!

*Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai saya selama 6 bulan di Porgram Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Sekiranya anda berada berdekatan dengan Kuala Lumpur, pada Khamis 2hb (ESOK) jam 10.00 pagi, saya ingin berjumpa anda untuk berbincang keperluan anda. Sekiranya anda mempunyai masa untuk berjumpa untuk tahu lebih lanjut program 6 bulan ini, hubungi kami di 03-77292277 untuk berjumpa dengan saya.

Sekiranya tidak dapat berjumpa, klik di sini  untuk keterangan lanjut. Kami juga menyediakan pembelajaran secara online khusus bagi mereka yang jauh dari Kuala Lumpur (baca di ruang Soalan Lazim untuk keterangan lanjut).

 

Perniagaan, Kewangan & Motivasi

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!