Isu tag masih berlaku sehingga sekarang.

Ramai yang marah-marah apabila mereka di-tag oleh rakan FB mereka tanpa ada keperluan.

Jika kita menggunakan profile untuk berkongsikan tip, tulisan berguna dan seumpamanya, sebenarnya kita boleh tag rakan-rakan (Friends) pada tulisan status itu.

Namun ada caranya…,

iaitu dengan meminta persetujuan mereka. Contoh:

“Saya akan menulis tip-tip berkaitan Internet Marketing dari semasa ke semasa. Berikan komen “Tag” di bawah jika anda mahu di’tag’ pada setiap kali saya ada tip baru yang dikongsikan di sini. Tujuan tag adalah agar tuan-tuan tidak terlepas tip-tip penting daripada saya di sini.”

Selepas mereka menyatakan “mahu” dan bersetuju, maka kita boleh tag mereka dari semasa ke semasa.

Satu perkara penting di sini adalah, jangan tag mereka terlalu kerap. Katakan anda melakukan 10 kali perkongsian dalam sehari di FB, elakkan anda tag mereka sebanyak itu juga.

Cadangan saya adalah, jika satu kali seminggu sudah memadai, iaitu pada post “premium” anda. Post premium bermaksud, post yang amat berguna, bermanfaat dan mempunyai nilai ilmu atau informasi yang amat tinggi.

Dengan menggunakan kaedah tag, tulisan anda boleh dilihat dan dibaca oleh rakan-rakan FB yang di-tag itu tadi. Bayangkan jika seorang rakan yang di-tag mempunyai 1000 orang Friends, dan anda pula tag seramai 20 orang. Maka potensi pembaca anda adalah seramai 20,000 orang (biasanya 20% daripada jumlah ini akan nampak tulisan anda). Berapa pula jumlahnya jika anda tag lebih ramai?

Satu lagi tip penting adalah, apabila anda kongsikan tulisan anda di Facebook, sertakan ia sekali dengan gambar ataupun imej. Ini kerana, anda boleh tag lebih ramai Friends jika post anda disertakan dengan imej.

Sebab kedua menggunakan imej adalah, ia lebih mudah di-share oleh pembaca, selain daripada ia lebih mudah menjadi ‘viral’. Ini terbukti melalui kajian-kajian yang telah dilakukan oleh banyak pihak dan pakar.

Kesimpulannya:

1. Sebelum tag, dapatkan persetujuan rakan-rakan FB anda terlebih dahulu.

2. Tag mereka dalam tempoh waktu tertentu sahaja. Jangan terlalu kerap.

3. Gunakan imej pada setiap perkongsian (post status).
__
Nota sampingan: Menjual secara terus melalui profile FB akan memungkinkan akaun FB kita di”suspend” atau terus di”terminate” oleh pihak Facebook. Jika mahu juga menggunakan profile untuk menjual, lakukan ia secara “halus” (softselling).

Teknik Rahsia Perniagaan Internet – Pelajari Buat Duit Mudah Melalui Bisnes internet.

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!