Dalam perniagaan, sama ada perniagaan offline ataupun online, formula yang jarang didedahkan adalah memaksimakan keuntungan melalui pelanggan sedia ada. Menjual kepada mereka adalah lebih mudah berbanding mendapatkan pelanggan baru.

Selain mempromosikan produk kepada pelanggan baru, kita juga perlu terus berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan sedia ada. Persoalannya, bagaimana?

Sebelum itu, anda perlu menjual produk yang sesuai. Untuk memastikan pelanggan sedia ada membuat pembelian lagi dan lagi, serta berterusan dengan konsisten, produk yang dijual harus sesuai.

Anda perlu menjual produk yang “pakai habis buang”.  Setelah pembeli habis menggunakan produk itu, mereka perlu beli lagi. Contoh produk sebegini adalah seperti makanan dan produk kesihatan.

Anda juga boleh menjual banyak produk sama jenis (kategori). Contohnya, selain anda menjual karipap segera di Facebook Page, anda juga menjual serunding daging, dodol dan sebagainya. Semua produk itu adalah dalam kategori yang sama iaitu makanan.

Contoh lain pula adalah seperti menjual pelbagai jenis tudung. Terdapat pelbagai jenama, warna dan jenis kain. Sudah pasti pelanggan yang membeli tudung jenis A, pada satu hari nanti mereka akan membeli tudung jenis B pula.

Baik, teknik mudah yang dimaksudkan pada tajuk artikel ini adalah Facebook Group. Wujudkan sebuah Facebook Group khas untuk pelanggan anda. Masukkan (add) mereka ke dalam group itu, atau minta mereka klik pada “Join Group”.

Seni Komunikasi dengan Pelanggan Sedia ada

Setelah kita masukkan mereka ke dalam group khas itu, kita perlu berinteraksi dengan cara yang berbeza, tidak sama seperti saat permulaan mereka membeli daripada kita. Cara perbualan, tulisan dan jawapan harus lebih ‘mesra’. Elakkan bahasa yang mengarah-arah dan meletak mereka sebagai pelanggan semata-mata. Anggap mereka sebagai ‘kenalan’.

Bina satu komunikasi yang harmoni bersama mereka tanpa terlalu kerap menjual dan membuat promosi. Apabila ingin membuat promosi di group tersebut, tulis ia dalam bentuk “soft” seperti ‘Ada stok produk A baru masuk. PM saya kalau mahu tempah ya. Elakkan promosi yang “hard” seperti ‘beli sekarang’ atau ayat-ayat yang ‘menakut-nakutkan’ mereka.

Pelanggan sedia ada adalah aset paling penting bagi kita. Mereka perlu dilayan dan dijaga dengan baik agar selain mereka terus membeli daripada kita, mereka juga akan mencadangkan produk yang kita jual kepada rakan-rakan mereka yang lain. Ini berlaku setelah mereka berpuas hati dengan layanan dan komunikasi baik yang kita berikan kepada mereka.

Belajar dengan pakar bagaimana buat duit dan bisnes dengan facebook melalui Formula Khas!

Video Tutorial FB Cash Formula

Fb Cash Formula Rahman Basri

Video tutorial bagaimana “buat duit” dan bisnes menggunakan facebook menggunakan formula khas. Anda akan belajar:

Video 1 = Ketahui Elemen penting SEBELUM Menjual
Video 2 = 3 Formula menarik Bakal Pembeli ke FB anda
Video 3 = Menjenamakan Nama anda ke arena Bisnes Internet
Video 4 = Membina Fan Page “Kedai Online” Anda
Video 5 = Menguasai Admin Panel, Teras “Kedai Online” Anda
Video 6 = Belajar bina Timeline Cover secara PERCUMA
Video 7 = Fungsi Terperinci Fan Page “Kedai Online” Anda
Video 8 = Lihat Contoh “Kedai Online” terbaik untuk Anda Tiru
Video 9 – 13 = Mebuat Iklan Promosi Yang Mencairkan Bakal Pelanggan Anda

~ Step by step membina Iklan
~ 3 Bahagian Penting perlu anda FOKUS
~ Bagaimana mendapatkan bakal pelanggan yang TARGETED
~ Trick Rahsia mengurangkan Kos Iklan dengan OPTIMUM
~ Taktik-taktik lain memnacing Bakal Pelanggan Anda

Video 14 = Rahsia menjdai Pengurus Fan Page “Kedai Online” Anda
Video 15 = Taktik CLONE memperBANYAKkan lagi Iklan
Video 16 = Strategi Tingkatkan Jualan

Klik Sini –>> www.fbcash.bisnescyber.com

p/s- Jika  anda nak buat berhasrat untuk mula menjana RM 2,000 lebih sebulan melalui facebook secara sampingan maka anda patut mendapatkan video tersebut! Sangat-sangat direkomenkan!

Klik Sini –>> www.fbcash.bisnescyber.com

 

 

Teknik Rahsia Perniagaan Internet – Pelajari Buat Duit Mudah Melalui Bisnes internet.

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!