EmailMarketing_Bisnes-online

Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan pendapatan yang berterusan. Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS memasarkan produk mereka dengan pemasaran emel. Apabila mereka ada produk yang baru, mereka akan beritahu di dalam emel. Secara tidak langsung, maklumat itu sampai terus pada peminat produk jenama ADIDAS dan saya jamin jualan akan melambung tinggi dalam masa yang sekejap.

emailmarketing_bisnesonline

Pemasaran emel memberi kita peluang untuk mengumpul individu – individu yang minat produk kita.atau minat pada niche produk kita dalam satu senarai emel. Secara tidak langsung, anda boleh fokus untuk mendidik dan menjadikan mereka sebaga pembeli tegar produk  yang anda cadangkan dari semasa ke semasa.

Contohnya anda memikat pengguna internet untuk subscribe dengan menawarkan ilmu mengenai perniagaan ebay. Dari sini anda akan mendidik mereka untuk berjaya dalam perniagaan ebay dan dalam masa yang sama jika mereka ingin lebih tahu mengenai ebay mereka perlu membeli produk yang anda cadangkan.

Menariknya, niche ebay mengandungi berbagai produk yang boleh di jual. Jadi, anda boleh jual pelbagai produk pada satu senarai emel. Ia sangat menguntungkan.

Bagaimana hendak jadikan pemasaran emel sebagai mesin wang?

Seperti yang kita tahu, autoresponder mempunyai fungsi untuk menyimpan dan menghantar emel tertentu pada masa tertentu. Anda boleh simpan kandungan emel  di autoresponder dan boleh hantar ia pada masa yang anda tetapkan. Jadi, anda boleh jadikan pemasaran emel sebagai autopilot iaitu ia berlangsung sendiri tanpa anda perlu mengawasinya selalu.

Anda siapkan siri emel untuk satu projek senarai emel dan biarkan fungsi autopilot menghantar setiap emel pada subscriber. Apabila sudah siap, anda pergi ke projek lain pula. Lakukan proses yang sama iaitu siapkan siri emel dan biarkan fungsi autopilot menghantar emel.

Jika setiap hari anda siapkan satu projek. Selepas 100 hari, anda sudah ada 100 projek .Yang menariknya 100 projek ini boleh berjalan serentak dan semuanya berjalan secara autopilot. Secara tidak langsung, projek pemasaran emel anda sudah jadi mesin wang iaitu wang sentiasa masuk melaui jualan berbagai jenis produk.

Selain menggunakan fungsi autopilot, anda juga boleh gunakan fungsi broadcast emel. Broadcast emel membolehkan anda untuk menghantar emel segera pada senarai emel. Ia boleh di gunakan untuk promosi produk pada semua senarai emel. Secara tidak langsung, anda boleh dapat keuntungan yang besar.

Kunci utama mesin wang…
Untuk jadikan teknik pemasaran emel anda sebagai mesin wang, anda perlu aktifkan kunci utama. Kunci utama yang di maksudkan adalah hubungan di antara anda dan subscriber anda. Hubungan antara anda dan subscriber perlulah rapat dan ada perasaan percaya subscriber terhadap diri anda.

Jika anda hanya hantar emel berbentuk promosi kepada subscriber, mereka akan mula menjauhi emel yang anda hantar. Yalah, siapa nak baca emel yang berisi iklan. Mereka perlukan satu motivasi untuk membaca emel anda. Dalam erti kata lain, mereka perlukan sebab kenapa mereka perlu baca emel anda.

Apabila anda berikan mereka sebab untuk membaca, mereka akan terus membaca sehingga habis. Di sebabkan emel anda selalunya istimewa, mereka akan baca dan  buka semua emel yang anda hantar tanpa ragu–ragu. Apabila mereka sentiasa membaca emel yang anda tulis, lama kelamaan mereka akan berminat membeli produk yang anda cadangkan pada mereka. Anda juga yang akan untung.

Ada dua jenis subscriber iaitu subscriber yang sekadar ingin tahu maklumat yang anda tawarkan dan subscriber yang memang berminat untuk belajar maklumat yang anda tawarkan. Subsriber yang minat untuk belajar mungkin sudah membeli produk anda di awal–awal lagi kerana ingin terus belajar tanpa tangguh–tangguh. Bagi subscriber yang sekadar ingin tahu, mereka perlukan masa untuk jadi seorang pembeli. Di sinilah emel yang anda hantar menjadi peranan.

Untuk pengetahuan anda, dari 100 subscriber yang berdaftar, mungkin hanya 13 orang sahaja yang subscribe kerana ingin membeli apa yang anda tawarkan atau ingin belajar. Selebihnya, mereka sekadar subscribe kerana ingin tahu. Di sebabkan bilangan subscribe yang sekadar ingin tahu adalah banyak, anda perlu didik mereka dengan siri emel supaya ambil tindakan untuk belajar.

Jadi, sejak awal lagi, emel yang anda hantar perlulah memberi mereka motivasi untuk ambil tindakan atau “take action”. Emel yang berkualiti akan membina kepercayaan dalam diri mereka terhadap anda. Secara tidak langsung, lama kelamaan mereka akan terpikat pada produk yang anda canangkan itu.

Siri emel yang memikat…

Seperti biasa, emel pertama yang anda patut hantar adalah emel “ Selamat Datang” . Emel ini adalah emel pengenalan dan tidak perlu panjang . Dalam emel ini cukup sahaja mengandungi :

Link download untuk produk yang anda tawarkan atau cara untuk dapatkan tawaran istimewa yang anda maksudkan.
Cara untuk hubungi diri anda.

Contoh emel “ Selamat datang”

Assalammualaikum dan selamat sejahtera [ FIRSTNAME],

Terima kasih kerana subscribe [ Nama squeeze page anda] Seperti yang saya janjikan, anda boleh dapatkan produk [ Nama produk anda]  pada link di bawah.

Link produk anda

Untuk pengetahuan anda, saya akan terus menghantar emel berkaitan dengan [Nama squeeze page anda] di masa akan datang. Anda pasti akan teruja dengan maklumat yang bakal saya beri kerana saya tidak pernah bocorkan ia luar dari senarai emel ini.

Jika anda ada soalan untuk di tanya atau ingin menenali diri saya dengan lebih rapat, silakan hubungi saya di
Cara untuk hubungi anda

Nama anda
Signature anda.

Emel seterusnya adalah emel untuk mendidik, mengajar dan dalam masa yang sama memujuk subscriber untuk membeli produk yang anda cadangkan.

Rancang untuk tulis 7 siri emel, 5 siri emel atau 3 siri emel.

Emel pertama perlu di hantar sehari selepas mereka subscribe atau sehari selepas mereka terima emel selamat datang. Emel kedua, ketiga dan seterusnya, anda boleh hantar pada mereka selang dua hari atau selang tiga hari.

Maklumat yang anda beri melalui siri emel perlulah berkualiti tinggi dan ada kaitan antara satu sama lain. Setiap siri emel yang anda rancang perlulah menepati tajuk yang anda tetapkan. Contohnya, anda tetapkan tajuk untuk siri emel pertama adalah “panduan asas perniagaan ebay”. Apa yang anda perlu pastikan adalah siri emel yang bakal anda hantar pada subscriber sekurang-kurangnya memberi kefahaman yang jelas pada mereka untuk memulakan perniagaan ebay.

Apabila siri emel itu habis pusingannya, anda tetapkan 10 emel yang ada kaitan dengan siri emel yang anda hantar sebelumnya untuk di hantar pada mereka selang 4 hari atau selang 5 hari. Ini memastikan anda terus ada hubungan dengan subscriber anda. Jika anda ada siri emel yang lain, anda boleh mula hantar yang itu juga.

Anda bayar yuran autoresponder, jadi jangan biarkan subscriber anda keseorangan. Anda perlu terus didik mereka dan jadikan mereka pelanggan tetap anda.

 

Ciri siri emel yang memikat…

Anda perlu fokus bahawa siri emel adalah pemangkin untuk memujuk subscriber membeli produk yang anda cadangkan. Jadi, anda perlu pandai merancang suasana mendesak mereka untuk “ take action“ dan mula membeli.

Paling penting, siri emel tersebut mestilah ada kaitan dengan produk yang anda hendak promosi pada mereka.

Berikut adalah peringkat permainan emosi yang patut anda lontarkan pada subscriber untuk memikat mereka  membeli apa yang anda jual.

Peringkat pertama, anda ceritakan secara asas apa kebaikan yang mereka boleh dapat dari siri emel yang anda hantar.

Peringkat kedua, anda ajar mereka ilmu berguna dan beri mereka kefahaman untuk menguasai tajuk yang anda tetapkan itu.

Peringkat ketiga, anda beri mereka cara untuk ambil tindakan apa yang anda ajar itu.

Peringkat keempat, anda beri cadangan cara untuk menambah baik usaha mereka itu.

Peringkat kelima, anda cadangkan satu produk untuk mereka beli

.

Siri emel yang memenuhi lima peringkat di atas pasti akan berjaya memujuk subscriber untuk membeli apa yang anda cadangkan itu.

 

Jenis produk yang anda boleh jual…

Apa guna siri emel berlapis – lapis jika anda tiada produk untuk di jual. Anda boleh jual apa sahaja yang anda mahu pada subscriber asalkan produk itu ada pasaran di dalam senarai emel anda itu. Anda boleh jual produk digital atau produk fizikal atau kedua – dua serentak.

Ada dua cara untuk dapatkan produk. Cara pertama adalah anda cipta sendiri dan cara kedua adalah anda menjadi affiliate. Kedua – duanya memberi anda untung dan kedua – duanya boleh menjadikan anda kaya.

Produk sendiri…
Untuk jual produk anda sendiri, anda perlu pastikan produk anda berkualiti. Jika harga mahal,produk anda perlu ada kualiti untuk di jual mahal. Jika kualiti kurang, anda jual sahaja dengan harga yang murah. Anda perlu jaga hati subscriber anda kerana mereka adalah lubuk wang anda.

Produk affiliate…
Seperti  ciri produk sendiri, anda perlu pastikan produk affiliate itu turut berkualiti dan berbaloi untuk subscriber anda beli dan cuba. Anda jangan biarkan subscriber anda di dedahkan dengan produk yang tiada kualiti dan tidak boleh membantu mereka untuk lebih maju. Wang bukan segalanya tetapi kepercayaan adalah segalanya dalam pemasaran emel.

Apabila anda menjaga hati subscriber dengan berhati – hati, mereka akan percaya pada diri anda. Secara tidak langsung, mereka akan jadi pembeli setia anda.

Bonus istimewa…
Untuk memastikan subscriber rasa seronok dengan anda, anda berikan mereka bonus istimewa jika mereka membeli produk dari link affiliate anda. Sama juga dengan produk sendiri, anda berikan tawaran istimewa kepada mereka sebagai pemangkin untuk mereka beli produk anda.

Manusia ini sukakan sesuatu yang istimewa. Mereka tidak akan ragu – ragu membeli jika ia adalah istimewa.

Squeeze page yang mantap…
Tidak guna emel anda memikat jika tiada orang yang subscribe emel anda. Oleh itu, anda perlu  sediakan squeeze yang mantap supaya ramai yang akan subscribe senarai emel anda.
Ciri–ciri squeeze yang mantap adalah

Headline yang memukau.
Straight to the point iaitu tidak mengelirukan.
Berikan sebab besar untuk mereka subscribe.
Grafik yang simple dan kemas.

Ada ciri di atas, squeeze page anda pasti memukau.

Contoh Squeze Page

Baiklah, berikut adalah antara perkara yang anda perlu lakukan untuk menjadikan pemasaran emel sebagai mesin wang.

Pilih tajuk projek yang menguntungkan.
Siapkan squeeze page yang mantap.
Siapkan produk percuma dengan memastikan kualitinya tinggi dan memenuhi keinginan mereka yang subscribe.
Pilih produk untuk di jual dan tulis siri emel berdasarkannya.
Susun senjata anda iaitu upload squeeze page, upload siri emel dan periksa semua flow supaya tidak ada kesilapan.
Lakukan promosi terhadap squeeze page tanpa henti.
Bergerak ke projek yang lain pula.

Sekian…

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!