Memasarkan Produk
Memasarkan produk mungkin bahagian yang paling sukar, tetapi jika anda ada affiliate, mereka akan buat kebanyakan kerja untuk anda! Inilah satu sebab mengapa memiliki affiliate adalah idea yang bagus!

Terdapat banyak cara berbeza untuk mempromosikan produk anda. Kita akan lihat beberapa cara terbaik untuk mempromosikan produk maklumat.

 

Pemasaran Artikel…
Inilah cara yang hebat untuk mendapatkan trafik dan jualan secara percuma. Cuma tulis artikel 300-500 patah perkataan dengan topik dalam niche anda dan hantarnya ke direktori artikel.

Direktori-direktori yang bagus untuk menghantar artikel termasuklah:
http://www.ezinearticles.com
http://www.buzzle.com
http://www.goarticles.com

 

PPC…
Pemasaran pay-per-click mungkin rumit dan mahal untuk dipelajari, tetapi sebaik sahaja anda menguasainya, trafik biasanya akan memberi hasil yang sangat bagus.

optimizing-ppc[1]

Pemain besar dalam pasaran PPC ialah Google Adwords. Iklan-iklan beroperasi di enjin carian Google, dan juga boleh muncul di “Content Network” jika anda pilih.

Content Network terdiri daripada semua laman yang menjalankan iklan Google Adsense sebagai pertukaran untuk peratusan hasil yang diperoleh untuk klik yang datang daripada iklan di laman-laman mereka.

Ini boleh membawakan ribuan klik, tetapi anda mesti bekerja keras, demi memastikan anda tulis iklan yang memberi pulangan dengan baik dan ada surat jualan yang akan memaksimumkan kadar pulangan. Jika tidak anda tidak akan memperoleh keuntungan dengan PPC.

 

Pemasaran Forum…
Apabila anda post di forum, anda seringkali dibenarkan memiliki “signature” di hujung setiap post yang anda buat.

Dalam fail signature ini, anda boleh letakkan link ke surat jualan anda. Cuma ingatlah yang sesetengah forum tidak membenarkan link dalam signature, dan sesetengah yang lain pula tidak membenarkan link komersial.

Sebelum membuat post, periksa peraturan forum untuk memastikan anda dibenarkan untuk membuat post link komersial dalam signature anda. Juga, jangan suruh orang klik link dalam signature anda. Ini boleh buatkan anda di’ban’ daripada kebanyakan forum.

 

Kesimpulan…
Mencipta produk maklumat adalah cepat dan mudah, dan ia lebih murah daripada menjalankan bisnes produk fizikal biasa.

Anda boleh miliki produk maklumat anda sendiri yang akan beroperasi dalam tempoh serendah 72 jam dari sekarang. Sebenarnya, anda boleh ada satu produk beroperasi dalam masa beberapa jam saja lagi jika anda guna PLR!

Jika anda sedang mencari bisnes ringkas yang beroperasi secara autopilot, inilah apa yang anda sedang cari.

Mula sekarang dan anda boleh buat duit dengan kadar yang segera!

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!