Promosi di Facebook.

Facebook! Facebook! Facebook! Itulah perkataan yang meniti di bibir kebanyakan manusia di dunia ini. Setiap hari, berebut-rebut akaun Facebook di buka. Baik individu atau badan korporat, semuanya menggunakan Facebook sebagai platform untuk berkomunikasi.

Kini, penggunaan Facebook telah mengatasi penggunaan google di Malaysia. Ini di sebabkan platform Facebook itu sendiri yang senang untuk di gunakan kerana ia boleh dicapai melalui handphone dan komputer. Jadi, Facebook seolah-olah menjadi keperluan bagi setiap individu yang memiliki komputer dan handphone.

Pencapaian Facebook ini telah menarik lebih ramai individu atau badan korporat untuk melakukan pengiklanan di Facebook. Sama juga seperti di Yahoo dan Google, anda perlu ada strategi pengiklanan untuk memastikan kempen anda berjalan dengan lancar.

Di dalam tulisan ringkas ini, anda akan di bawa untuk mengetahui tips dan teknik melakukan pengiklanan di Facebook.

Tool-Facebook-Ads-Bisnes-Online

Jangan berharap pada…….

Pos kali ini tidak akan membincangkan teknik untuk menghasilkan iklan yang kreatif melalui Facebook Ads, tetapi ia lebih kepada teknik yang luar dari biasa.

Anda akan lebih faham…

Anda akan lebih faham teknik promosi di Facebook ini melalui kajian kes yang di jalankan ke atas syarikat Zynga iaitu syarikat yang menjana ratusan juta ringgit melalui permainan Farmville. Sebelum itu, mari kita lihat bagaimana Facebook Ads boleh membantu dalam perniagaan anda.

Pengenalan pada Facebook Ads…

Ali berminat dengan permainan futsal dan meletakkan maklumat tersebut di dalam profilnya. Oleh kerana Ali berminat dengan futsal, kebanyakan kawan Ali di dalam Facebook juga meminati futsal. Mereka selalu berbincang mengenai permainan futsal di dinding mereka.

Abu pula adalah seorang ahli perniagaan, beliau baru sahaja mengimport kasut dan bola futsal dari Jerman. Di sebabkan cadangan dari rakan, beliau mula melakukan promosinya produknya di Facebook.

Oleh itu, beliau mula menulis iklan di Facebook Ads. Kehebatan teknologi Insight yang ada pada Facebook, membolehkan iklannya mencapai pada prospek yang tepat. Oleh kerana Ali menyatakan minatnya pada futsal, iklan yang di buat oleh Abu akan di paparkan di laman Facebook Ali.

Ali yang ternampak iklan tersebut terus menekan pada iklan tersebut dan oleh kerana cintanya pada sukan Futsal, beliau juga menekan butang ‘Like’ di iklan tersebut. Aktiviti itu dapat di kesan oleh Facebook dan mula memaparkan iklan tersebut pada rakan-rakan Ali.

Oleh kerana ada nama Ali pada iklan tersebut yang menyatakan Ali menekan ‘Like’, kawan Ali lebih yakin akan iklan tersebut dan klik pada iklan tersebut. Kebetulan, kawan Ali pun berminat dan menekan butang ‘Like’ pada iklan tersebut. Jadi, iklan tersebut mula di paparkan pada kawan kepada kawan Ali. Begitulah seterusnya.

 

Kajian Kes: Teknik Pengiklanan Farmville.

zynga-farmville-1[1]

Untuk pengetahuan anda, Farmville telah menjana jutaan ringgit dengan hanya menggunakan platform Facebook semata-mata. Pada permulaan, syarikat Zynga melihat Facebook adalah sesuatu berpotensi untuk buat duit, lalu mereka mencipta permainan yang…

>

Ringkas dan mampu membuatkan si pemainnya ketagih
>Ada penggunaan barang di dalam permainan seperti bangunan, binatang, tumbuhan dan barang-barang lain.
>Ada dua bahagian iaitu percuma dan berbayar. Pemain di minta untuk melakukan pembayaran jika mereka mahu memiliki barangan atau kemahiran tertentu.
> Membolehkan pemain berinteraksi dengan pemain yang lain seperti ‘Add Neighbour’ atau invite.
> Memastikan fungsi Neighbour senang untuk di gunakan.

Permainan tersebut adalah Farmville. Sekarang mari kita lihat bagaimana Farmville di popularkan melalui Facebook Ads.

 

Farmville di Facebook Ads….

Mereka tidak menulis iklan tentang aktiviti berbayar yang ada pada permainan tersebut. Tetapi mereka menulis iklan mengenai permainan percuma tersebut. Pada permulaan, mereka menarik perhatian pengguna Facebook yang sukakan permainan online dan mereka yang berminat dengan aktiviti berkebun.

Permainan Farmville sungguh menarik dan menyebabkan kumpulan pertama ini mula melakukan pembayaran menggunakan duit sebenar untuk memperoleh barangan yang lebih bagus. Mereka mula ketagih dan mula mengajak rakan-rakan mereka untuk bermain sama.

Fungsi Invite yang ada pada Farmville menjadikan permainan ini tersebar dengan sungguh pantas. Permainan Farmville mara setapak lagi dalam pemasaran viral ini apabila mereka meletakkan fungsi untuk memaksa pemain mempunyai neighbor jika mereka ingin mengembangkan permainan mereka.

Kini, Farmville telah menjadi antara permainan utama yang ada di Facebook dan telah menjana jutaan ringgit melalui jualan barang di dalamnya. Facebook juga mempunyai fungsi Fan dan ia di manfaatkan sepenuhnya oleh Farmville untuk menjadikan ia lebih viral. Sehingga kini Farmville Fans telah mengjangkau lebih 20 juta.

 

Kepentingan untuk merancang….

Jika anda perhatikan syarikat Zynga telah melakukan kajian dan mengenai pasti fungsi Facebook sepenuhnya sebelum mereka melancarkan perniagaan. Mereka juga telah merancang teknik pengiklanan yang sempurna di Facebook.

Seperti mereka, anda juga perlu kaji pasaran dan pesaing anda di Facebook sebelum mempromosikan produk anda di sana. Gunakan aplikasi Fans, Group dan Facebook Ads itu sendiri untuk memviralkan lagi pengiklanan anda.

Sebelum anda beriklan di Facebook, anda perlu ingat. Facebook adalah pusat sosial dan kebanyakan mereka di sini suka akan hiburan. Pastikan iklan anda mempunyai ciri seperti ini.

Baca sambungan…

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!