TEKNIK CLOSE DEAL TIDAK AKAN HASILKAN JUALAN…

[su_frame align=”center”][/su_frame]

Teknik Closing Sales tidak akan berhasil…

Sekiranya :

1. Tiada Kepercayaan
Jual beli adalah berkait kuat dengan kepercayaan pelanggan dengan penjual. Sekiranya anda tidak dapatkan kepercayaan pelanggan,teknik closing anda tidak akan berjaya.

2. Tiada Keperluan
Tahukah anda barang keperluan tidak perlukan penerangan dan sales pitching untuk hasilkan jualan,contohnya bawang,beras,gula. Kebanyakkan kita peniaga online menjual barang KEHENDAK,jadi anda perlu tukarkan produk anda dari KEHENDAK menjadi KEPERLUAN.

Contohnya baju anime (seperti yang saya jual) , adalah barang kehendak. Saya menjadikan ia satu keperluan dengan mewujudkan rasa PERLU DI MILIKI dengan membuat design custom made dan keluaran terhad. Berikan suggestion kepada pelanggan dan sebab mengapa mereka PERLU BELI.

3. Tidak Mengikut Turutan Teknik Jualan.
Terdapat 5 langkah asas dalam melakukan jualan mengelakkan promosi anda gagal.

》Pengenalan
》Kiss Principle
》Pembentangan Produk
》Closing
》Rehash (Double your cash)

(Di atas adalah point penting sahaja, saya akan jelaskan lebih details di posting akan datang)

Teknik Closing bukan di gunakan sesuka hati tanpa mengikut tertib, untuk menguatkan lagi CLOSING SALES , anda harus faham perkara di atas. Saya yakin ada banyak lagi aspek yang berkaitan bagi menguatkan teknik jualan,hanya point ini saja dapat kongsikan buat masa ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

[su_frame align=”center”][/su_frame]

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!