Beriklan di Facebook.

Platform Facebook…

Untuk pengetahuan anda, pihak Facebook membenarkan sesiapa sahaja untuk mencipta widgets atau applikasi untuk di gunakan oleh pengguna facebook menerusi direktori aplikasi. Jadi, anda juga boleh mencipta satu aplikasi untuk perniagaan anda.

Jika ada pengguna yang berminat dengan aplikasi anda, mereka akan gunakannya dan akan di pamerkan di dinding mereka. Seterusnya, kawan mereka akan nampak aplikasi anda, dan mereka juga akan gunakannya. Begitulah seterusnya.

Mereka juga boleh meletakkan aplikasi dan widget di laman mereka dan mereka juga boleh membuangnya. Jika mereka suka akan aplikasi anda, mereka akan menekan like dan ini akan menaikkan reputasi anda dan jika mereka dapati aplikasi anda mengarut dan tidak membawa kebaikan, mereka boleh report.

facebook-ads-bisnes-online

Begitu juga dengan pengiklanan di sebelah kanan laman profail mereka. Jika ada iklan yang mereka tidak suka, mereka boleh memilih untuk tidak menerima iklan itu lagi. Jika mereka tekan like, iklan yang dalam kategori yang sama akan keluar berkali-kali lagi ke laman mereka.

Ini membantu anda sebagai Internet Marketer kerana Facebook membantu anda untuk mencari prospek yang benar-benar kena dengan anda. Melalui teknologi Insight, mereka dapat melihat kategori mana atau topik mana yang menjadi perhatian bagi setiap profail.

 

Tiga perkara penting…

Ada tiga perkara yang anda perlu perhatikan ketika beriklan di Facebook iaitu iklan anda haruslah bercirikan…

Sosial dan mesra pengguna.
Seronok bagi pengguna Facebook.Ada daya minat yang tinggi.

Anda perlu peka, Facebook adalah tempat manusia untuk bersosial. Mereka menggunakan Facebook secara santai, jadi mereka tidak sukakan sesuatu yang terlalu serius. Mereka takkan menggunakan Facebook untuk membeli kasut bola kerana mereka akan guna google untuk mencari kedai kasut bukannya Facebook.

Maka, promosi yang anda akan jalankan haruslah bercirikan 3 di atas. Jika anda perasan strategi Farmville, mereka tidak melakukan iklan secara langsung, tetapi tidak langsung. Beri pengguna Facebook sesuatu yang anda senang untuk diperkatakan kerana ia bakal memberi penyebaran viral kepada anda.

Facebook membenarkan anda untuk mewujudkan komuniti anda sendiri menerusi aplikasi Group. Anda juga boleh membuka Fan Page untuk diri sendiri, syarikat atau apa sahaja organisasi yang anda sertai. Menarik bukan?

 

Membina iklan di Facebook Ads…

Fokus utama di bahagian ini adalah untuk membimbing anda bagaimana hendak  menulis dan membina kempen pengiklanan di Facebook Ads.

Untuk membina kempen pengiklanan di Facebook Ads, ia tidaklah sukar, malah sesenang 123 sahaja. Sebelum itu, saya ingin ingatkan anda, pengiklanan di Facebook Ads memerlukan masa untuk anda mengetahui teknik apa yang berkesan bagi produk anda.

Situasi ini adalah sama dengan adwords, di mana anda perlu membelanjakan sejumlah wang dahulu sebelum benar-benar menemui rentak dalam kempen pengiklanan anda. Rancang kempen anda dahulu. Kaji pesaing anda dan lihat bagaimana mereka menulis ayat iklan.

Pertama, anda lawat laman pengiklanan Facebook Advertising atau klik pada ‘Create an Ad’ untuk di bawa ke laman pengiklanan. Di sana anda akan lihat seperti laman di bawah.

Di sini anda dapat lihat ada empat Tab iaitu overview, prepare, step by step dan case studies. Untuk permulaan, anda lawat setiap tab mengikut urutan. Anda baca maklumat yang di beri dan fahamkan. Di sini terdapat tips dan panduan untuk anda ikut ketika beriklan di Facebook.

Maklumat di sana adalah Up to date dan tidak dapat saya huraikan di sini. Di sana, anda fahamkan faktor-faktor yang akan boleh memperngaruhi iklan anda. Kalau boleh catat nota. Yang penting, maklumat di sini boleh membantu anda untuk membina iklan yang convert.

 

Kos pengiklanan di Facebook Ads…

Kos pengiklanan di sini tidaklah terlalu murah dan juga tidaklah terlalu mahal. Anda ada dua pilihan iaitu membayar secara :

Pay per Click
Anda perlu bayar bagi setiap iklan yang di klik.

Pay per 1000 impression.
Anda perlu bayar bagi setiap 1000 paparan iklan yang anda terima.

Pengiklanan di sini memang boleh memberi keuntungan kepada anda kerana Facebook juga boleh di layari menerusi Handphone dan iklan anda juga akan tersebar di sana. Untuk untung besar, anda perlu berani untuk melabur dan saya rasa Facebook Ads tidak akan menghampakan anda.

Anda boleh pilih sama ada untuk menolak terus dari akaun kad kredit anda ataupun membayar dahulu kredit iklan. Pastikan anda periksa limit iklan anda. Anda boleh lihat di bahagian daily budget dan setkan pada angka yang anda mampu. Awas! Jika anda terlewat bayar, akaun anda akan di tutup serta merta.

Biasanya saya akan setkan pada angka yang tinggi iaitu 0.30 USD bagi setiap 1000 paparan dan saya setkan pada 10 USD sehari. Dari 1000 paparan ini, biasanya saya akan menerima 5 hingga 7 klik. Saya letak budget yang agak tinggi kerana mengikut pengalaman saya, iklan anda akan lebih cepat di approve jika anda membayar pada harga yang tinggi.

Selepas dua hingga tiga hari, saya akan rendahkan harga iklan saya kepada 0.20 USD sehari. Selama sebulan, saya akan biarkan iklan saya berjalan di Facebook Ads tanpa di selia.

Jika anda bertanya kepada saya adakah saya perlu ada modal yang besar untuk beriklan di Facebook Ads, saya akan jawab ya. Untuk permulaan, anda perlukan modal dari RM 1000 hingga RM 2000 untuk membolehkan pelaburan anda berbaloi. Ini kerana pada awalnya, anda perlu sedikit wang untuk cuba dan lihat.

 

Sistem tracking iklan di Facebook…

Di Facebook Ads, anda boleh gunakan sepenuhnya sistem Facebook Insights.

Di Facebook Insight, anda boleh lihat berapa paparan atau impression yang anda terima dan juga berapa click yang anda terima mengikut keadaan semasa.
Setiap hari anda periksa prestasi klik anda supaya anda tidak mengalami kerugian. Pada permulaan, jumlah klik yang di terima mungkin kurang. Selalunya selepas seminggu jumlah klik yang di terima anda akan mulai stabil.

 

Satu lagi perkara yang anda perlu tahu…

Sebelum anda ingin memulakan kempen iklan anda di Facebook, pastikan anda menimbang perkara berikut.

Di Facebook Ads, anda boleh pilih golongan mana yang akan menerima iklan dari anda. Pilih negara yang betul. Jika produk anda untuk golongan umur pertengahan, pastikan anda set umur pada jarak yang betul. Kalau anda ingin menjual barangan lelaki, pastikan anda setkan jantinanya.

Di sini pemilihan keywords adalah berlainan dari Pay per Click yang lain kerana di sini bukanlah concentrated targeted iaitu mereka di Facebook tidak mencari sesuatu menggunakan Facebook, berbeza dengan Google di mana kita gunakan ia untuk mencari sesuatu.

Jika produk yang anda ingin promosikan adalah berkisar untuk pelajar universiti, anda boleh masukkan semua nama IPTA dan IPTS dan negara ini dalam bahagian keyword. Jikalau ada Fan Page atau group yang mempunyai keyword sama dengan anda Iklan anda akan muncul di sana. Begitu juga dengan individu yang menulis maklumat education di profail mereka.

Kategori lain-lain anda boleh lihat dengan sendiri. Selalunya saya akan membuat beberapa kempen dan setkan setting yang berbeza-beza. Kemudian saya akan utamakan setting yang memberi conversion yang tinggi.

Bagaimana pihak Facebook meluluskan Iklan?

Biasanya, iklan anda akan di luluskan dalam masa 24 jam. Mereka akan lihat iklan anda secara menyeluruh dan akan menentukan sama ada iklan anda layak untuk di tayangkan atau tidak. Jika iklan anda di luluskan, anda akan di maklumkan menerusi emel dan akan di sertakan sebabnya.

 

Facebook Fans…

Jika di laman web internet biasa. Untuk anda mengumpul list, anda perlu ada squeeze page. Jika di Facebook, untuk kumpul list, anda perlu ada Facebook Fans. Anda cipta satu Fans, dan pengguna Facebook akan masuk dalam data feed Fans anda jika mereka menekan butang ‘Become a Fan’.

Namun, pengguna facebook bebas untuk memilih sama ada mereka akan menerima data dari anda atau tidak. Biasanya mereka tidak kisah untuk menerima sesuatu dari anda kerana mereka yang sendiri memilih untuk menjadi Fans anda.

 

Apa yang boleh anda iklankan di Facebook Ads?

Di Facebook Ads, anda boleh iklankan apa sahaja yang anda suka asal tidak menganggu terms dan condition Facebook. Pastikan link yang anda beri adalah link direct bukannya redirect link.

Contoh perkara yang anda boleh iklankan di Facebook Ads:

Laman web anda.
Facebook Group page yang anda cipta.
Facebook page anda sendiri.
Aplikasi anda.
Produk Affliate

Di sini, anda jangan iklankan sesuatu yang berbentuk direct kerana seperti yang saya selalu katakan, Facebook bukan tempat orang cari barang.

Baca sambungan teknik 3…

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!