takut-ambil-pekerja

“Apa yang runsing sangat tu?” Tegur Tuah.

“Aku runsinglah. Sekarang ni, permintaan makin tinggi. Bukan hanya di tempat yang aku cover, ada ramai juga yang bertanyakan perkhidmatan yang aku berikan.

“Nak tolak, rasa macam tolak rezeki. Nak ambil, aku sendiri dah tak cukup kaki dan tangan nak kelola.” Luah Jebat.

“Perkhidmatan? Bukan hari tu kau kata kau jual produk Z ke?” Tanya Tuah.

“Produk tu masih lagi jalan. Tapi aku juga tawarkan perkidmatan ‘Pick and Post’. Pelanggan call, aku datang ambil barang mereka dan pergi pos.” Jawab Jebat.

“Bagus. Lepas ni, bolehlah aku gunakan khidmat kau.” Kata Tuah.

“Kau duduk area mana?” Tanya Jebat.

“Seksyen 13 Shah Alam.” Jawab Tuah.

Permintaan bertambah, tapi bisnes tak berkembang

“Maaf kawan. Aku tak cover area sana. Aku ambil sekitar seksyen 7 dan 2
saja. Kalau pun melangkau, sekadar area dekat-dekat situ saja.” Balas Jebat.

Tuah angguk.

“Jadi, apa yang merunsingkan kau?” Tanya Tuah.

“Aku tak tahu mana orang dapat tahu perkhidmatan yang aku buat ni. Setahu aku, aku cuma edarkan flyers di kawasan sekitar saja. Nak kata melalui FB, aku tak friend pun dengan mereka.” Luah Jebat.

“Baguslah tu. Itu mesti ada yang buat referral. Marketing by mouth. Untunglah kau. Tak ramai peniaga yang boleh dapatkan marketing paling berkesan ini.” Puji Tuah.

“Masalahnya, aku tak cover area mereka. Rasa bersalah tak ambil tapi dah tak mampu. Yang runsing sangat-sangat ni, setiap hari dapat call minta pick up barang dekat tempat dorang. Walaupun kata tak cover area sana. Bukan seorang dua. Ramai. Semua area Shah Alam. Mereka ingat aku cover satu Shah Alam.” Luah Jebat lagi.

“Kau tahu tak tu tanda untuk apa?” Tanya Tuah.

Jebat geleng kepala dengan muka blur.

Tuah tepuk dahi.

“Ambil pekerja laaaa.” Kata Tuah.

Takut ambil pekerja

“Ambil pekerja? Takutlah.” Balas Jebat.

“Takut apa? Kau takut ambil pekerja ke takut hilang lebih ramai pelanggan? Tak appreciate ke marketing free yang kau dapat tu. Dahlah marketing yang paling berkesan.” Kata Tuah cuba menyakinkan Jebat.

“Aku dapat berapa saja dari job macam ni. Sehari aku dapat paling sedikit pun 30 item. 1 item aku charge RM6. Itu pun kalau seorang pos lebih dari 10 item, aku cuma charge RM4 per item. Lepas tolak kos minyak dan gaji aku sehari, dapatlah lebihan paling sedikit RM100. Itu juga lah duit nak buat service kereta. Duit nak beli paper dan ink untuk bagi invoice dan resit pada pelanggan.

“Bil telefon dan internet lagi. Monthly installment kereta dan rumah. Kau yang kata semua benda kena kira kos. Dah 4 bulan buat serice ni, memanglah tiap bulan sales dan keuntungan meningkat tapi aku tak rasa aku mampu untuk bayar gaji pekerja. Gaji minima sekarang pun dah RM1,00. Mana nak cekau duit weh nak bayar gaji dorang? Gaji aku lagi. Tak ada untunglah nanti.” Kata Jebat.

“Berapa gaji yang kau ambil sekarang?” Tanya Tuah.

“RM1,500. RM1,000 sebagai gaji pokok dan RM500 tu elaun kerja. RM20 setiap hari bekerja.” Jawab Jebat.

Cara untuk mampu bayar gaji pekerja

“Okey. Ambil pekerja part-time untuk permulaan. Mereka pick up barang di area baru dan kau tunggu di pejabat pos untuk urusan seterusnya. Tempat yang kau cover sekarang ni tetap kau yang buat.” Cadang Tuah.

“Macam mana nak bayar dia nanti? Mana nak dapat duit?” Tanya Jebat.

“Kau boleh saja bagi dia gaji hari macam kau ambil sekarang. Atau kau boleh kira upah mengikut berapa barang yang dia ambil. Kau ambil bayaran dari customer RM6, kan? Kau bagilah pekerja kau tu RM3 per item. Duit minyak RM10 seminggu. Kau masih ada untung di situ.” Jawab Tuah.

“Mana ada untungnya. Peningkatan kos adalah.” Kata Jebat.

Tuah tepuk dahi.

“Sales meningkat, untung meningkat. Mestilah kos pun meningkat.

“Sebab tu kau kena buat kira-kira. Supaya peningkatan kos tak melebihi peningkatan sales. Setiap kali kau buat sales, kau dapat tambahan RM6 per item. Tapi kau kos baru bertambah RM3 per item.

“Fairlah. Ini baru kira-kira bodoh saja. Manalah tahu, rezeki kau lebih dekat kawasan baru. Tapi kalau kau nak selamat, bayar upah mengikut item yang mereka pick up. So, kau boleh meminimakan kerugian. Atau zero lost.” Kata Tuah.

Takut benda lain pula…

“Takutlah. Buatnya dia tak boleh buat kerja.” Jebat masih lagi risau.

Ada pelbagai kerisauan yang dia sedang fikirkan kini.

Paling dia risau seandainya reputasinya jatuh dek kerana pekerja yang bermasalah. Jika tidak tahu buat kerja, boleh diajar. Kalau malas? Bagaimana jika pekerjanya mencuri? Sudahlah ada barangan yang harganya mencecah ratusan ringgit. Pasti teruk dia kena mengganti.

“Dari situlah kau belajar untuk mengurus. Sediakan SOP. Tatacara kerja. Walaupun untuk pekerja part-time, dia mesti dan wajib ikut semua SOP yang telah kau buat. So, tak ada masalah kalau dia tak tahu buat kerja. Bila dia ikut SOP, itulah kerjanya. So, SOP kau kena betul dan tepat. Tapi jangan tunggu sampai betul-betul sempurna. SOP tak pernah akan sempurna. Sebab itu SOP boleh dilaras.” Kata Tuah.

“Macam mana kalau dia mencuri? Customer bayar cash tau selama ni. Upah dan duit currier mereka akan bayar sewaktu pick up. Itu duit. Kalau barang customer yang dia ambil. Mati aku, Tuah.” Luah Jebat.

“Jangan fikir kemungkinan yang jauh macam tu. Dekat dunia ni masih ramai manusia yang jujur dan amanah. itu cuma tanggapan kita saja. Katalah tanggapan kita salah dan ia hanya ketakutan yang kita reka.

“Dah kita terlepas peluang untuk kembangkan perniagaan kita. Masih terperangkap dalam bisnes sendiri. Semua benda pun kita yang kena buat sampaikan tak boleh bercuti.

”Buat percubaan kecil. Tengok apa hasilnya. Kalau rugi pun, rugi sikit. Kau dapat belajar. Tambah pengalaman. Tahu apa nak buat lepas ni. Kalau menjadi, kau juga untung!” Tuah cuba membuka minda Jebat.

Jebat terangguk-angguk.

“Kau nak ke sampai mati asyik bekerja saja?” Tanya Tuah.

Jebat geleng kepala.

“Dah tu? Masih takut?” Tanya Tuah lagi.

Jebat angguk.

“Apa lagi?” Tanya Tuah.

“Kalau dia ambil customer aku. Macam mana?” Kata Jebat.

Tuah tarik nafas dalam.

“Lantak kau lah. Semua benda pun nak takut. Kerjalah kau susah-susah sampai mati.” Kata Tuah dan terus berlalu meninggalkan Jebat terpinga-pinga.

Bisnes masih kecil, takut ambil pekerja?

KLIK SINI untuk ketahui apa anda patut buat!

The post Takut ambil pekerja? Baca cerita ini! appeared first on BRC.my.

BRC.my

About UstazWan.Com

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!