Sebagai seorang usahawan affiliate, anda boleh mempertimbangkan penggunaan strategi Cost-Per-Action (CPA) sebagai salah satu kaedah pemasaran anda. CPA mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan jualan produk atau perkhidmatan affiliate anda atau membina senarai subscriber anda.


Apakah itu CPA?
CPA ialah satu kaedah pemasaran yang memberikan bayaran kepada pengiklan apabila sesuatu tindakan diambil oleh prospek pelanggan, seperti membeli produk yang ditawarkan atau mengisi borang opt-in untuk membina senarai subscriber. Sebagai seorang usahawan affiliate, anda boleh mendaftarkan program affiliate anda di mana-mana rangkaian CPA yang sah dan memberikan komisen yang berpatutan kepada para pengiklan apabila prospek membuat pembelian melalui pengiklanan mereka ataupun menyalurkan subscriber baru kepada senarai subscriber anda.


Kelebihan strategi CPA

1. Menguntungkan berbanding CPM dan PPC.
CPM bermaksud Cost-Per-1000-Impressions di mana anda perlu membayar kepada pengiklan bagi setiap 1000 kali program affiliate anda muncul di laman web pengiklanan mereka. Manakala PPC bermaksud Pay-Per-Click di mana anda perlu membayar kepada pengiklan bagi setiap pelawat baru yang menekan klik untuk berkunjung ke laman web affiliate anda. Kedua-dua kaedah CPM dan PPC ini memaksa anda membayar apabila cukup syarat (muncul di laman web pengiklan atau klik dilakukan oleh pelawat baru).

Namun CPA membolehkan anda cuma membayar kepada pengiklan program affiliate anda apabila terdapat tindakan aktif daripada pelawat baru, seperti membuat pembelian melalui link CPA tersebut, ataupun mereka mengisi borang opt-in yang anda sediakan bagi membina senarai subscriber anda. Ini bermaksud anda boleh mengelak situasi ‘impression’ yang tidak menguntungkan anda seperti di dalam CPM ataupun tipuan klik seperti di dalam PPC.

2. Anda cuma membayar upah apabila ada tindakan daripada pelawat baru
Strategi CPA membolehkan anda membayar upah kepada pengiklan yang mempromosi link affiliate anda hanya selepas jualan dilakukan dan anda mendapat pembayaran daripada pelanggan anda, ataupun anda mempunyai potensi pengiklanan berterusan dengan cara membina senarai subscriber yang ramai.
Sekiranya jualan berjaya dilakukan melalui kaedah CPA, anda berupaya mengurangkan kos pengiklanan secara keseluruhan kerana hasil jualan sudah tentu melebihi kos upah yang anda bayarkan kepada pengiklan anda. Sekiranya jualan tidak berjaya dilakukan pula, anda berupaya membina senarai subscriber baru yang anda boleh manfaatkan untuk menghantar maklumat lanjut berkaitan dengan program affiliate yang anda prmosikan di masa akan datang.

Kekurangan strategi CPA

1. Potensi kerugian sekiranya nisbah subscriber baru melebihi kadar jualan
Oleh kerana CPA membolehkan anda membayar upah tanpa perlu jualan dilakukan, iaitu dengan hanya pelawat baru mengisi borang opt-in di laman web anda pengiklan akan mendapat upah, terdapat kemungkinan di mana pengiklan akan fokus untuk mempromosi CPA anda untuk mendapatkan subscriber baru. Dari aspek seseorang pengiklan, mereka cuma perlu mempromosi kepada prospek pelanggan yang berminat untuk meninggalkan nama dan alamat emel mereka di laman web anda kerana ia lebih mudah daripada memujuk prospek pelanggan untuk membuat pembelian.

 

Sekiranya ini berlaku, nisbah senarai subscriber baru mungkin akan melebihi kadar jualan yang dihasilkan. Dalam situasi ini, anda mungkin kerugian kerana anda masih perlu membayar upah pengiklan untuk setiap subscriber baru itu tadi, namun pada masa yang sama anda sendiri tidak mendapat sebarang jualan yang memberikan anda pendapatan untuk program affiliate yang anda sertai tersebut.
2. Sekiranya anda usahawan baru, pengiklan mungkin tidak yakin untuk mempromosi CPA anda
Sekiranya anda baru bermula dalam pemasaran affiliate, dan anda belum mencipta nama secukupnya untuk dikenali dalam dunia keusahawanan internet, pengiklan berpengalaman mungkin kurang keyakinan untuk mempromosikan program CPA anda. Mereka akan lebih fokus untuk mengiklankan program CPA lain yang lebih popular dan potensi pembayaran upah akan dilakukan adalah lebih tinggi.

Bila untuk menggunakan promosi CPA

1. Terdapat permintaan yang tinggi dan konsisten
Sekiranya terdapat permintaan yang tinggi dan konsisten terhadap produk atau perkhidmatan affiliate yang anda promosikan, anda boleh mencuba kaedah promosi CPA. Permintaan yang tinggi dan konsisten akan meningkat potensi menghasilkan jualan dan pada masa yang sama mengurangkan potensi kerugian.
2. Program affiliate anda membayar kadar komisen yang tinggi
Anda perlu memastikan program affiliate yang anda sertai membayar komisen jualan yang tinggi kepada anda sekiranya anda berjaya menghasilkan jualan. Ini akan berupaya memberikan pulangan yang lumayan kepada anda walaupun anda perlu menanggung sedikit kos CPA untuk langganan subscriber baru yang tidak membuat pembelian di laman web anda.
3. Anda melakukan kaedah promosi lain untuk menampung CPA yang kerugian
Anda juga perlu terus melakukan kaedah promosi yang lain selain daripada promosi CPA supaya jualan boleh dihasilkan melalui kaedah promosi lain. Ini dapat mengurangkan ketegangan anda sekiranya anda berdepan dengan kerugian melalui promosi CPA itu tadi.

Sekian lah sedikit perlongsian dari saya untuk kali ini… Selamat mencuba…

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!