Kata Arif Billah :
Cara mengenal Allah adalah dengan mengenal diri. dalam ayat pesanannya “Barangsiapa mengenali dirinya maka kenallah ia akan Allah”

Bertanya sahabat :
“Bagaimana nak mengenali diri?

Kata Arif Billah :
Carilah Guru yang Mursyid untuk mempelajari secara mendalam Sifat 20.

Bertanya sahabat :
“Bagaimana nak kenal Guru Mursyid atau pun tak?

Kata Arif Billah :
Bertanyalah dengan Tuhannmu dengan Solat Hajat dan Istikharah. Kerana dalam Al-Fatihah kita mohon pada Allah “Tunjukilah kami jalan yang lurus“.

Bertanya sahabat :
“Kata Ustaz : Nabi, Para Sahabat & Ulama’ 4 Mazhab tak belajar pun Sifat 20?”

Kata Arif Billah :
Memang mereka tak belajar, tapi mereka Kenal Allah. Apabila dah kenal Allah lebih dari sifat 20 boleh kenal. Tak terhingga banyaknya. Cuma mempelajari sifat 20 ni salah satu jalan je untuk kenal Allah. 

Bertanya sahabat :
“Perlu ke kenal Allah?”

Kata Arif Billah :
Ikut hukum Fardhu Kifayah. Maksudnya kalau dalam satu kampung tu takde orang belajar, satu kampung berdosa. Tapi kalau kita pos surat, tak tulis alamat. Surat tu hantar kat mana? 
Apabila ilmu mengenal Allah, segala Amal ibadah kita, kita tahu ke mana nak hantar. 

p/s : Sesiapa nak tanya lagi dipersilakan komen dibawah… Nanti saya cuba tanyakan Arif Billah untuk menjawabnya….

Tonton video yang sangat jelas dan oanjang mengenai Tarekat dan Tasawuf. Harap anda dapat tontonnya sehingga tamat >>>

 

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!