Harini mendapat feedback yang positif dari seorang customer kelas wordpress. Katanya mula-mula bina laman web affiliate amazon dulu tak dapat income pun. walaupun total clicks tinggi. Tapi disebabkan konsisten dan rajin buat promosi, beliau telah menghasilkan beberapa jualan dari laman web affiliate amazon beliau. Alhamdulillah

           Setelah membuat sedikit carian, saya ingin kongsikan disini beberapa perkara penting yang memungkin memudahkan anda membuat jualan di laman web affiliate amazon.Ia ternyata berhasil dengan testimoni salah seorang Internet Marketer ternama iaitu Tuan Mohd Shamsuriyadi. Antara tips yang dikongsikan ialah :

A. Kajian Produk Dan Permintaan

Apa yang yang saya buat sentiasa tengok pada:

1. http://www.amazon.com/bestsellers
2. http://www.amazon.com/gp/new-releases/
3. http://www.amazon.com/gp/top-rated/
4. http://www.amazon.com/gp/most-wished-for/
5. http://www.amazon.com/gp/most-gifted/

Namun saya fokuskan kepada New Releases. Sebab utama, kemungkinan IM lain belum buat lagi produk yang baru muncul dipasaran. Jadi ia memudahkan kita dan mengurangkan persaingan. Namun, perlu dipastikan niche yang dipilih mempunyai lebih daripada 10 produk yang lebih kurang sama. Contohnya… Furby

Dalam siri produk Furby, ada pelbagai lagi pilihan warna. Malah Amazon ada membuat Pre Order sebelum pelancaran produk berkenaan. Ini memberi peluang untuk kita mensasarkan produk sedemikian.

Cari juga carian di keyword tool untuk cari keyword terbaik untuk kita sasarkan.

 

B. Harga Produk 

Ada beberapa ajaran tentang harga ini.. Ada suruh cari produk dengan harga USD100 keatas agar komisen yang dapat, lebih besar. Saya pula memilih produk berharga USD20 ke USD70 sahaja. Sebabnya mudah. Ia lebih senang dijual berbanding produk yang berharga USD1000. Orang biasanya tidak akan beli “on the spot” bagi produk mahal2. Diorang akan fikir dulu. Bila ini berlaku, kita mungkin hilang komisen bila dia klik affiliate orang lain atau cookie amazon expired. Cookies amazon atau tracking amazon hanya bertahan 24 jam sahaja. Jadi jika dia beli 2 hari lepas tu, kita tidak mendapat komisen. Rugi…

Berbeza pula dengan produk murah2, mereka mudah untuk masukkan no kad kredit diorang dan beli. Ini ditambah dengan plugin khas yang memanjangkan cookies sehingga 90 hari. Komisen berulang boleh berlaku sebab amazon mempunyai sistem jualan yang unik. Mereka akan hantar emel notifikasi berkenaan produk yang kita layari di amazon. Ini yang membantu jualan amazon. Jika kita sudah tanam cookies 90 hari, komisen tidak mudah hilang.

Tapi ingat, saya bangunkan 9 blog. Jadi saya pelbagaikan. Setelah 5 bulan, hasilnya produk bernilai rendah lebih banyak jualan. Bagi produk bernilai tinggi, jualannya amat kecil. 98% adalah daripada blog bernilai murah.

C. Domain Names 

Sebaik baiknya cari nama domain yang sama dengan produk. Tetapi JANGAN guna nama jenama seperti panasonic, apple,toshiba,amazon & etc. Ada IM terus buat nama model produk, namun bagi saya ia merugikan sebab ia akan jadi spesific untuk satu produk sahaja. Kalau nak promote benda lain, kurang sesuai pula jadinya.

Penting ada keyword sasaran dalam domain.. contohnya furbyreview.com ke, furbyshop.com dan sebagainya.

Tips Bisnes Online : Selain dari membat research keyword, expired domain pun bagus untuk kita mulakan. Ini kerana robots.txt website yang telah expired, bila kembali digunakan Google akan mengesan robots tersebut dan memudahkan website tersebut mendapat tempat di page pertama Google. 

 

D. Bangunkan Blog WordPress

WordPress memang terbaik. Banyak plugin yang membantu dalam SEO. Ia sangat memudahkan kerja. Kalau nak buat autoblog, boleh install plugin yang berkenaan. Dalam eksperimen ini, saya gunakan WP Robot. Kelebihan WP Robot memang diakui oleh ramai Blogger Affiliate Amazon kerana sifatnya yang mengautomasikan pelbagai perkara selain Affiliate Amazon boleh juga anda digunakan untuk mengautomasikan artikel serta video dalam blog kita. Lihat secara detail dalam website WP Robot >>> Klik disini

p/s : Alamak seksi pulak robot ni… Huhuhuhu..

E. Promosi 

Dalam bab promosi, saya hanya menfokuskan kepada backlink yang berbentuk contextual backlink seperti press release, wiki, blog commenting, artikel directory dan social media. Anda boleh cari outsource di Fiverr. Cari orang yang mempunyai rating yang tinggi. Jangan lupa baca review penguna servis sebelum ini. Insya Allah dalam pos lain nanti saya akan sediakan artikel dalam Bahasa Inggeris untuk anda…. Tapi keep in touch dengan Blog BisnesOnline ya…

Langkah terakhir…. Pantau prestasi, tingkat backlink jika mula ada hasil…. Dan Nikmati hasilnya..

Disclaimer: Hasil mungkin berbeza sebab tiada jaminan akan berjaya membuat jualan sebab ia bergantung kepada persaingan bagi katakunci sasaran anda. Fokus kepada kata kunci buying keyword.

Tips: Contohnya buying keyword:

*FOR SALE
*DISCOUNT
*REVIEW
*CHEAP

Dan banyak lagi… search kat google…hehehe

p/s : Jika anda tak faham cerita apa diatas ini serta berminat untuk menambah pendapatan secara online silakan melayari http://www.bisnesonline.info/affiliateamazon/ Selain anda pelajari langkah demi langkah untuk membina laman blog, anda akan diajar juga langkah demi langkah untuk membina laman web affiliate Amazon. Selain tu, ada banyak bonus hebat untuk kejayaan anda. Layari sekarang kerana harga mungkin akan dinaikkan lagi…. 

 

Salam kejayaan,

Terima kasih.

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!