Masa sebenarnya adalah anugerah daripada Allah SWT kepada hamba-Nya yang bernama manusia yang  amat bernilai. Dengan merujuk surah Al-Asr, surah yang ke-103, dapat dibuat kesimpulan bahawa manusia perlu menyedari bahawa masa adalah suatu anugerah Allah SWT yang tidak boleh  disia-siakan. Justeru itu, demi  kemajuan diri, agama, bangsa dan negara, persoalan masa mestilah diberi perhatian yang  serius.

demimasa[1]

 

Masa boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu masa lampau, masa kini dan masa akan datang.

Masa lampau: Merangkumi peristiwa yang telah berlaku kepada kita dan tidak mungkin kita lalui kembali.

Masa  kini: Masa yang kita miliki dan sepatutnya kita gunakan sebaik mungkin.

Masa akan datang: Masa yang belum tentu dapat  kita kecapi, kerana belum pasti  kita mempunyai kemampuan untuk melakukannya.

Seterusnya kepentingan masa dapat dilihat dari segi kehidupan kita seharian. Sebagai manusia kita mempunyai dua kehidupan iaitu kehidupan sebagai individu  dan berkumpulan. Sebagai individu, kita akan menggunakan masa yang ada untuk merancang apa yang  bakal kita lakukan  pada hari ini, esok dan seterusnya.

Rancangan tersebut dibuat supaya hidup individu lebih terurus, mudah dan  sebagainya. Kita akan menetapkan masa untuk bekerja bagi mencapai sesuatu matlamat seperti  belajar,  makan, berhibur, berehat, beribadat  dan menguruskan  diri.

Kesemuanya  ini akan  membolehkan kita membahagikan masa dengan betul dan tidak mensia-siakan masa yang diberi. Setiap satu tugasan  diberikan jumlah  masa  yang tertentu  dan pencapaian yang berbeza.
hamka[1]

Kehidupan manusia sebagai satu kumpulan…
Melibatkan  kehidupan bersama keluarga, masyarakat sekeliling,rakan persekolahan  dan rakan sepejabat. Tugasan kita dalam kumpulan adalah berbeza-beza dan memerlukan  waktu yang berlainan untuk dilaksanakan.

Kehidupan manusia sebagai seorang individu…
Tugasan individu dalam keluarga adalah bergantung kepada kedudukannya. Jika ia adalah seorang anak, maka seharusnya ia akan menetapkan hidupnya dengan tugasan seperti  membantu ibunya dalam tugasan  harian di rumah, pembelajaran  dan  kegiatan sosialnya.

Semua ini tidak akan dapat  dilakukan oleh anak tadi jika ia tidak membahagikan masa dengan baik.
Sebagai seorang pelajar pula, ia akan berada dalam kumpulan pelajar yang sama-sama menuntut ilmu bagi mencapai sesuatu pada masa akan datang.  Ia akan diberi tanggungjawab oleh rakan sekelasnya  atau oleh gurunya untuk diselesaikan  bersama- sama.

Kegagalannya menetapkan masa dalam melaksanakan tugasan yang diberikan tadi akan menimbulkan kesulitan kepada kumpulan tersebut.

Perancangan dan pembahagian masa harus dilakukan dengan teliti mengikut  keutamaan kerja supaya kita tidak mengganggu  perjalananan  masa orang  lain. Dengan cara  ini barulah kejayaan dapat  dicapai.

MENGAPA KITA HARUS MENGURUS MASA DENGAN EFEKTIF?

Antara  sebab kita perlu mengurus masa  dengan efektif:
(a)      Mengelakkan diri daripada membazir  masa dengan sia-sia.
(b)      Mengelakkan diri daripada amalan  menangguh-nangguhkan  masa.
(c)      Supaya dapat  belajar dengan  berkesan.
(d)      Melatih anda  menggunakan masa  dengan  berkesan.
(e)      Mengelakkan diri daripada panik  untuk  menghadapi peperiksaan.

DIMANAKAH MASA DIHABISKAN OLEH MANUSIA?
Sedarkah  kita di manakah 24 jam yang  diberikan tadi dihabiskan? Jean Louis Seaan dalam bukunya, ‘The Art Of Time’ ada mengemukakan lima perkara  di mana  masa dihabiskan. Menurut  beliau, manusia  telah membentuk satu tabiat sejak  mula lagi bagi menetapkan apa yang akan dilakukan oleh manusia tersebut.

Tabiat-tabiat  ini adakalanya  membantu manusia  untuk mencapai kejayaan tetapi  lazimnya menghalang kita daripada mencapai impian  sendiri.

Tabiat  manusia yang  pertama:
Melakukan sesuatu yang kita suka terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu yang tidak kita gemari. Hal ini adalah  kelaziman bagi setiap manusia. Perkara yang disukai akan diberikan perhatian yang lebih walaupun hal itu mungkin tidak memberikan apa-apa hasil pada kermudian  hari. Sebaliknya  perkara yang  kurang  diminati walaupun berpotensi tidak akan dilakukan dengan cepat atau sepenuh hati.

Misalnya, jika kita meminati muzik,  maka kita akan berusaha untuk membeli kaset, alatan muzik dan belajar  menggunakannya sepenuh masa. Sedangkan ketika itu contohnya kita seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mata pelajaran tertentu akan diabaikan, walaupun ia penting untuk masa depan. Nyatalah lazimnya sesuatu yang kita suka lakukan tidak semestinya  memberikan faedah pada  masa depan  dan sebaliknya yang tidak disukai itu banyak memberi faedah pada masa  depan.

Tabiat  manusia yang  kedua:
Melakukan perkara yang cepat berbanding yang  lambat. Tiada siapa yang suka  berbaris panjang dan menunggu  untuk melihat dan mendapatkan sesuatu. Pada  zaman yang serba canggih ini, semuanya  inginkan  setiap  perkara  yang  berlaku  itu pantas tanpa  menghiraukan  kesan di sebalik kepantasan tersebut.

Contoh yang mudah ialah ketika melintasi jalan  raya. Terdapat dua pilihan untuk ke seberang jalan  raya yang sesak sama ada  menggunakan jejantas atau terus menyeberangi jalan tadi. Jarang yang akan  menggunakan jejantas  tetapi ramai yang sanggup     menyeberangi jalan  raya secara  terus, namun  risikonya amat  tinggi.

Tabiat  manusia yang  ketiga:
Melakukan perkara yang awal sebelum yang akhir. Jean mengatakan,    perkara yang awal itu memulakan  sesuatu  usaha  dengan  gigih  dan tekun pada  mulanya  tetapi tidak berterusan  hingga  ke penghujung.  Pepatah  Melayu ada mengatakan, “Hangat-hangat tahi ayam”.  Sikap ini amat meluas di kalangan kita.

Kita pada  mulanya akan  bergerak  untuk melakukan sesuatu pekerjaan pada awalnya kerana pekerjaan itu mudah dan tidak banyak memerlukan  penjagaan. Walau bagaimanapun, apabita tugasan  tersebut  semakin sukar dan bebanan semakin tinggi, kita akan mula patah semangat untuk  melakukannya.

CIRI-CIRI MASA
Masa amat  penting  bagi kehidupan  manusia. Justeru itu, setiap  individu  berkewajipan  menguruskan masanya  dengan  penuh teliti supaya  setiap detik perjalanan  masa dapat dimanfaatkan.  Masa adalah  sesuatu yang berharga bagi setiap  individu.

Antara ciri masa  yang  membuatkannya begitu  berharga ialah:

Masa tidak boleh dijimatkan
Masa tidak boleh disimpan
Masa tidak  boleh ditambah
Masa tidak  boleh dikurang
Masa tidak  boleh disembunyikan
Masa tidak  boleh direka cipta
Masa tidak  boleh dihentikan,  dipercepatkan  atau dilewatkan
Masa tidak  boleh dipindah-pindahkan
Masa tidak boleh berpatah balik
Masa tidak boleh ditukar ganti
Masa tidak boleh dijual beli
Masa tidak anjal
Masa adalah  terbatas
Masa adalah  sama  untuk semua  orang
Masa cuma  boleh digunakan

Apakah implikasi  daripada  penyataan di atas?  Penyataan-penyataan   ini bermakna kita perlu bijak  menggunakan  masa.  Masa tidak  boleh  dikembangkan. Kita perlu menguruskan  masa dengan berkesan dan  bijaksana. Kita mesti  menentukan  masa. Semua orang sudah mengetahui bahawa setiap manusia  yang pelbagai darjat dan bidang  kerjaya hanya mendapat:

 

60  saat bagi satu minit
60  minit bagi satu jam
24 iam  bagi satu hari
168  jam  bagi satu minggu
7  hari bagi satu minggu
12  bulan bagi satu  tahun
52  minggu  bagi satu tahun

Percayalah, jika anda dapat menguruskan masa dengan  berkesan dan membahagikannya untuk kegiatan-kegiatan  yang  berfaedah dan yang bermanfaat anda akan menghampiri  kejayaan.

Disebabkan   kehebatan  ciri-ciri masa  seperti yang  dijelaskan maka  Islam telah menyedarkan  manusia  tentang kepentingan masa dan betapa  perlunya  rnasa untuk dimanfaatkan   dalam  kehidupan  di dunia ini.

Antaranya  ialah ingatan  daripada  Rasulullah SAW  yang  telah  bersabda:

”Dapatkan saham keuntungan dalam  masa  lima waktu  sebelum  tiba lima waktu  yang lain”

Masa  kamu hidup sebelum  kamu mati,
Masa  kamu sihat  sebelum kantu sakit,
Masa kamu  lapang  sebelum kamu sibuk,
Masa kamu muda sebelum kamu tua,            
Masa  kamu senang sebelum  kamu  papa.

PENGGUNAAN MASA
Setiap  individu  mempunyai masa selama  24 jam.  Dalam masa-masa yang terbatas  itulah, setiap indiviclu mesti  melaksanakan tiga aktiviti  penting dalam  hidupnya.    Pada umumnya seorang manusia  itu perlu 8 jam  untuk  bekerja.  8 jam  untuk tidur dan 8 jam  lagi untuk berehat dan berhubung dengan manusia  lain.
Jadi melalui  aktiviti-aktiviti ini, setiap manusia  itu akan dapat menjalinkan  perhubungan hidupnya  dengan diri sendiri,  sesama manusia,  alam  dan Tuhan-Nya.

Bagi masyarakat lslam. setiap  muslim diingatkan untuk  menyediakan jadual waktu  kerja harian  dengan  tersusun supaya  setiap  matlamat dapat  dicapai.  Ingatan  ini  dapat  dilihat daripada  hadith  Rasulullah  SAW yang  bersabda;

“Sewajar  setiap  yang berakal, selagi akal fikirannya  tidak  hilang, bahawa dia membahagikan masa-masanya kepada empat waktu,  :

Waktu dia bermunajat  (berzikir) pada Allah SWT.
Waktu untuk  dia bermuhasabah  tentang  dirinya.
Waktu  untuk dia  berfikir berlubung dengan barang-barang  ciptaan Allah SWT
Waktu untuk dia menumpukan   kepada  keperluannya seperti    mencari makanan dan minuman.

Namun demikian, wajar juga  diambil masa untuk beristirehat.  Ini adalah kerana anggota badan yang letih lesu kerana banyak  bekerja  boleh membawa  kepada kebosanan dan  jemu. Oleh itu, amat  perlu dibahagikan  sedikit masa untuk bersuka-suka dan menghiburkan hati dengan  perkara-perkara yang dibolehkan syarak.

Jadi  secara  umumnya  setiap  individu itu telah  menggunakan  setengah daripada jumlah masa tersebut  untuk melakukan kerja-kerja persendirian,  satu  perempat (1/4) pulau ntuk  bekerja  atau belajar dan bakinya  untuk aktiviti-aktiviti  yang lain.

Setiap  pelajar  perlu menguruskan   masa dengan  bijak supaya tidak timbul masalah ‘tidak cukup masa’. Untuk rnenjadi pelajar yang  cemerlang, individu  mesti menguruskan masa dengan  betul.  Individu  perlu merancang apa yang mahu dilakukan. Individu juga perlu merancang penjadualan  sebenar  untuk seminggu  secara terperinci.

Oleh yang  demikian, adalah jelas  perlunya pengurusan masa dan setiap  pelajar juga perlu ada  kemahiran dalam  menguruskan  masa. Dengan itu boleh dikatakan bahawa masa itu bersifat ‘paradox’,  iaitu tiada siapa yang  mempunyai  cukup  masa tetapi semua  orang mendapat jumlah yang  sama. Terpulanglah  kepada individu untuk menyesuaikan serta  menguruskan masanya  agar benar-benar   berfaedah.  Pada  hakikatnya pengurusan masa ialah  pengurusan   kendiri  atau pengurusannya   hanya 24 jam sehari  dan tidak  lebih, tidak kurang agar  masa tidak terbuang dengan sia-siaTime-Management-Matrix-Covey-Transparent[1]

Pengurusan masa secara  tidak teratur akan menyebabkan  kerja-kerja tidak berjalan mengikut perancangan, tertangguh, terbengkalai dan lain-lain. Ia juga  turut membawa kepada  rendahnya   ‘self-esteem ‘, kerjaya yang tidak tercapai dan tingkahlaku yang boleh merosakkan kehidupan  anda.

Cara pengurusan masa yang paling mudah ialah dengan menggunakan kaedah A. B dan  C.
A      = Ketahui apa yang  telah anda miliki.
B      = Ketahui apa yang anda  mahukan.
C    = Menggunakan A dan  B untuk  mendapatkan apayang anda  mahukan.

Pengurusan masa yang berkesan bukanlah bermakna seseorang     itu bekerja dalam jangka  masa  yang lebih lama  atau bekerja lebih  keras (kuat) tetapi lebih kepada  bermaksud   “Do more by working  smarter.”

FAKTOR PENGURUSAN MASA YANG SALAH

Ramai individu gagal dalam menguruskan masa dengan betul kerana  mereka tidak mempunyai perancangan yang rapi. Mereka menghadapi  kehidupan secara tidak sistematik, kelam kabut dan gopoh-gapah.

Antara  tabiat yang menyebabkan masa tidak diuruskan masa dengan betul  ialah:

»Tidak mempunyai jadual waktu  harian.

» Suka menangguh-nangguhkan masa dalam sesuatu aktiviti.
» Suka melakukan kerja  pada saat akhir (last  minute).
» Suka  membazirkan masa  dengan  aktiviti yang  tidak  berfaedah.
» Tidak mematuhi jadual waktu  yang  telah disediakan.
» Tidak ada  susunan keutamaan  atau tidak tahu mana aktiviti yang kurang penting.

KEMAHIRAN YANG PERLU ADA DALAM MEMBUAT PERANCANGAN DAN PENJADUALAN WAKTU

Menghargai  masa…
Masa  ialah  kehidupan itu sendiri dan merupakan  nikmat Allah SWT yang paling bernilai. Jika anda membazir  atau membuang masa  dengan  sia-sia  bermakna  anda tidak  menghargai kehidupan anda. Hal ini juga  bermakna   anda tidak menghargai nikmat Atlah  SWT kepada  anda.

Menghitung  masa…
Masa yang  ada  pada kita adalah terhad. Masa berlalu  tidak akan berulang  kembali.  Oleh itu,anda harus menghitung banyak mana masa yang  ada  untuk menghadapi  peperiksaan.  Belum pasti semua  masa yang anda  hitung tadi benar-benar boleh anda gunakan.  Oleh itu, kiralah pula berapa  banyakkah masa  yang benar-benar boleh anda gunakan untuk  belajar setelah  menolak masa  tidur, rehat,  bersukan.  bercuti  dan aktiviti-aktiviti  lain lagi.

Mengagih-agihkan  masa dengan  bijaksana…
Pembahagian masa ini perlu dibuat  secara bulanan, mingguan dan harian.

Menjaga  masa  dengan  baik…
Anda  perlu mendisiplinkan diri agar mematuhi  rancangan yang telah diatur. Masa tidak boleh  dibiarkan berlalu begitu sahaja  tanpa  hasil yang  produktif. Anda perlu sentiasa menyemak  sama ada  masa anda  diisi dengan baik atau  banyak  terbuang   begitu sahaja. Anda  perlu  mengukur sejauh mana objektif anda tercapai dalam jangka masa  yang telah ditetapkan.

Menunaikan objektif jangka pendek  dan jangka  panjang…
Untuk menghargai  dan menggunakan  masa dengan bijak, anda  perlu  menentukan  objektif anda.  Menentukan  objektif  bermakna anda menetapkan matlamat untuk diri anda.  Hal ini bermakna anda mempunyai pandangan atau wawasan yang jelas tentang  sasaran anda,  hala tuju dan seterusnya  strategi yang  perlu dilakukan untuk  mencapainya.

TIPS MENETAPKAN OBJEKTIF DALAM PENGURUSAN MASA

Seorang individu pertu mempunyai  dua jenis objektif dalam melakukan sesuatu kerja iaitu objektif jangka pendek  dan objektif jangka panjang.

Objektif jangka pendek
Biasanya ialah sesuatu  yang ingin dicapai dalam  masa sebulan  atau dua bulan, satu penggal atau satu semester.

Objektif jangka panjang
Sesuatu yang ingin dicapai  dalam masa  satu  hingga  lima tahun.

Kebanyakan individu gagal disebabkan mereka  tidak mempunyai objektif tertentu  dalam  kehidupan mereka. Mereka  tidak tahu  apakah yang  ingin dicapai  atau  ke arah  manakah hala yang  akan  dituju  ataupun apakah  yang harus dilakukan  untuk  menentukan sesuatu objektif.  Mereka tidak  mempunyai sasaran tertentu,  akibatnya  pembahagian masa  tidak sistematik  dan konsisten.

Berikut  ialah  beberapa panduan yang perlu dilakukan  oleh seorang   individu  dalam menetapkan  objektifnya :

(a)     Tuliskan objektif anda
Dengan  adanya  objektif.  Maka anda  mempunyai matlamat. halatuju,  pernyataan yang jelas  dan juga  perkara yang ingin dicapai. Hal ini juga  akan  menjadikan anda  betul-betul  serius  dan membantu  anda  untuk memberi perhatian  yang sepenuhnya    untuk mencapai  objektif tersebut

(b)     Tentukan  objektif anda  secara  spesifik
Anda  perlu menyatakan  objektif secara spesifik bukan  dalam  bentuk  yang terlalu umum.  Semua  orang mahu berjaya tetapi  pada tahap kejayaan yang sebagaimana?

(c)     Tentukan  objektif anda secara realistik dan boleh dicapai
Sasaran  yang ingin dicapai  mestilah  berpijak di bumi yang nyata.  Sasaran yang realistik ialah sasaran yang  boleh dicapai  oleh semua  orang yang  mempunyai kemampuan dan kebolehan yang  sama  dengan anda.  Dengan perkataan  lain, bukan sesuatu perkara  yang  mustahil  untuk  dicapai  oleh seorang  individu.

(d)     Senaraikan  objektif anda mengikut  susunan keutamaan
Objektif  yang  paling penting  mestilah  mengatasi keutamaan  daripada  objektif yang  kurang  penting. Ini adalah untuk memudahkan  anda memberi tumpuan kepada yang  lebih  penting  dahulu.  Jika  anda tidak berjaya mencapai kesemua objektif yang   ditentukan,  sekurang-kurangnya  anda dapat  memastikan objektif anda  tidak terabai.

(e)      Menetapkan jangka  masa tertentu
Untuk mencapai  sesuatu  objektif kita mesti  menentukan   batasan  waktu atau ‘time frame’  iaitu bilakah objektif itu  hendak  dicapai ataupun boleh dicapai

TIPS PELAKSANAAN UNTUK MENGURUS MASA DENGAN BERKESAN

Berikut beberapa cadangan supaya anda  dapat menggunakan  masa selama  24 jam untuk menguruskan dengan lebih berkesan.

Sediakan  suatu jadual hari yang tetap. Jadualkan  masa yang  tertentu untuk perkara yang  rutin.

Buat suatu  perkara pada masa  itu. Apabila  anda memulakan suatu kerja, selesaikan  sehingga  berjaya.
Ketepikan  sebarang perkara  yang  tidak berkenaan  dengan  kerja yang anda hendak selesaikan.

Jangan tangguhkan perkara yang penting, walaupun ia tidak menyeronokkan. Ini akan mengganggu fikiran anda,  mengurangkan daya penciptaan dan keupayaan  kerja anda.
Pada  masa  yang  sesuai lakukan perkara yang  memerlukan keupayaan  otak  yang maksimum.

Tetapkan  waktu atau satu jangka  masa(time  frame) untuk semua  kerja, kemudian cuba  patuhi batas waktu  itu.
Susunkan  waktu selingan  masa anda tidak  boleh  bekerja dengan berkesan. Buat senarai  semak  terhadap penggunaan masa anda.  Dalam  semakan itu perhatikan berapa banyak  masa yang  telah  digunakan   dengan baik dan berkesan.

Anda  harus  bersikap  selektif… Belajarlah  mengatakan  ‘tidak boleh’terhadap aktiviti-aktiviti  yang  tidak  menguntungkan.
Analisiskan  gangguan anda. Ambil  langkah-langkah       yang sesuai  supaya anda dapat  menghindari  gangguan  tersebut ataupun mengurangkan kesannya.

Buat satu perkara pada  suatu masa  sahaja. Elakkan  membuat banyak  perkara dalam  suatu masa.  Iniakan  menyebabkan  anda tidak dapat memberi  tumpuan yang baik.

MEMBUAT PENILAIAN DAN PEMBETULAN MASA YANG TELAH DIRANCANG

Anda  perlu membuat  penilaian sejauh  mana  masa  yang telah  anda gunakan itu dapat  mencapai   matlamat atau objektif yang telah ditetapkan.

Sebaliknya, anda  perlu mengenal  pasti mengapa objektif yang ditetapkan tidak tercapai atau lambat tercapai dalam jangka  waktu yang  ditentukan.
Seterusnya,  anda  mesti  membuat  pernbetulan  yang  perlu supaya pengurusan masa anda  lebih berkesan.
Rancangkan  kaedah-kaedah    yang  lain supaya aktiviti-aktiviti  yang dirancangkan  dapat  dilaksanakan  dengan berkesan   dan  menjimatkan   masa. Jika sesuatu aktiviti tidak  berjaya dilakukan, anda perlu mengenalpasti  apakah kesilapan atau kekurangan yang  telah anda lakukan.

Berikut ialah lima langkah  merancang  peningkatan  pengurusan  masa:

Langkah 1
Nyatakan   objektif peningkatan  masa anda. Anda  mestilah spesifik  tentang  berapa banyak masa yang  ingin anda  peruntukkan  dalam jadual  mingguan  dan tarikh sasaran  untuk mencapai  objektif  itu.

Langkah 2
Kenal  pasti peluang yang ada. Anda mestilah  spesifik.  Adakah tugas yang  dapatdiketepikan  atau diagihkan? Apakah  rancangan   yang  perlu dibuat?

Langkah 3
Pilih peluang yang anda rancang untuk  memperoleh jumlah  penjimatan  masa  yang dijangkakan dan bandingkan dengan  penjimatan  masa menurut tarikh sasaran  anda.

Langkah 4
Senaraikan  aspek  perubahan yang telah dilakukan.  Ini termasuk  penyemakan semula dan mendapat  kelulusan dan juga  persetujuan serta  kerjasama daripada  mereka yang  akan  menjalankan sebahagian  daripada  tugas dan tanggungjawab anda  seperti  menyediakan ‘projek kursus’ secara berkumpulan.

Langkah 5
Ambil  tindakan  susulan  dalam  tempoh  10 hari. Kaji semula  kemajuan anda dan  ulangi sebarang  langkah yang  tidak  menghasilkan  keputusan seperti  yang  dijangkakan.masa-emas-bisnes-online

1.Masa hendaklah dimanfaatkan sepenuh mungkin dan diselenggarakan dengan cara yang betul.
2.Masa ibarat pedang. Jika anda tidak menepati masa, nescaya masa itu tidak akan kembali semula
3.Mereka yang berjaya adalah mereka yang tahu menguruskan amsa dengan betul.

Sekian, terima kasih

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!