Ketika saya memulakan perniagaan Internet pertama, ia adalah sekitar krisis ekonomi dunia lebih 15 tahun dulu. Kini, keadaan ekonomi di Malaysia juga tidak menentu membuatkan ramai usahawan dan juga orang ramai ingin mencari pendapatan tambahan dalam menampung bebanan kos hidup yang semakin tinggi.

perniagaan terbaik

Memulakan dan menjalankan perniagaan Internet merupakan satu pilihan terbaik ketika krisis ekonomi dalam meningkatkan pendapatan, sepertimana pengalaman saya 15 tahun dulu, berikut adalah 4 sebab mengapa perniagaan Internet adalah pilihan terbaik…

1. Kos memulakan perniagaan Internet adalah rendah

Dalam memulakan perniagaan ketika ekonomi tidak menentu, pastinya perlu menjimatkan kos. Memulakan perniagaan yang memerlukan premis, tapak dan sewa akan memakan belanja yang tinggi. Bukan sahaja pada downpayment, membayar sewa premis, renovation kedai yang memakan belanja beratus ribu ringgit, tak lupa dengan kelengkapan memulakan perniagaan lain yang mungkin boleh mencecah beratus ribu ringgit bergantung kepada lokasi.

Memulakan perniagaan Internet adalah murah. Zaman ini, tapak premis sudah tidak lagi diperlukan dalam menjalankan perniagaan Internet. Perniagaan boleh dimulakan dengan hanya menggunakan Facebook dan blog yang sememangnya adalah percuma.

Sekiranya ingin kelihatan lebih profesional, mendapatkan lamanweb .COM sendiri seperti IrfanKhairi.com, hanya memerlukan kos tidak lebih RM200 setahun. Bukan lagi berpuluh ribu atau beratus ribu seperti perniagaan offline!

2. Kos overhead juga rendah

Perniagaan mempunyai premis mempunyai kos overhead tinggi seperti sewa bulanan, elektrik, aircond, serta perlu seorang dua pekerja yang bergaji bulanan untuk menjaga kedai. Pastinya di sini sahaja usahawan perlu membayar beberapa ribu ringgit sebulan untuk meneruskan perniagaan.

Tidak seperti perniagaan Internet yang boleh dijalankan dari rumah, kos overhead adalah rendah- sepertimana bayaran bil di rumah sahaja.

Oleh kerana perniagaan Internet juga boleh menggunakan perisisan dan aplikasi automasi, pekerja juga tidak diperlukan atau boleh diminima. Ini dapat menjimatkan pelbagai kos apabila mengendalikan perniagaan dari rumah.

3. Oleh kerana kos overhead rendah…

Oleh kerana kos overhead adalah rendah, seringkali usahawan boleh menjual produk pada harga yang lebih rendah lagi berbanding dengan mereka yang mempunyai kedai, semestinya kos keseluruhan adalah lebih tinggi. Meletakkan harga lebih rendah bukan sahaja mendapat daya saingan yang lebih baik, tetapi ia juga selaras dengan keadaan ekonomi di mana pembeli lebih memilih dalam belian.

Harga yang lebih rendah akan memudahkan pembeli membuat pilihan  ketika ekonomi tidak menentu oleh kerana kuasa berbelanja juga adalah rendah. Satu keadaan MENANG-MENANG bagi keduanya, usahawan dan juga pembeli ketika ini.

4. Pasaran perniagaan bukan sahaja Malaysia, tetapi Asia dan sedunia!

Keadaan ekonomi tidak menentu kini mungkin hanya di Malaysia sahaja. Oleh itu perniagaan Internet bukan sahaja boleh disasarkan ke pasaran Malaysia sahaja, tetapi juga ke pasaran Asia dan sedunia. Tahukah anda, benua Asia adalah benua yang paling ramai pengguna Internet di dunia? Pengguna Internet Asia adalah lebih daripada pengguna Internet USA dan juga Eropah. Hinggakan hampir separuh pengguna Internet dunia adalah pengguna Internet di Asia.

Pasaran ini adalah amat berharga terutamanya bagi kita di Malaysia oleh kerana Malaysia terletak agak strategik di negara Asia untuk memudahkan penghantaran dalam transaksi belian online.

Diatas adalah antara 4 sebab mengapa Perniagaan Internet adalah pilihan yang tepat ketika ekonomi tidak menentu. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dan ramai juga tertekan dengan bebanan kos sara diri dan keluarga, selain daripada mengharapkan bantuan pihak lain yang mungkin ada atau mingkin tiada, tanggungjawab kita sendiri untuk meningkatkan lagi kewangan diri dan keluarga. Apa sahaja cabaran yang ada, jadikannya sebagai peluang untuk berubah menjadi lebih baik.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai saya dan ramai lagi di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program 6 bulan yang telah membantu paling ramai usahawan Internet Malaysia memulakan dan menjalankan perniagaan Internet yang berjaya.

Pengambilan terbaru akan bermula bulan hadapan, dan tempat sentiasa di penuhi. Klik di sini untuk maklumat lanjut bagaimana kami di OpenEducation dapat membantu anda menjana pendapatan melalui Internet.

girls

Perniagaan, Kewangan & Motivasi

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!