Sebelum anda mula membina senarai subscriber, terdapat beberapa perisian dan keperluan lain yang anda perlu sediakan terlebih dahulu bagi memudahkan tujuan anda membina senarai tersebut.

Pertama sekali, sudah tentu anda memerlukan sebuah laman web yang khusus milik anda. Anda boleh memilih untuk menggunakan platform percuma seperti blog atau penyedia laman web percuma, atau anda juga boleh memilih untuk mempunyai domain dan hosting anda sendiri sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih untuk perniagaan internet anda.
Seterusnya, anda memerlukan keahlian autoresponder bagi menjadikan proses pembinaan senarai subscriber anda secara otomatik, seperti GetResponse, Aweber atau NoraBot. Sudah tentu anda boleh memilih untuk tidak melanggan autoresponder, seperti menggunakan Google Docs dan sebagainya, namun proses pembinaan senarai tanpa autoresponder adalah secara manual. Sekiranya anda mempunyai 20 orang subscriber boleh lagi anda uruskan. Namun sekiranya anda mempunyai ratusan malah ribuan subscriber, sudah tentu anda inginkan perisian yang mampu menampung keperluan senarai subscriber anda tanpa perlu anda runsing untuk menguruskan mereka secara manual.
Selain itu, anda juga perlu menyediakan borang opt-in di laman web anda tadi. Borang ini tidak sama dengan keahlian autoresponder tadi. Sementara autoresponder menguruskan senarai subscriber anda secara otomatik, borang opt-in adalah bertujuan untuk pelawat anda meninggalakan nama dan emel mereka untuk disimpan di dalam autoresponder anda tadi. Lazimnya, borang opt-in ini disediakan sekali dengan langganan autoresponder anda.
Bagi meningkatkan kadar opt-in senarai subscriber anda, anda perlu menyediakan hadiah atau bonus yang menarik yang akan diberikan kepada pelawat anda yang mengisi borang opt-in anda dan mengesahkan emel mereka. Sebagai contoh, anda memberikan mereka sampel percuma produk anda, atau barangan lain yang berkaitan dengan perniagaan anda bagi menarik minat pelawat anda untuk menjadi subscriber anda.

Di samping itu, anda juga boleh mempertimbangkan untuk melanggan atau membeli perisian lain bagi tujuan promosi dan meningkatkan kadar opt-in di laman web anda. Sebagai contoh, anda menggunakan perisian untuk menguncikan posting di laman web anda, di mana pelawat tidak boleh membaca posting tersebut sebelum mengisi borang opt-in yang disediakan. Sekiranya pelawat anda ingin untuk meneruskan pembacaan posting tersebut, mereka perlu mengisi borang opt-in anda bagi ‘membuka kunci’ posting itu tadi.

Anda digalakkan untuk melihat contoh secara terus dengan mengisi borang optin yang telah saya sediakan untuk anda di bahagian atas sebelah kanan laman web ini.

Terus terang saya katakan, bahawa sebelum ini saya memang tidak berminat untuk menggunakan autoresponder kerana terpaksa mengeluarkan maintanance yang tinggi setiap bulan. Tetapi, setelah membaca ebook simple pengalaman peribadi Cikgu Hafis dalam dunia perniagaan internet, semangat tinggi untuk menggunakannya… Walaupun telah terlambat, tetapi lebih baik kita bermulakan? Jika anda berminat untuk membaca, sila klik link ini >>>Cerita Cikgu Hafis 

 

Seterusnya saya bertanya kepada beberapa mentor saya, diorang mencadangkan untuk menggunakan Tools TrafficWave. Selain harga yang lebih jimat. Ia juga boleh mendatangkan hasil melalui sistem affiliatenya yang berbentuk MLM. Cuma dengan mendapatkan 3 orang sahaja kita dah dapat menggunakan autoresponder ini percuma setiap bulan… Menarikkan?

Andai kita lebih rajin promosi, lebih ramai yang menyertai, maka lebih banyak income kita, dikira sehingga 10 level menggunakan sistem Matrix. Nak tahu lanjut boleh layari dalam Bahasa Melayu >>> Auto TrafficWave

Nak test drive dulu selama 30 hari, boleh terus daftar di link ini >>> TrafficWave Free Enroll

Salam kejayaan,

Ustaz Wan

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!