Panduan Pemasaran Affiliate

Menjana pendapatan melalui affiliate adalah perniagaan zaman sekarang. Melalui affiliate, anda boleh menjadi agen kepada beribu-ribu produk. Tidak seperti perniagaan offline, anda terhad untuk menjadi agen kepada satu atau dua produk sahaja.

Tidak seperti produk offline, sesiapa sahaja boleh menjadi affiliate di produk online. Anda tidak perlu keluarkan modal untuk beli barang, anda tidak perlu memakai baju cantik-cantik untuk berjumpa dengan pelanggan, dan anda tidak perlu bermanis lidah.

Affiliate secara online adalah peperangan menggunakan minda. Jika anda berani, anda akan berjaya. Jika anda rajin, anda akan berjaya. Jika anda bijak, anda akan berjaya. Dalam pemasaran affiliate, anda perlu ada minda peperangan kerana ia adalah perniagaan dan perniagaan adalah peperangan.

Jika pesaing anda bergerak 1 langkah, anda perlu bergerak 10 langkah. Sejauh mana kuatnya pesaing anda, sejauh mana otainya pesaing anda, jika anda bergerak dengan 10 langkah ke hadapan, anda pasti akan berjaya mengejar mereka.

Di dalam ebook ini, saya akan huraikan apa yang boleh anda lakukan untuk mempromosi produk affiliate anda. Harap pendedahan saya ini akan membantu anda untuk menerima lebih banyak komisyen.

[su_frame align=”center”][/su_frame] 

3 perkara yang perlu seorang affiliate ada untuk menjana pendapatan.

 

Walaupun ia nampak mudah, seorang affiliate perlu periksa sama ada dia memiliki 3 perkara berikut sebelum boleh bermula menjana pendapatan melalui affiliate.

Pertama: Produk untuk di promosikan.

Tiada produk, tiada komisyen. Tiada komisyen, tiadalah wang. Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan selain permintaan adalah produk untuk di promosikan. Apabila ada produk, barulah anda boleh mula merancang kaedah promosi anda. Setiap produk memang ada permintaan, cuma anda perlu promosi pada tempat yang tepat sahaja.

Kedua: Landing page atau Squeeze Page.

Sebagai seorang affiliate yang bijak, anda memang perlukan web static dan autoresponder untuk melakukan promosi. Katakan anda menghabiskan beribu ringgit untuk mempromosi sesuatu produk melalui pengiklanan, lebih elok untuk anda directkan pengiklanan anda ke squeeze page anda berbanding terus kepada laman affiliate.

Melalui tindakan ini, sudah tentu anda tidak perlu menghabiskan beribu-ribu ringgit lagi untuk promosi kerana semua prospek pembeli ada dalam di dalam autoresponder. Jika ada produk yang berkaitan dengan mailing list yang anda telah kumpul, anda boleh terus mempromosinya melalui mailing list.

Ketiga: Pengetahuan mengenai produk yang anda ingin promosi.

Ini adalah senjata yang paling kuat sekali dalam promosi. Anda tiada alasan selain menguasai sepenuhnya pengetahuan mengenai produk yang anda ingin promosi. Jika anda berkemampuan, anda boleh mengupah freelance untuk mencari maklumat bagi pihak anda. Jika tidak, anda boleh lakukannya sendiri.

Pengetahuan yang tinggi akan memberi kredibiliti dan seterusnya pembeli akan membeli dari anda kerana mereka yakin dengan cadangan anda untuk membeli produk yang anda promosikan.

[su_frame align=”center”][/su_frame]

3 langkah untuk menjana pendapatan lumayan melalui affiliate dalam masa sekejap.

 

Tidak mustahil untuk anda memperoleh pendapatan 4 angka menerusi affiliate dalam masa seminggu atau lebih pendek. Ia bergantung sepenuhnya kepada perancangan anda.

Ada 3 langkah yang selalu di gunakan oleh IM antarabangsa untuk mendapat keuntungan yang tinggi dalam masa sekejap.

 You Play Big, You Gain Big.

Langkah pertama: Cari produk yang mempunyai komisyen yang tinggi.

Cari senarai produk yang mempunyai nilai komisyen RM 50 ke atas. Cari sebanyak mungkin dan simpankan ia dalam komputer anda.

Langkah kedua : Cipta squeeze page untuk setiap produk.

Cipta squeeze page untuk setiap produk dan pastikan ia menarik untuk memikat sebanyak mungkin prospek subscribe ke mailing list anda.

Langkah Ketiga : Promosikan squeeze page anda dan teruskan promosi produk affiliate dalam mailing list anda.

Anda boleh pilih untuk promosi secara percuma atau berbayar. Anda boleh pilih sendiri mengikut kemampuan anda.

Ya !! tiga langkah ini sahaja boleh memberi anda pendapatan tanpa had. Yang menariknya, anda boleh gunakan mailing list tersebut berulang-ulang kali. Yang penting, anda menjaga hubungan antara anda dan subscriber  anda. 

 

Bagaimana ingin memilih produk terbaik untuk menjana pendapatan melalui affiliate ?

 

Yang ini selalu menjadi masalah kepada seorang affiliate. Ia berbeza menjadi agen kepada perniagaan online kerana anda selalunya kena ikut tuan milik perniagaan, agen di internet adalah bos kepada pemilik perniagaan.

Jika anda mendapati laman produk affiliate yang anda ingin promosi tidak berupaya untuk memberi conversion yang bagus, anda boleh menegur tuan punya laman web. Ia adalah hak anda kerana andalah yang akan memberi kekayaan kepada mereka.

Produk terbaik akan memberi keuntungan kepada anda. Bagaimana hendak mengenail pasti potensi sesuatu produk?

Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk menentukan sama ada sesuatu produk itu mempunyai potensi atau tidak.

Pertama : Tanya sendiri kepada pemilik.

Tanya sendiri pemilik produk bagaimana prestasi penjualan produk beliau. Dalam ayat pertanyaan, selitkan perkataan yang anda inginkan jawapan yang jujur dan bersedia melaburkan wang yang banyak untuk melakukan promosi.

Kedua : Periksa Sales Letter itu sendiri dan kredibiliti produk  tersebut.

Periksa kandungan sales letter tersebut dan ramal sendiri sejauh mana keberkesananya. Kemudian periksa kredibiliti produk tersebut melalui testimonial dan bukti yang ada di website. Katakan anda ingin mempromosi produk ebook tips penjimatan, periksa sama ada pemberi testimonial adalah mereka yang pakar dalam bidang tersebut.

Ketiga : kebanjiran otai-otai IM.

Jika produk tersebut adalah dari seorang otai IM, sudah tentu ia adalah produk yang akan mendapat sambutan. Apa yang anda perlu lakukan adalah bersaing dengan otai-otai IM yang ada. Jangan takut untuk bersaing kerana mereka yang paling pantas dan bijak akan menang. Jika gagal bersaing pun, anda tetap menerima tempias dari kehangatan produk tersebut.

Keempat : Permintaan yang melampau.

Di Malaysia anda boleh nilai sama ada produk tersebut mempunyai permintaan yang banyak atau tidak melalui surat khabar atau berita di TV. Katakan ada keluar laporan mengenai anak luar nikah di berita, sudah tentu produk ebook‘ Cara terbaik untuk berhenti ketagih seks‘ akan meletup di pasaran kerana ia memang permintaan umum.

 

3 kesilapan biasa sebagai seorang affiliate ?

 

Kebanyakan newbie tewas dalam peperangan affiliate di sebabkan kesilapan kecil dan mereka terus kecewa dan tidak meneruskan perjuangan. Ada 3 kesilapan umum yang selalu di amalkan oleh newbie affiliate.

Pertama: Salah memilih program affiliate.

Seperti yang saya nyatakan dalam bab sebelum ini, seorang newbie selalunya lupa untuk memeriksa potensi sesuatu produk sebelum promosikan produk tersebut.  Kalau anda tidak kenal siapa pemilik laman web tersebut, pastikan anda bertanya dahulu soalan sensitif kepada pemiliknya seperti bukti pembayaran komisyen dan keberkesanan mereka memberi support kepada pembeli.

Kedua: Masuk banyak sangat program affiliate.

Tolonglah!!Janganlah tamak sangat. Buat satu persatu. Pilih satu produk, buat squeeze page kemudian promosi, barulah nampak professional.  Bila dah stabil sesuatu produk, barulah pergi ke produk seterusnya.

Ketiga: Tidak membeli produk atau menggunakan servis yang di tawarkan.

Memang anda tidak perlu membeli produk untuk berdaftar sebagi affiliate, tetapi anda perlu tahu apa yang ada dalam kandungan ebook tersebut sebelum  melakukan promosi.  Jika anda tidak mampu untuk beli, anda boleh mengolah kandungan ebook tersebut berdasarkan review affiliater yang lain.

 

[su_frame align=”center”][/su_frame]

 

Panduan ringkas promosi produk affiliate.

Seperti yang anda tahu. Langkah pertama untuk promosi produk affiliate adalah squeeze page. Persoalannya, bagaimana hendak promosi squeeze page tersebut ? Di bawah ada menunjukkan cara ringkas bagaimana untuk melakukan promosi.

1. Direktori pengiklanan percuma 

Buka google dan buat carian ‘iklan percuma.’ Di sana terdapat banyak laman web yang menyediakan pengiklanan percuma. Pelawat  yang melawat laman web iklan percuma selalunya terdiri dari mereka yang melakukan perniagaan.

Mereka mempunyai niat yang sama iaitu untuk mengiklan, maka jika anda ada produk yang berbentuk perniagaan, anda di galakkan untuk meletakkan laman web anda di sini. Lagi satu keistimewaan direktori percuma adalah anda boleh mengiklan sebanyak mungkin, jika ada had untuk satu akaun, buat sahaja akaun lain.

Anda perlu bijak ketika melakukan pengiklanan di direktori percuma ini. Pelbagaikan headline anda. katakan anda melakukan promosi produk kuruskan badan, anda boleh menulis headline berikut.

Cara mudah untuk kurus.

Sebulan turun 5 kg.

Pasti kurus dengan (nama produk anda)

Kalau anda gemuk, click sini untuk kuruskan badan.

Mungkin ada manusia yang melakukan carian di search engine menggunakan kata kunci di atas. Jika anda, anda memang bertuah.

 

2. Blogging

Anda boleh mula menulis di blog mengenai  topik yang anda ingin promosikan atau anda boleh mencuri trafik dari laman blog lain dengan meninggalkan comment pada artikel mereka. Bergantung kepada kerajinan anda. Jika anda rajin untuk menulis, silakan. Jika tidak, sudah cukup dengan mencuri trafik.

3. Pemasaran Forum

Seperti biasa, di forum anda boleh promosi produk affiliate anda melalui siggy atau di bahagian pengiklanan. Apabila berforum, anda perlu ingat bahawa ia adalah proses jangka panjang. Jadi, janganlah membuat musuh apabila berforum. Sentiasa bermesra dengan ahli forum yang lain.

Awas!! Jangan lakukan SPAM. Jika tiada apa hendak di kata, diam lebih baik.

 

Cara membina kredibilit di forum.

Kredibiliti sangat penting dalam berforum kerana biasanya manusia membaca orang yang mereka hormat menulis. Bayangkan anda mempunyai kredibilti yang baik, sudah tentu anda mempunyai ramai peminat dan mereka sentiasa menanti anda untuk mengeluarkan pendapat.

Berikut adalah cara membina kredibiliti di forum :-

  1. Sentiasa jujur dalam ulasan.
  2. Ada prinsip ketika memberi komen.
  3. Berpengetahuan tinggi ( google kan ada, Search je)
  4. Sentiasa memberi kritikan yang membina.

Di atas adalah antara perkara yang perlu anda titik beratkan ketika berforum.

 

4. Instant Message.

Instant message seperti Yahoo, Google Talk dan Skype sangat berkesan ketika melakukan promosi. Kebanyakan IM akan meletakkan pautan squeeze page mereka di bahagian status. Promosi melalui kaedah ini sangat berkesan jika anda mempunyai senarai rakan yang ramai.

Untuk meramaikan senarai rakan yang anda ada, anda boleh add kawan forumer anda atau anda boleh membuat kursus percuma melalui IM. Katakan anda pakar dalah PHP, anda boleh membuat kursus  secara percuma melalui Instant Message. Jangan terkejut jika anda tumpukan pada teknik ini sahaja, anda boleh dapat hasil yang memberansangkan.

[su_frame align=”center”][/su_frame]

 

 5. Laman Web Sosial

 

Laman web seperti facebook, myspace dan friendster memang mempunyai trafik yang tinggi. Jika di facebook, ada aplikasi group dan fan page. Minta rakan-rakan anda untuk tolong promote pautan squeeze page anda itu.

With network you gain power.

Jika anda pandai dalam mencipta aplikasi menarik di facebook, mungkin ia akan memberi advantage kepada anda. Jika anda promosi produk kuruskan badan mungkin anda boleh mencipta aplikasi mengira Nilai BMI atau gambar ahli facebook jika mereka dalam keadaan gemuk.

 

6. Pengiklanan pada laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.

Anda boleh gunakan kaedah pay per clik atau pay per view seperti facebook ads, google adwords, bidvertiser, adly, ziddu dan nuffang.

Anda juga boleh beriklan di portal laman web yang mempunyai hit yang tinggi seperti portal berita. Sebelum anda beriklan di sesuatu laman web, periksa alexa ranking di alexa.com atau boleh  tanya sendiri kepada admin sejauh mana trafik yang di terima laman webnya.

 

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!