Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, nilai matawang Ringgit adalah pada paras yang rendah, harga barangan meningkat oleh kerana GST, tetapi pendapatan tidak meningkat pula seirigan, selain daripada berjimat cermat dalam berbelanja, kita juga boleh memulakan perniagaan dalam menjana pendapatan tambahan.

5nasihat

1. Mulakan perniagaan Internet

Perniagaan melalui Internet merupakan pilihan baik oleh kerana kos memulakan perniagaan Internet adalah rendah, tidak seperti memulakan perniagaan yang memerlukan premis. Perniagaan Internet, boleh dimulakan dengan lingkungan RM100 untuk mendapatkan tapak di Internet (webhosting) dan juga nama .com (domain name). Perniagaan Internet boleh dijalankan dari rumah, tanpa sebarang kos overhead tambahan.

Ketika saya memulaka perniagaan Internet lebih 15 tahun lalu, ia adalah ketika kegawatan ekonomi sedunia. Perniagaan Internet kurang terkesan dengan keadaan ekonomi oleh kerana kosnya yang rendah di samping mencapai pelanggan yang lebih ramai berbanding kedai offline.

2. Berhati-hati dalam berbelanja besar dalam perniagaan

Ketika keadaan ekonomi tidak menentu, usahawan perlu lebih berhati-hati dalam berbelanja besar dalam perniagaan. Setiap ringgit yang dibelanjakan perlu diambil kira pulangan yang bakal diterima. Kurangkan risiko dengan melalukan analisa pasaran sebelum berbelanja.

Fikirkan bahawa terdapat kebarangkalian wang yang dibelanjakan tidak akan memberi pulangan- adakah ini akan terkesankan perniagaan anda?

3. Kurangkan kos tetapi bukan kualiti

Pelanggan akan lebih memilih dalam belian oleh kerana mereka juga perlu menjimatkan wang. Namun, pilihan pelanggan akan tetap pada produk dan perkhidmatan yang berkualiti. Dengan kewujudan Internet, lebih mudah pelanggan melakukan research/survey sebelum membeli sesuatu- dan akan memilih pada kualiti.

Fikirkan cara mengurangkan kos perniagaan tanpa mengurangkan kualiti.

4. Jangan kembangkan perniagaan sekiranya belum mampu

Adakalanya, sebagai usahawan kita punyai rasa ingin berkembang dan melihat perniagaan kita lebih besar. Mungkin ingin melihat premis yang lebih besar, kelengkapan yang lebih canggih, pekerja yang lebih ramai, pengiklanan yang lebih gah, dan sebagainya.

Kesilapan mengembangkan perniagaan sebelum mampu juga telah mengakibatkan banyak perniagaan terpaksa tutup oleh kerana tidak mampu menjana keuntungan selari dengan kos perniagaan. Bak kata pepatah Melayu, ukut baju di badan sendiri.

5. Gunakan kaedah Internet dan Media Sosial untuk promosi

Internet dan media sosial memberi ruang pemasaran dan promosi perniagaan pada kos yang jauh lebih rendah berbanding dengan TV, majalah, akhbar, billboard dan sebagainya.

Usahawan perlu lebih kreatif dan inovatif dalam melakukan kempen pemasaran dalam menyebarkan informasi perniagaan kepada sasaran pasaran melalui Internet dan Media Sosial. Kaedah pemasaran yang bijak boleh menjadikan perniagaan viral dan disebut oleh pengguna-pengguna memberi promosi secara percuma.

*Hari raya baru sahaja lepas dan orang ramai mula kembali ke rutin bekerja. Sekiranya anda ingin keluar dari rutin bekerja dan ingin memulakan perniagaan Internet secara separuh masa untuk menjana pendapatan tambahan ketika ekonomi tidak menentu, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang telah melahirkan ramai usahwan Internet dari rumah. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

girls

Perniagaan, Kewangan & Motivasi

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!