Matapelajaran Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) merupakan subjek yang telah diwajibkan ketas semua pelajar Muslim sejak tingkatan Satu hingga Lima di sekolah menengah. Namun, pengalaman 15 tahun mengajar lepasan menengah mendapati penguasaan dan kefahaman pelajar terhadap PAFA masih di tahap lemah. Kajian-kajian lepas juga membuktikan gejala sosial, masalah rasuah, pelanggaran peraturan Negara mahupun Agama disebabkan tidak memahami Islam secara keseluruhan.

Correctional Overview Of Islam (COOI) pada asasnya merujuk kepada gambaran menyeluruh tentang isi kandungan ajaran Islam yang meliputi aspek akidah, ibadah dan akhlak. COOI adalah hasil pemerhatian dan kesimpulan para sarjana berasaskan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah terhadap sifat-sifat dan ciri-ciri ajaran Islam dalam kesemua bidang berpandukan Mazhab Syafie.

Manakala, Correctional atau pembetulan pemahaman adalah berasaskan Teknik Rasional Emosi Tingkah Laku (REBT) dalam Teori Pendekatan Kaunseling Gestalt membantu peserta mendapat ‘celik akal’ dalam memahami agama Islam secara keseluruhannya. Kepentingan ‘celik akal’ dalam memahami agama Islam bertujuan untuk mendapatkan rasional dalam mengamalkan ajaran Islam seterusnya membentuk perubahan tingkahlaku yang lebih konsisten serta membantu ingatan yang lebih panjang berbanding konsep ceramah sehala.

Sekiranya amda berminat untuk menjalankan kurus ini di tempat anda, bolehlah DOWNLOAD kertas kerja contoh dibawah bagi memudahkan proses urusan anda.

Terima kasih.

Telefon koi : 010-3177699

 

Download Kertas Kerja COOI

 

 

 

 

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!