Adakah anda masih memikirkan untuk memulakan perniagaan internet? Mungkin anda tidak pasti model internet yang manakah paling sesuai untuk dimulakan pada masa kini.

Jangan khuatir. Artikel ringkas ini menghuraikan beberapa model bisnes internet yang wujud di Malaysia pada masa kini untuk membantu anda membuat pilihan.

1. Menjual produk fizikal
Model bisnes internet yang paling popular dan rancak dijalankan adalah dengan menjual produk fizikal. Usahawan produk fizikal menggunakan medium internet untuk memasarkan produk-produk tersebut kerana kaedah pemasaran online tidak memerlukan kos yang tinggi, sebaliknya boleh mencapai sasaran prospek yang luas di dalam dan di luar negara.

Sebagai contoh, produk fizikal yang dijual melalui internet termasuklah barangan elektronik, kain baju, buku-buku fizikal, cenderamata dan sebagainya. Semua urusniaga jualan disempurnakan melalui internet. Hanya urusan pembungkusan dan pengeposan yang dilakukan secara fizikal.

Seseorang penjual tidak semestinya menghasilkan produk jualan itu sendiri. Ada kalanya penjual yang menjual produk-produk fizikal di internet mendapatkan barangan jualan melalui kaedah dropship, iaitu mereka memasarkan produk seseorang atau sesebuah syarikat. Apabila berlaku jualan, mereka akan mendapat komisen sebagai ejen dropship.

2. Menjual produk digital
Model bisnes internet yang kedua adalah dengan menjual produk digital. Terdapat pelbagai jenis produk digital di luar sana, seperti ebook, audio, video, perisian dan sebagainya. Lazimnya, produk-produk seperti ini hanya perlu dihasilkan sekali sahaja, dan boleh dijual berulang kali. Tambahan lagi, produk-produk digital ini lazimnya tidak memerlukan pembungkusan atau pengeposan, kerana urusan penghantaran boleh dilakukan secara online sahaja. Itulah antara kekuatan memilih penjualan produk digital sebagai model bisnes internet anda.

Seseorang penjual akan menghasilkan produk digital, dan memasarkan produk tersebut menggunakan medium online dan juga offline. Pada kebiasaannya, seseorang penjual akan memasang sistem affiliate di laman web jualan utama dan melantik ejen-ejen affiliate untuk turut serta memasarkan produk-produk tersebut. Pemasangan sistem affiliate sudah tentu akan lebih merancakkan potensi jualan di kalangan prospek pembeli.

3. Menjual produk affiliate
Seterusnya, sekiranya anda tidak mempunyai produk fizikal atau produk digital sendiri untuk dijual, anda boleh memilih model bisnes internet yang ketiga ini

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!