Pernahkah anda terfikir untuk menjana wang secara online dengan mengisi borang survey?

Terdapat banyak syarikat dan perniagaan besar di luar sana yang memerlukan pendapat orang ramai secara konsisten untuk memperbaharui dan meningkatkan promosi serta jualan produk dan perkhidmatan mereka. Salah satu cara mereka mengumpul maklum balas daripada orang ramai adalah dengan mengupah laman-laman web tertentu untuk menjalan survey bagi pihak mereka, dan mereka akan membayar upah bagi mendapatkan maklum balas tersebut. Sebahagian daripada upah tersebut disalurkan bagi kos operasi dan keuntungan laman web survey tersebut dan selebihnya dibayar kepada pengguna yang mengisi survey itu tadi.

Ini mungkin lubuk penjanaan wang yang berpotensi tinggi untuk anda terokai!

Baiklah, sebaik anda memutuskan untuk mempertimbangkan untuk menjana wang online dengan mengisi survey, anda perlu mencari laman web survey yang berpotensi tinggi untuk sertai. Anda disarankan untuk mengambil masa untuk mencari laman web yang sah bagi tujuan ini. Sebagai contoh, anda boleh mulakan dengan melayari forum atau membuat carian di enjin carian bagi mengenalpasti laman web survey yang mempunyai rating tinggi, atau sekalipun laman web yang kurang atau tiada langsung rating negative.

Anda juga perlu ingat bahawa sekiranya laman web tersebut terlalu menjanjikan pulangan yang tinggi dengan kerja yang sedikit, mungkin ia adalah penipuan internet dan anda harus cuba elakkan laman-laman web sebegitu.

Tip menjana wang dengan survey

1. Berdaftar dengan syarikat yang sah – anda perlu pastikan bahawa anda cuma berdaftar dengan syarikat yang sah. Anda mungkin perlu melakukan semakan ringkas untuk memastikan kesahan syarikat tersebut, serta mengambil masa meminta maklum balas daripada rakan-rakan anda yang mungkin pernah menyertai mana-mana program survey sebegini.

2. Elakkan membayar pendahuluan – sekiranya laman web survey tersebut menghendaki anda untuk membuat pembayaran pendahuluan bagi mendapatkan bilangan survey untuk diisi, anda boleh melupakan laman web tersebut. Ini adalah kerana konsep laman web survey ialah mereka akan membayar anda untuk mengisi borang survey, dan bukannya mengumpul yuran pendaftaran atau caj-caj lain daripada anda.

3. Pastikan kaedah pembayaran tunai – anda juga perlu menyemak kaedah pembayaran upah untuk pengisian survey tersebut, anda perlu memastikan pembayaran secara tunai dibuat terus kepada anda, seperti ke akaun bank anda, ataupun melalui kaedah pembayaran online yang diterima pakai seperti PayPal dan sebagainya. Sekiranya anda mendapati upah untuk anda mengisi survey akan dibayar dalam bentuk kupon ataupun matawang online yang tidak sah, maka anda perlu elakkan laman-laman web survey sedemikian.

4. Baca syarat-syarat dan polisi privasi laman web – semua laman web survey mempunyai terma dan syarat serta polisi privasi tertentu yang khusus untuk syarikat mereka, dan tiada satu laman web pun yang mempunyai terma, syarat dan polisi yang sama antara satu sama lain. Jadi, anda disarankan untuk mengambil sedikit masa untuk membaca can menyemak perkara-perkara ini bagi memastikan anda betul-betul layak untuk menyertai laman web tersebut, dan tidak melanggar mana-mana undang-undang yang mungkin terpakai bagi laman web tersebut dan bagi diri anda sendiri.

5. Semak had umur minima – dalam sesetengah situasi, terdapat laman-laman web yang menetapkan had umur minima bagi menyertai program pengisian survey mereka. Anda perlu berhati-hati kerana walaupun anda mencapai umur dewasa sebagai contoh 18 tahun, mungkin laman web tersebut menghendaki responden survey yang berumur 40 tahun ke atas dan sebagainya. Sekiranya anda terlupa untuk menyemak perkara ini, kemungkinan besar anda tidak akan dibayar untuk maklum balas survey anda kerana anda tidak menepati had umur yang ditetapkan itu.

6. Semak pengeluaran pembayaran minimum – anda juga perlu maklum berapakah pengeluaran pembayaran minimum yang ditetapkan oleh syarikat tersebut, dan adakah terdapat sebarang caj tambahan sekiranya anda ingin mengeluarkan pembayaran upah anda daripada laman web tersebut. Lazimnya, syarikat akan menetapkan pembayaran minimum yang boleh dikeluarkan, dan anda harus fokus kepada program-program survey yang rendah pengeluaran pembayaran minimumnya dan pada kadar caj tambahan yang rendah (sekiranya ada).

7. Buatkan emel khas untuk mengisi survey – oleh kerana kebanyakan tugas-tugas pengisian survey dimaklumkan melalui emel, anda disarankan untuk membuat satu emel khas untuk tujuan mengisi survey semata-mata. Ini adalah untuk mengelak emel pengisian survey anda bercampur aduk dengan emel peribadi atau rasmi anda.

8. Cuba pilih survey yang singkat dengan upah tinggi – akhir sekali, anda bolehlah membuat pilihan survey yang tidak terlalu panjang tetapi memberikan upah yang tinggi. Lazimnya syarikat-syarikat besar yang mengupah laman web survey itu tadi inginkan maklum balas yang berkualiti berbanding kuantiti, jadi elok sekiranya anda bijak memilih survey yang singkat dengan upah yang tinggi.

 

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!