Oleh kerana sedikitnya orang yang berjaya, masyarakat kita seringkali menganggap negatif terhadap orang kaya dan mencemburui orang kaya. Mungkin juga mereka melihat segelintir orang kaya yang berkelakuan tidak baik, sombong atau tidak mengendahkan orang miskin. Ibarat ada pemisah antara orang kaya dan miskin. Walhal dalam Islam, antara miskin dan kaya itu patut bantu-membantu dan saling memerlukan. Contohnya orang kaya memerlukan tukang membaiki paip di rumahnya yang sudah rosak, atau kerja-kerja buruh yang perlu dilakukan. Sebaliknya orang miskin perlukan orang kaya untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan, membina masjid, memberi sumbangan untuk membiayai kos pembangunan dan sebagainya.

 

Pada 23 Mei, 2010, Berita Harian melaporkan, “Terdapat 489 kes orang yang dihantar ke HKL tetapi tidak dijemput oleh keluarga atau anak selepas mereka sembuh”. Kes ini adalah satu fenomena baru dalam masalah sosial yang antara faktor penyebabnya ialah kemiskinan, sama ada berpunca daripada anak, keluarga atau pesakit itu sendiri. Jika diteliti, kemiskinan menyebabkan orang benci kepada kita kerana terpaksa menagih simpati dan belas kasihan orang lain untuk survival kita. Sebaliknya jika 489 orang yang terlantar ini adalah orang yang berada atau kaya, InsyaAllah perkara ini tidak mungkin berlaku kerana mereka boleh berdikari.

 

Demikianlah banyaknya sebab mengapa kita, terutamanya umat Islam perlu kaya atau berada untuk membolehkan kita melaksanakan tuntutan-tuntutan kehidupan. Untuk kaya, kita perlu berusaha dan membaiki diri kita. Walau serendah mana pun kita, janganlah berserah diri sebelum berjuang. Allah menginginkan kita mengubah diri kita dan berada di tahap yang lebih baik. Janganlah membiarkan diri kita dalam kemiskinan atau kepapaan dan menyusahkan orang di sekeliling kita. Laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga, sebagai ibu atau ayah. Carilah yang halal. Moga dengan ketiadaan kita nanti, waris-waris kita boleh bergembira dengan apa yang kita tinggalkan, bukannya menanggung kesusahan selepas ketiadaan kita.

 

EBOOK FREKUENSI KAYA


Semua yang anda baca di atas adalah merupakan sebahagian kandungan yang terdapat di dalam ebook “Frekuensi Kaya”. Ebook ini melihat sejauh mana kita harus kaya dan tidak membelakangkan petunjuk dari Al-Quran dan hadis yang menyebut bahawa kadangkala harta dunia dan kekayaan boleh membawa kepada kerosakan.

 frekuensi-kaya

Satu lagi yang boleh saya cadangkan kepada anda adalah sebuah buku yang telah dikarang hebat oleh Robert T. Kiyosaki… Anda boleh dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran anda…. Ya, saya telah membacanya dan kini sangat memahami penyebab kesilapan saya dalam menguruskan kewangan saya….

Robert-kaya

Jika anda terer dalam English, saya cadangkan anda Join program Robert T Kiyosaki secara online di http://www.richdad.com/

 Robert-richdad-kaya

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!