Panduan Membina Kredibiliti.

Langkah demi langkah membina Kredibiliti sebagai seorang IM

[su_frame align=”center”][/su_frame]

Apa yang ada pada kredibiliti?

Menjadi lumrah manusia untuk mempunyai perasaan tidak puas hati. Menjadi lumrah juga, setiap manusia tidak dapat memuaskan hati semua manusia lain. Jadi, bagaimana anda hendak bertahan dalam dunia perniagaan Internet? Tambahan lagi, jika anda seorang IM.

 Kredibiliti bukan perkara yang paling penting dalam perniagaan Internet tetapi adalah keperluan.

 Ramai manusia tidak melihat apa yang anda dapat, tetapi mereka melihat apa yang anda lakukan. Mereka meletakkan kepercayaan atas kredibiliti anda. Maka, ia amat penting untuk anda membina kredibilit anda sekarang juga. Persoalannya, bagaimana anda hendak membina kredibiliti? Membina kredibiliti melalui Internet tidaklah sukar tetapi tidak juga mudah.

Kejayaan anda membina kredibiliti bergantung kepada sejauh mana anda berkata mengenai diri anda, sejauh mana anda mendedahkan sifat peribadi anda, dan sejauh mana anda menyumbang kepada masyarakat. Di sini, terdapat dua cara untuk meningkatkan kredibiliti anda.

Cara pertama adalah menghasilkan produk yang hebat dan mengadakan Joint Venture dengan mereka yang berpengalaman atau Otai. Sudah tentu kredibiliti anda akan terserlah jika di belakangi oleh mereka yang memang di hormati oleh orang ramai.

 Kredibiliti = Pengaruh

Cara kedua adalah memberi maklumat. Kepandaian dan kebijaksanaan anda dalam memberi maklumat akan meningkatkan martabat anda di kalangan IM dan pengguna Internet yang lain. Manusia memandang pada kebijaksaan dan ketelusan anda dalam memberi maklumat.

Maklumat yang di beri haruslah berkesan dan di sertai fakta yang kukuh supaya nama anda akan mula di perkatakan oleh ramai orang dan pengaruh anda akan mula tersebar. Apa yang saya akan cadangkan di dalam ebook ini adalah bagaimana hendak menyebarkan pengaruh anda dan seterusnya menaikkan kredibiliti anda sebagai IM terbilang.

[su_frame align=”center”][/su_frame]

Kehidupan IM yang mempunyai kredibiliti yang tinggi.

IM yang berkredibiliti sangat dedikasi dalam melakukan tugas mereka. Mereka mempunyai jadual kerja yang tetap dan berkesan. Perkara pertama dan terakhir di lakukan pada setiap hari adalah memberi bantuan kepada bakal pelanggan dan pelanggan mereka.

Setiap hari peti emel akan di penuhi dengan jemputan Joint Venture dan emel dari syarikat persendirian untuk melakukan promosi bagi pihak mereka. Tidak kurang juga emel dari pihak developer seperti syarikat perisian dan web hosting untuk meminta pandangan mengenai produk mereka.Inilah situasi bagi IM yang mempunyai kredibiliti.

IM yang berkredibiliti adalah situasi idaman bagi mereka yang inginkannya. Sememangnya ia adalah kehidupan yang berbaloi untuk di kejar.Mari kita mulakan langkah demi langkah untuk membina kredibiliti anda sebagai seorang IM terbilang.

 

Langkah demi langkah membina kredibiliti.

Anda boleh gunakan teknik di bawah untuk membina kredibilit dalam niche yang lain juga.

Pertama : Tentukan apa matlamat anda.

Membina kredibiliti dalam dunia IM memerlukan anda untuk menyumbang sesuatu. Jadi, cari satu topik yang anda minat. Dunia IM selalunya berkaitan dengan niche make money online. Maka, anda perlu sumbangkan sesuatu yang jelas dan terang.

Niche Make Money Online terlalu besar bagi anda sebagai beginner untuk membina kredibiliti. Lebih baik anda kecilkan skop make money online kepada beberapa perkara yang lebih kecil seperti pemasaran artikel atau SEO atau adsence.

Ia adalah adat untuk anda bermula dari bawah, Walaupun si anak mewarisi perniagaan dari ayahnya, anaknya tetap perlu bermula dari bawah untuk belajar bagaimana perniagaan ayahnya berfungsi. Tiada satu perkara pun bermula dari atas dan tetap berada di atas.

Semuanya bermula dari bawah dan bergerak ke atas dan tetap berada di atas. Walaupun anda jatuh ke bawah, anda tetap berada di atas kerana apa yang paling penting dalam kehidupan adalah pengalaman dan pengetahuan. Kebanyakan newbie bertindak dengan kurang bijak untuk membina kredibiliti melalui tindakan melulu.

Contoh paling jelas dalam situasi bermula dari bawah adalah syarikat menjual makanan segera. KFC, MCD dan Pizza Hut tetap boleh berjaya walaupun mereka tidak menjual semua jenis makanan. Mereka bermula dari kecil, kemudian baru mereka mengembangkan perniagaan mereka.

Sekarang, anda boleh lihat walaupun Pizza Hut bermula dengan hanya menjual Pizza, sekarang terdapat berbagai makanan di kedai mereka termasuklah spaghetti dan ayam. Jadi, anda pilih satu perkara yang anda rasa boleh anda lakukan. Jika tidak boleh, anda perlu belajar. Kemudian, anda fokus pada perkara itu sahaja.

 

Kedua: Bina kredibiliti melalui kepakaran anda.

Pertama, anda pilih bidang yang anda ingin explore. Sekarang, bina sebuah laman web professional sebagai kubu dalam perjalanan anda membina kredibiliti. Kemudian, belajar untuk jadi pakar dalam bidang yang anda pilih.

Ada dua cara untuk membina kredibilit melalui kepakaran. Pertama, memberi pengetahuan asas kepada pembaca. Contohnya anda ingin menumpukan perhatian dalam adsence. Maka, anda menulis atau menunjukkan cara bagaimana hendak mendaftar dan konsep adsence. Kemudian anda kembangkan ia kepada cara untuk membuat laman web beserta dengan iklan adsence. Kemudian ,anda kembangkan ia satu persatu.

Cara kedua adalah peka pada perkara baru. Dari contoh di atas, sentiasa cari perkara terbaru yang terjadi dalam dunia adsence. Semakin cepat anda mendedahkan perkara baru yang terjadi, semakin anda akan di perkatakan ramai orang.

 

Ketiga : Promosi Laman Web anda.

Kita berada dalam dunia realiti dan tidak ada jalan singkat untuk berjaya. Jadi, saya akan berterus terang dengan anda. Ada dua cara untuk promosikan laman web anda. Pertama, kaedah percuma. Kedua, kaedah berbayar. Kedua-dua kaedah mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing.

 

Kaedah Percuma.

Ada dua cara yang agak berkesan untuk promosi laman web anda iaitu pemasaran forum dan viral report. Untuk pemasaran forum, anda boleh promosikan laman web anda melalui siggy anda atau bahagian pengiklanan sedia ada.

Kebanyakan forum mempunyai bahagian pengiklanan percuma dan jika anda tidak mampu untuk bayar jika pengiklanan di forum tersebut adalah berbayar, promosi sahaja melalui siggy. Lakukan posting-posting yang berguna untuk ahli forumer yang lain. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kepakaran kepada anda.

Jika anda pakar dalam bidang adsense, sentiasa lebihkan perbincangan di bahagian tersebut. Awas!! pastikan perbincangan anda adalah dalam bentuk ilmiah. Ia penting untuk membina kredibiliti anda. Jika ada blog direktori, masukkan blog anda di dalamnya.

Untuk cara kedua, saya cadangkan anda anda buat satu laporan percuma untuk di edar kepada orang ramai. Laporan yang anda bina perlu eksklusif dan mempunyai harga. Saya ambil contoh adsense sekali lagi. Untuk membina kredibiliti anda boleh menulis laporan mengenai perkara berikut :

  1. Cara terpantas membuka akaun adsense.
  2. Teknik untuk mendapat 100 USD pertama anda melalui adsence.
  3. Cara membina web adsense.

Tuliskan sesuatu yang akan memberi kepuasan kepada si pembacanya. Semakin puas pembaca laporan anda, semakin tinggi kredibiliti anda akan meningkat. Anda boleh letakkan link ke laman web atau squeeze page anda di dalam laporan tersebut.

Edarkan laporan tersebut ke forum-forum dan rakan-rakan anda yang mempunyai minat yang sama. Izinkan pembaca laporan anda untuk mengedarkan laporan anda kepada orang ramai untuk membentuk pemasaran viral terpantas.

 

 

Kaedah Berbayar.

Jalan terpantas untuk membina kredibiliti adalah dengan menggunakan wang. Wang mampu membeli hampir segala-galanya termasuklah kredibiliti. Promosi menggunakan kaedah berbayar membantu anda untuk membina kredibiliti dengan lebih pantas.

Melalui langkah satu dan dua, anda telah ada asas kredibiliti. Langkah ketiga pula berfungsi untuk mempromosi kredibiliti anda. Di sini, saya akan tunjukkan satu cara mudah untuk membina kredibiliti melalui kaedah berbayar.

Pertama, anda perlu bina satu landing page lengkap dengan opt-in. Kedua, anda lakukan promosi landing page yang anda bina. Di bawah adalah antara kaedah promosi berbayar yang boleh anda lakukan.

  1. Membeli ruang pengiklanan banner di blog-blog.
  2. Membeli ruang pengiklanan di laman web yang mempunyai trafik yang tinggi seperti bharian.com dan malaysiakini.com. Walaupun pengiklanan seperti ini adalah rawak, anda boleh memperoleh targeted prospek apabila mereka melakukan opt-in.
  3. Melakukan pengiklanan secara pay per click seperti google adword.
  4. Membeli pengiklanan secara pay per view di laman sosial seperti facebook dan laman web download seperti ziddu.
  5. Membeli pengiklanan dari pemilik mailing list. Minta pemilik mailing list untuk melakukan promosi mengenai landing page anda.
  6. Mengumpul mailing list melalui pertandingan Pay Per Lead.

Di atas adalah antara kaedah berbayar yang ada untuk anda lakukan promosi dan seterusnya membina kredibiliti anda sebagai IM terbilang.

membina-kredibiliti-di-media-sosia

Rangkaian Perniagaan.

Teknik advance dalam membina kredibiliti adalah membentuk satu rangkaian perniagaan. Semakin ramai anda kenal, semakin anda akan di hormati. Saya bagi satu contoh. Katakan anda mengeluarkan satu produk, produk tersebut sangat bagus dan berguna, malangnya pengguna tidak tahu mengenai kehebatan produk anda.

Sehebat mana sekalipun anda lakukan promosi, anda akan kekurangan pembeli kerana anda kekurangan pengaruh. Katakan juga, anda mempunyai kenalan perniagaan dan anda minta beliau untuk memberi pendapat mengenai produk yang anda keluarkan.

 Saya percaya jualan anda akan meningkat kerana anda di nilai oleh seorang pakar.

Mempunyai rangkaian perniagaan akan memudahkan anda untuk lebih maju dan kredibiliti anda juga akan meningkat. Jelas, bahawa rangkaian perniagaan memang memainkan peranan penting dalam perjalanan perniagaan dan membina kredibiliti anda.

Antara cara untuk membina rangkaian perniagaan.

 Menjadi pusat pertanyaan.

Rangkaian perniagaan tidak terhad pada mereka yang pakar sahaja. Mereka yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet juga adalah rangkaian perniagaan yang penting kerana semua orang akan berkembang pengalaman mereka.

Bina satu servis percuma iaitu menjadi pusat pertanyaan untuk segala masalah yang di hadapi oleh Newbie dalam bidang yang anda pilih. Jika anda ada masa, anda boleh tetapkan masa sekian-sekian untuk sesi pertanyaan. Jika anda tiada masa mungkina anda boleh tetapkan seminggu sekali untuk anda lakukan webinar atau conference.

 

Berkenalan dengan ramai orang di forum.

Sentiasa bertegur sapa dengan IM-IM di forum dan kalau boleh adakan majlis tertentu untuk mereka seperti makan malan dan sebagainya. Untuk hubungan jangka panjang, mungkin anda boleh adakan sesi mastermind untuk berkongsi idea dengan IM-IM yang lain.

Sentiasa hadir dalam perjumpaan dan seminar.

Tidak salah kalau anda melabur sedikit untuk membina jenama dan kredibiliti anda. Walaupun anda seorang pakar, anda boleh pergi ke seminar dan perjumpaan untuk menambah kenalan dalam rangkaian perniagaan anda. Apabila anda kenal seseorang, anda adalah eksklusif kepada mereka. Jadi, senanglah nanti untuk anda lakukan projek.

Popularkan diri anda melalui resell right.

Resell right juga adalah antara viral marketing yang paling berkesan sekali. Anda hasilkan produk yang hebat, anda jualkannya dalam masa tertentu dan anda keluarkan resell right untuk produk tersebut. Lesen resell right adalah hak untuk pembelinya menjual produk yang di beli pada harga yang di tetapkan.

Resell right adalah win-win situation bagi anda dan pemilik resell right. Untuk anda, anda dapat meningkatkan kredibiliti dan untuk pemilik resell right, mereka dapat keuntungan 100 %.

 Kenapa resell right boleh meningkatkan kredibiliti anda?

Lesen resell right tidak membenarkan pembelinya untuk menukar kandungan asal dalam produk. Jadi, jika anda menjual resell right untuk produk anda, anda sebenarnya sedang membina jenama dalam perniagaan anda. Ini kerana setiap produk yang terjual terdapat nama anda di dalamnya.

Nama anda akan meningkat naik jika produk yang anda hasilkan adalah bagus dan bermutu tinggi. Pembeli akan mula rasa hormat akan anda kerana anda adalah pemilik asal produk tersebut.

Bagaimana hendak membina kredibiliti melalui jualan resell right?

Pertama, produk yang anda hasilkan perlulah bermutu dan mempunyai permintaan yang tinggi. Kedua, brandingkan produk anda sepenuhnya. Dari penulisan sales letter sehinggalah pembentukan minisite. Semuanya perlu menjurus pada anda.

Di bahagian hadapan ecover, anda letakkan laman url anda. Begitu juga di minisite. Pada bahagian permulaan ebook, kenalkan siapa diri anda dan apa yang anda lakukan. Jual diri anda sepenuhnya.

Untuk menolong pembeli resell right anda, tawarkan perkhidmatan hosting file di server anda. Di samping itu, anda boleh mencuri senarai emel pembeli dari penjual resell right. Anda juga boleh memaksa pelanggan anda dan pemilik resell right anda untuk berdaftar dengan anda jika mereka mahu update dari produk anda.

 

Rumusan

Untuk membina kredibiliti, anda perlukan masa yang lama, tetapi untuk anda jatuh, hanya satu saat sahaja di perlukan. Anda perlu tenang, amanah, jujur, ikhlas dan matang serta professional.

Anda akan jatuh jika:

  1. Mungkir janji, tidak amanah. Tidak memberi refund walaupun anda telah janjikannya.
  2. Menjual produk yang tidak bermutu.
  3. Berlagak dan sombong.
  4. Hanya nampak wang semata-mata.
  5. Tergopoh-gapah semasa membuat keputusan.
  6. Tidak jujur dalam perniagaan.
  7. Sentiasa melakukan post-post yang tidak berguna di forum-forum.
  8. Menulis entry blog yang bosan dan tidak bermakna.
  9. Tidak memberi support yang sepatutnya.

Sekarang, anda fikirkan sedalam-dalamnya. Perniagaan online sama sahaja dengan perniagaan offline. Anda perlu menganggap setiap perbuatan yang anda lakukan adalah untuk tujuan perniagaan. Apabila anda berfikir seperti ahli perniagaan, anda adalah usahawan sebenar.

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!