Satu cara terbaik anda boleh promosikan minat anda di seluruh Internet ialah memulakan komuniti online tentang minat tersebut. Komuniti-komuniti online berfungsi dengan cara yang sama berfungsi di dunia offline. Anda mempunyai orang yang sama minat yang menjadi sebahagian daripada komuniti sebegitu dan sama-sama membincangkan topik-topik yang menarik.

Memanipulasi Laman Sosial

Mereka boleh membuat post tentang:-

  • Pengalaman mereka
  • Tip dan petua yang mereka boleh berikan
  • Cara mereka membuat perkara-perkara yang berkaitan dengan subjek
  • Meminta bimbingan daripada orang lain
  • Membeli dan menjual barang
  • Meminta pendapat daripada orang lain sebelum membeli produk
  • Bergurau senda tentang subjek tertentu

 

Jadi boleh lihat bahawa komuniti online adalah tempat terbaik untuk disertai sama ada anda mahu berbincang secara umum tentang subjek atau dapatkan bimbingan berguna tentangnya. Tidak hairanlah yang hampir setiap pengguna Internet adalah sebahagian daripada pelbagai komuniti masa kini.

 

Berikut ialah beberapa laman web rangkaian sosial yang paling menarik di Internet. Ia adalah yang terbaik kerana memiliki jumlah ahli yang besar. Sekarang, bagaimana ia membantu anda? Mudah saja, jumlah ahli yang besar bermaksud skop yang lebih hebat untuk memiliki orang yang mempunyai minat tertentu. Juga, kerana terdapat jumlah orang yang sebegitu besar di sini, pelbagai aktiviti sentiasa berlangsung, yang mana membuatkan seluruh komuniti amat aktif. 

http://www.facebook.com/

http://www.myspace.com/

http://www.twitter.com/

Memanipulasi Laman Sosial 2

Pada ketiga-tiga laman web ini, anda boleh membuat post tentang profil lengkap anda, dengan gambar dan link laman web anda jika ada. Anda boleh beritahu apa yang anda minati. Apabila anda hadir dalam komuniti itu, anda boleh cari kumpulan yang membincangkan subjek kegemaran anda di dalam komuniti itu. Walaubagaimanapun, jika anda telah mendedahkan minat anda, ada kemungkinan bahawa orang yang mempunyai minat yang sama akan datang mencari anda.

 

Anda boleh membincangkan segala perkara yang mungkin tentang topik kegemaran anda. Dan, secara sengaja atau tidak, anda boleh membina pasaran yang besar untuk diri anda sendiri dalam komuniti tersebut.

belibelah

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!