Utama

MELAKA: Warga emas K Sanmugam, 67, meninggal dunia akibat tercekik dodol yang dimakan di rumahnya di Taman Merbok, Bukit Baru di sini, Jumaat lalu.

Kejadian itu disedari isteri mangsa, S Santhaletchmy, 66, selepas mendapati suaminya, tercungap-cungap ketika mereka sekeluarga sedang menjamu selera pada kira-kira 10 pagi hari tersebut.

Santhaletchmy berkata, dia kemudian mengangkat suaminya dan beberapa kali cuba menepuk belakangnya selain cuba mengeluarkan dodol tersebut dengan menggunakan jari.

“Dodol itu saya dah beli lebih seminggu dan memotongnya kecil-kecil. Pada mulanya saya nasihat (kepada suami) jangan makan dodol itu tetapi dia tidak mengendahkannya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kata Santhaletchmy, suaminya kemudian pengsan sebelum dia dibawa ke Hospital Pantai di sini untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun pihak hospital memaklumkan suaminya berada dalam keadaan serius sebelum diberitahu Sanmugam meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Santhaletchmy berkata, Sanmugam, bekas pekerja SWM Enviroment Sdn Bhd serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, pernah diserang strok 15 tahun lalu dan pergerakan suaminya terbatas sejak kejadian itu namun dia mampu berjalan sendiri perlahan-lahan beberapa tahun kemudian. – Bernama

Images: 

MC220715JN017

Image: 
GN4id: 
9445735
Lead: 

MELAKA: Warga emas K Sanmugam, 67, meninggal dunia akibat tercekik dodol yang dimakan di rumahnya di Taman Merbok, Bukit Baru di sini, Jumaat lalu.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Harian Metro

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!