Alahai admin… Ni buang tebiat…

[su_frame][/su_frame]

Maklumat sahaja tidak cukup kalau hati tidak terarah untuk mengubah tabiat daripada biasa-biasa sahaja kepada yang luar biasa. Maklumat yang berharga sangat banyak di sekeliling kita. Kita perlu tahu maklumat mana yang patut kita kutip dahulu.

Kadang-kadang kita sudah nampak jalan kemana kita mahu pergi sebenar. Tapi tabiat buruk kita yang membuatkan kita selalu menangguh kejayaan.

Untuk yang full time bekerja makan gaji, dalam masa yang sama kita nak buat bisnes sebab mahu tingkatkan ekonomi keluarga kita. Kita dah belajar marketing itu dan ini, tapi belum berjaya. Kita perlu belajar untuk memaksa diri untuk membina suatu tabiat yang baik.

[su_frame][/su_frame]

Bila kita bekerja pada waktu siang, kita ada masa beberapa jam di waktu malam untuk buat marketing. Masa di waktu malam yang sangat terbatas itu kita perlu gunakan sehabis baik untuk setkan apa yang kita target pada esok hari. Dalam proses marketing, target utama kita ialah untuk mendapatkan pelanggan. Kita bukan mahu menjual tau.

Menjual adalah proses terakhir setelah kita mengenali siapa bakal pelanggan kita. Kalau dalam bab affiliate marketing sebenarnya kita tidak menjual tapi kita mencadangkan produk kepada bakal pembeli. Kita cuma menjadi sebagai bahan penambah nilai untuk produk orang lain sahaja. Kita tidak menjual produk itu sebenarnya.

Jika anda faham apa yang saya maksudkan, saya nak jemput like page saya ni. Itupun jika anda rasa ia bermanfaat.

https://www.facebook.com/bisnesonline.info

Terus terang saya katakan. Saya di dalam proses menyaring audience saya.

Saya tak perlukan audience yang ramai. Cukuplah kepada mereka yang rasa yakin dan percaya apa yang saya beri ini.
Jika anda yakin atau percaya apa yang saya bawa, boleh like sini:

https://www.facebook.com/bisnesonline.info

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!