Assalamualaikum….

Sharing ilmu yang saya dapat melalui Seminar Usahawan Cemerlang anjuran Gamat Emas tempohari. Salah satu faktor penting dalam menghasilkan jualan yang tinggi dalam berniaga Online ini adalah KUASA PERCAYA.

Ya, mengikut kajian oleh pakar-pakar dalam bidang marketing, untuk menghasilkan jualan yang tinggi terhadap sesuatu produk adalah dengan meningkatkan rasa PERCAYA sama ada terhadap produk, syarikat mahupun owner syarikat.

Apakah teknik yang berkesan untuk meningkatkan KUASA PERCAYA ini di kalangan pelanggan kita? 

1. Sell Yourself Not Your Product

Ini adalah ayat pertama yang keluar dari coretan mentor saya sewaktu saya ingin memulakan perniagaan secara online setahun yang lalu. Apa yang perlu dilakukan untuk membina KUASA PERCAYA pelanggan terhadap diri kita. Saya berikan anda 4 tip ringkas :

  • Pelanggan kenal siapa kita
  • Pelanggan tahu kepakaran kita
  • Pelanggan kenal jenama kita
  • Pelanggan senang berurusan dengan kita

Insya Allah saya akan huraikannya dalam pos yang akan datang. ‘Subscribe’kan email anda di ruangan ‘Dapatkan Update Dari Blog Ini’ dulu ye.

 

2. Believe in Your Product

Sebelum anda minta orang lain yang percayakan produk anda, kenapa anda tidak percayakan produk anda terlebih dahulu? Jadi perkara yang perlu anda lakukan, adalah anda mesti betul memahami fungsi dan peranan produk yang ingin anda pasarkan. Ye la, jika anda tidak kenal produk anda, bagaimana anda nak ceritakan dengan bersungguh-sungguh tentang produk tersebut. 

Ramai yang bermasalah akibat tidak kenaal produk sendiri, apabila ditanya lanjut atau keluar soalan yang luar biasa kita tidak dapat memberikan jawapan dengan baik. Jadi ini berkaitan dengan tips diatas… Pelanggan Senang Berurusan Dengan Kita…. Bila kita tidak dapat menjawab persoalan mereka, Pelanggan jadi tidak senang pula berurusan dengan kita.

 

3. Dapatkan testimoni pelanggan

Ada dua jenis testimoni pelanggan :

  • Pertama, testimoni yang berbentuk sharing bermanfaat
  • Kedua, testimoni keberkesanan

Dapatkan anda mengagak testimoni mana yang lebih berkesankan? Lakukan sedikit ‘try and error‘ testimoni mana yang lebih berkesan terhadap produk anda. Jika testimoni yang pertama menghasilkan banyak jualan berbanding testimoni kedua. Maka anda dapatkanlah testimoni pertama tersebut dari setiap pelanggan anda. Pengalaman saya, testimoni pertama ini amat sesuai jika anda dapatkannya daripada mereka yang telah mempunyai nama dalam bidang tersebut.

Kesimpulannya, dengan wujud rasa percaya ini, minda sedar (yang berbentuk bantahan/menolak/rejection) pelanggan anda akan dipotong. Ia juga menjadikan anda lebih akrab dengan pelanggan, memahami masalah pelanggan, dan pelanggan anda merasakan anda seoalah-olah memahami dan dekat dengan mereka.

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!