Pautan backlink adalah antara satu strategi SEO yang penting. Backlink bermaksud pautan dari laman web lain kepada laman web anda. Ia juga dikenali sebagai pautan masuk atau inbound. Lagi banyak pautan backlink kepada sesebuah laman web, lebih tinggi populariti dan ranking laman web tersebut.
Kepentingan backlink
Backlink amat penting untuk menentukan ranking laman web anda untuk sesuatu kata kunci carian. Sebagai contoh, apabila seseorang memasukkan kata kunci carian di Google, Google akan mengira bilangan backlink berkualiti dan bermerit tinggi bagi sesebuah laman web. Lagi banyak backlink, lebih tinggi kedudukan laman web tersebut di laman keputusan enjin carian.
Namun awas, anda tidak mahukan banyak backlink sekiranya backlink itu datang daripada laman web yang tidak relevan dengan laman web anda. Sebagai contoh, kata kunci bagi laman web anda adalah ‘kek coklat’ dan backlink yang anda terima pula daripada laman web yang tidak berkaitan dengan niche anda, seperti laman web lucah dan sebagainya. Dalam situasi ini, Google mungkin mengenakan denda kepada laman web anda dengan menurunkan ranking dalam enjin carian.
Strategi backlink yang berkualiti
1. Tulis artikel dan hantar ke direktori artikel
Strategi backlink paling utama dan lazimnya tidak melibatkan sebarang kos adalah dengan melakukan pemasaran artikel. Anda boleh menulis artikel dan menghantarnya ke laman web direktori artikel seperti EzineArticles dan lain-lain. Di penghujung artikel, anda mesti menulis profail ringkas diri sebagai penulis berserta link ke laman web asal anda. Apabila ada pelawat yang membaca artikel tulisan anda, dan mereka inginkan maklumat lanjut, sudah tentu profail ringkas itu tadi memudahkan mereka untuk klik dan mereka dibawakan ke laman web asal anda.
Zemanta juga merupakan satu plugin hebat untuk WordPress. Sekiranya anda memasang di blog anda, anda akan dapati banyak artikel berkaitan yang boleh anda kongsi sebagai maklumat tambahan kepada pengunjung web anda. Hal sedemikian sekiranya kita pula mendaftar blog kita di Zemanta, blogger lain pula akan memasukkan artikel kita ke dalam laman blog mereka. Daftarkanlah sekarang. Daftar disini
2. Jadi penulis jemputan di blog dan laman web lain
Selain itu, anda juga boleh menulis artikel untuk dipaparkan di blog dan laman web lain. Ini adalah kaedah backlink yang baik kerana bukan sahaja URL laman web anda ada dinyatakan di hujung artikel tadi untuk dipaparkan bagi tujuan backlink. Anda juga ‘meminjam’ secara sah trafik yang datang ke blog dan laman web tersebut.
3. Tinggalkan komen di blog dan laman web lain
Sudah tentu kaedah ketiga juga adalah popular dan lazim dibuat oleh seseorang usahawan internet. Mereka meninggalkan komen di blog dan laman web yang mempunyai niche hampir serupa. Di ruangan komen, anda mempunyai pilihan untuk memasukkan URL laman web sendiri atau tidak. Bagi tujuan backlink, sudah tentu anda perlu meletakkan URL laman web ke dalam kotak komen.
4. Gunakan kuasa forum
Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan kuasa forum iaitu dengan melayari laman-laman web yang menyediakan ruangan forum untuk diskusi ahli-ahli. Strategi yang anda boleh guna pakai adalah dengan mengemaskini ‘signature’ peribadi dan menuliskan URL laman web di sana. Jadi, setiap kali anda meninggalkan komen atau menyertai diskusi di dalam forum tersebut, ‘signature’ anda akan dipaparkan termasuk URL laman web yang telahpun dikemas kini sebelum itu.
5. Hasilkan video dan hantar ke laman web hosting video
Seterusnya, anda boleh menghasilkan video yang menarik dan hantarkan ke laman web video seperti Vimeo dan Youtube. Sudah tentu anda kena optimakan pemasaran video seperti menggunakan kata kunciyang baik, dan meletakkan kata kunci dan URL di ruangan tajuk video, deskripsi video dan lain-lain. Ini juga adalah salah satu kaedah backlink yang tidak memakan kos yang tinggi.
6. Mulakan kempen Yahoo! Answers
Anda juga boleh memulakan kempen menjawab persoalan yang ditanyakan di laman web Yahoo! Answer. Setiap kali anda menyediakan jawapan kepada persoalan orang lain, anda boleh meletakkan URL laman web sendiri untuk rujukan lanjut mereka sebagai tujuan backlink. Di samping anda membina kredibiliti dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda juga membina backlink ke laman web sendiri.
7. Gunakan sepenuhnya media sosial
Akhir sekali, anda boleh menggunakan sepenuhnya saluran media sosial seperti Facebook,Twitter dan lain-lain. Kelebihan menggunakan media sosial ialah mudahnya menggunakan fungsi ‘Share’. Sekali sahaja anda pasang untuk menghantar sesuatu mesej berserta URL laman web, rakan-rakan di dalam jaringan anda boleh menggunakan fungsi ‘Share’ tersebut untuk berkongsi pula dengan rakan-rakan di dalam jaringan mereka. Ini sudah tentu menguntungkan perniagaan anda! Cara yang saya lakukan adalah dengan mendapatkan artikel berkualiti yang diminati oleh ramai orang seperti nasihat, ilmu agama, tips-tips dan pelbagai lagi yang bermanfaat dan di akhir artikel saya akan masukkan www.ustazwan.my… Contoh di FB saya ni adalah menarik belas kasihan rakyat Malaysia…
fb_ustazwan.my
Walaupun tak sebanyak share otai-otai, tapi ianya berbaloi juga untuk meningkatkan SEO website kita. Namun sekiranya website anda banyak perkongsian mengenai keusahawanan, dan anda mempunyai ramai friend dalam bidang keusahawanan, kongsikanlah hal-hal yang berkaitan keusahawanan. Itu lebih meningkatkan kredibiliti website anda. Inilah dia sedikit perkongsian ringkas mengenai kepentingan backlink bagi sesebuah laman web. Semoga tip-tip yang dikongsikan ini membantu anda untuk menambahkan backlink yang berkualiti untuk laman web anda. ingin belajar lanjut mengenai SEO, sila masukkan nama dan email anda dibawah :
Disini, saya ingin memberikan sedikit perkongsian ilmu mengenai beberapa teknik pantas dalam meningkatkan SEO laman web dan menempatkan web atau blog anda di muka pertama Search Engine. Masukkan detail yang diminta.

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!