magnet2015-kisah-kontraktor-ditipu

Assalamualaikum, saya Yusliza Yussof berasal daripada Temerloh, Pahang. Kepakaran syarikat saya ialah membantu jabatan-jabatan yang menawarkan tender-tender agar hilang kerisauan dan ketakutan terhadap projek-projek yang dianugerahkan dari “dialibabakan” kepada syarikat lain, masalah projek terbengkalai dan kos pembinaan meningkat kerana kelewatan dan tidak menepati spesifikasi teknikal. Dengan kepakaran syarikat CT Wani Sdn Bhd sebagai kontraktor class A, setiap projek yang ditawarkan dapat disiapkan lebih awal dari jangkamasa yang ditetapkan.

Dulu, saya bermula dari kosong. Pada tahun 2006 selepas saya menamatkan pengajian Ijazah Kejuruteraan Awam, saya seperti graduan lain ingin mencari peluang pekerjaan sebagai jurutera. Dalam tempoh pencarian tersebut, saya memberanikan diri mengambil peluang untuk menjadi kontraktor class F. A lhamdulillah, projek pertama saya adalah membina jambatan kampung bernilai RM40,000. Seronok dapat peluang tetapi ianya tidak semudah yang disangka. Oleh kerana tiada pengalaman dan kemudahan kewangan, ramai yang memper lekehkan saya dan menyuruh saya menjual projek itu kepada orang lain. Namun , saya tidak mengalah. Saya mencagarkan surat tawaran kerja kepada pihak bank untuk mendapat kemudahan modal.

Bermula dari itu, saya terus berusaha gigih dan mengembangkan syarikat dan saya semakin bersemangat dalam menyiapkan pelbagai projek tahun demi tahun. Namun sehingga satu ketika, saya menguruskan projek bernilai RM10 juta. Malangnya, saya kerugian hampir RM1 juta melalui projek itu. Waktu itu saya sangat tertekan kerana itu adalah projek pertama saya yang besar dan saya meletakkan semua aset dan kewangan yang ada untuk menyiapkan projek tersebut. Hanya Tuhan yang tahu betapa sengsaranya ketika itu. Saya tidak mampu hendak membayar gaji pekerja yang ramai. Sub-kontraktor dan pembekal menghantui saya siang dan malam mahu menuntut hutang. Saya tiada wang. Saya rasa dunia ini kejam kerana saya rasa saya sangat jujur dalam berniaga. Apa salah saya ? Ketika itu, saya hanya mampu berserah kepada Allah.

Saya sedar saya perlu mencari ilmu untuk menguruskan perniagaan saya dengan baik. Sehingga satu hari saya terjumpa seorang sahabat jurutera yang menasihatkan saya untuk hadir ke program Dr Azizan Osman kerana saya tidak mahu lagi membayar yuran kebodohan akibat berniaga tanpa ilmu. Saya terus menghadiri Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan yang mengajar saya lebih mengenal diri dan tahu kenapa doa kita tidak sampai. Ianya juga mengajar pentingnya hubungan kita dengan manusia dan sentiasa berpikiran positif kerana apa yang kita rasa, fikir dan cakap itu semua doa. Dr Azizan Osman juga mengajar erti memberi perkhidmatan dalam perniagaan dengan niat memberi lebih manfaat kepada orang lain. Ini semua saya sudah praktikkan dan ini adalah faktor kejayaan saya hari ini.

Alhamdulillah, pendapatan saya dalam tempoh 8 bulan setelah hadir ke program Dr Azizan Osman telah meningkat sekali ganda dari nilai yang saya perolehi dahulu. Kini, saya juga mempunyai 50 orang kakitangan dan 115 tenaga buruh warga asing. Saya telah menerima tawaran untuk satu projek yang bernilai RM33 juta. Alhamdulillah ilmu yang saya pelajari sepanjang menyertai program-program anjuran Dr Azizan Osman adalah ilmu yang sangat hebat dan menyeluruh. Bukan sahaja setakat ilmu untuk kebahagiaan dunia, tetapi juga sebagai bekalan di akhirat.

Saranan saya kepada semua pembaca, hadirlah ke program Dr Azizan Osman dan cari ilmu yang cukup sehingga kita menjadi pakar dalam bidang yang kita ceburi. Untuk berjaya, kita perlu mencari mentor dan berguru dengan mereka dalam bidang masing-masing. Moga dengan perkongsian ini memberi inspirasi dan semangat un tuk anda semua terus berjaya dunia dan akhirat.

 

 

banner-magnet2015

The post Kisah Kontraktor Wanita Yang Kerugian RM1 Juta appeared first on Azizan Osman International.

Azizan Osman International » Blog

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!