Sebagai seorang usahawan affiliate, adalah penting untuk anda menetapkan objektif untuk perniagaan anda. Sekiranya anda mempunyai objektif yang jelas, ia akan memastikan anda fokus untuk mencapai kejayaan sebagai seorang usahawan affiliate, dan seterusnya menjana pendapatan yang lumayan daripada perniagaan anda.

Walau apapun, anda mestilah memastikan objektif-objektif yang anda tetapkan di awal perniagaan anda adalah khusus, bererti anda tidak boleh mempunyai harapan umum terhadap perniagaan anda. Selain itu, pencapaian itu mestilah boleh diukur dan dicapai dalam satu tempoh masa tertentu. Sebagai contoh, anda ingin menjana RM10 ribu dalam masa 3 bulan melalui satu program affiliate yang khusus. Objektif ini jelas adalah khusus, boleh diukur dan berpotensi untuk dicapai dalam tempoh masa yang disasarkan.

Terdapat dua jenis penetapan objektif bagi seseorang usahawan affiliate, iaitu untuk jangka masa pendek, dan jangka masa panjang.

 

Penetapan objektif jangka pendek

1. Objektif menjana wang affiliate – sudah tentu objektif utama anda menyertai sesuatu program affiliate adalah untuk menjana wang. Anda tidak seharusnya berhenti di situ sahaja. Anda sepatutnya mengkhususkan objektif penjanaan wang ini kepada berapa jumlah jualan yang anda ingin capai, atau berapa nilai komisen yang anda cuba usahakan. Dengan mempunyai objektif khusus seperti ini, anda akan lebih konfiden untuk melakukan pemasaran affiliate anda bagi mencapai objektif itu tadi.

2. Objektif pemilihan niche program affiliate – anda juga perlu menetapkan objektif niche yang anda ingin fokuskan. Sekiranya anda menyertai pelbagai program affiliate pada masa yang sama, besar kemungkinan anda kurang fokus untuk melakukan promosi. Sebaliknya, sekiranya anda memilih niche tertentu, lebih mudah untuk anda fokus kaedah promosi yang bersesuaian dengan niche yang anda pilih sebentar tadi. Apabila anda dapat menjana pendapatan konsisten melalui sesuatu niche tertentu, barulah anda boleh mula memilih untuk fokus kepada mana-mana niche yang lain tanpa merugikan promosi niche pertama anda.

3. Objektif kos dan keuntungan – semakin anda banyak melakukan pemasaran affiliate anda, anda akan lebih berpengalaman untuk menghitung kos pemasaran dan keuntungan yang anda boleh capai melalui sesuatu kaedah promosi yang khusus. Adalah penting untuk anda menetapkan objektif kos dan keuntungan di awal perniagaan anda, supaya anda boleh timbangkan antara kos yang anda mampu atau ingin laburkan untuk tujuan promosi, dengan potensi keuntungan yang anda mungkin perolehi melalui kaedah promosi tadi. Pada awal perniagaan anda, mungkin anda mempunyai objektif kos yang rendah, lama-kelamaan anda akan lebih berpengalaman untuk meningkatkan objektif kos untuk dilaburkan berbanding keuntungan yang anda mungkin perolehi.

4. Objektif promosi secara konsisten – selanjutnya, anda juga perlu menetapkan objektif untuk melakukan promosi secara konsisten tanpa mengira naik turun jualan yang anda hasilkan melalui pemasaran affiliate anda. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan 1 jam sehari untuk melakukan promosi, berselang seli setiap kaedah mengikut hari. Mungkin pada hari Isnin dan Rabu anda melakukan promosi emel, pada hari Selasa dan Khamis anda menulis artikel, pada Jumaat dan Sabtu anda menghasilkan video dan sebagainya. Apa yang penting, anda fokus untuk melakukan promosi secara konsisten.

 

Penetapan objektif jangka panjang

1. Objektif penjenamaan perniagaan – setelah anda melakukan pemasaran affiliate dalam jangka masa panjang, anda boleh fokus untuk mempunyai penjenamaan perniagaan yang kukuh. Sebagai contoh, pelanggan akan mengenali anda sebagai usahawan affiliate bagi sesebuah niche tertentu, dan anda akan disegani di kalangan para usahawan affiliate yang lain.

2. Objektif menarik trafik ke laman web anda – semakin lama anda menceburi model perniagaan affiliate, anda boleh fokus untuk memperbaharui dan mengemaskini hadiah dan bonus yang anda tawarkan kepada pelawat ke laman web anda, sama ada untuk menyertai senarai subscriber anda atau langsung untuk melakukan pembelian melalui link affiliate anda.

3. Objektif menaikkan ranking laman web anda – satu lagi objektif jangka panjang yang anda boleh pertimbangkan adalah untuk menaikkan ranking laman web anda di enjin carian. Semakin lama anda melakukan perniagaan affiliate, semakin kukuh kedudukan ranking anda di enjin carian, dan seharusnya ini menjadi salah satu objektif yang anda tetapkan ketika memulakan perniagaan affiliate anda.

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!