Pernahkah anda melihat laman-laman web yang mempunyai ruangan untuk pelawat meninggalkan nama dan emel bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan di laman web tersebut? Ruangan nama dan emel tersebut dikenali sebagai borang opt-in, dan tujuannya adalah untuk mengumpul senarai subscriber untuk memudahkan promosi jangka panjang laman web tersebut.
Sekiranya anda ingin atau sudahpun memulakan perniagaan internet, anda disarankan untuk mempunyai laman web sendiri yang mempunyai borang opt-in untuk mengumpulkan senarai subscriber anda sendiri. Sekiranya anda masih ragu-ragu, mari kita lihat beberapa kelebihan utama membina senarai subscriber anda sendiri.
Pertama sekali, anda sudah tentu maklum bahawa pemasaran emel antara kaedah pemasaran online yang paling efektif berbanding kaedah lain. Dengan mempunyai senarai subscriber anda sendiri, anda telah memulakan langkah yang serius untuk melakukan pemasaran yang efektif. Pastinya anda boleh melakukan pemasaran kepada target prospek yang lebih fokus berbanding orang ramai yang melawat laman web anda tetapi tidak mengisi borang opt-in anda.
Kedua, senarai subscriber adalah lambang kepercayaan dan hubungan jangka panjang yang diberikan oleh subscriber anda terhadap anda dan perniagaan anda. Tiada mana-mana orang di dunia ini yang ingin memenuhkan inbox emel mereka melainkan mereka sendiri mengisi borang opt-in di laman web anda dan memilih untuk menerima maklumat lanjut daripada anda mengenai produk atau perkhidmatan anda. Mereka sebenarnya percayakan anda dan mengharapkan hubungan jangka panjang dengan anda.

Ketiga, anda mungkin sedia maklum bahawa setiap orang lebih kerap menyemak emel daripada melayari laman web. Mungkin pada hari ini mereka melawat laman web anda, belum tentu esok, minggu hadapan atau tahun hadapan mereka akan kembali ke laman web anda. Namun, sekiranya anda menyediakan borang opt-in untuk mereka tinggalkan nama dan emel mereka, hakikatnya anda menyediakan alternative untuk anda menghubungi mereka berkenaan produk atau perkhidmatan anda secara langsung ke dalam inbox emel mereka, tanpa perlu menanti mereka berkunjung semula ke laman web anda di masa hadapan.

Akhir sekali, sudah tentu sekiranya anda mempunyai senarai subscriber anda sendiri, lebih mudah untuk anda membuat promosi lanjut produk atau perkhidmatan anda. Bukan itu sahaja, anda boleh gunakan senarai subscriber yang sama untuk melakukan jualan ulangan atau upsell kepada subscriber anda. Cayalah!

Bersambung >>> Disini

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!