1) Dalam konteks pemasaran, di manakah lubuk Internet berada?

Lubuk Internet boleh diertikan tempat dimana ramai pengguna bertumpu kepadanya. Jumlah yang ramai ini menyediakan potensi yang besar dalam konteks pemasaran.

Jika kena pada masa dan tempatnya, pemasaran barang dan perkhidmatan anda pasti meletup! (saya pinjam istilah meletup dari Biskut Raya Meletop 2014  )

 

2) Bagaimanakah caranya mengetahui maklumat ini?

Maklumat ini boleh diperolehi daripada website yang menyediakan analisa trafik Internet seperti www.alexa.com

www.alexa.com menyediakan ranking yang memberi panduan kepada ejen pemasaran merangka strategi memasuki “lubuk” yang disasarkan.

 

3) Apakah perkara penting yang dapat dipelajari dari ranking www.alexa.com?

a) Jenis laman web.

b) Manfaat bagi setiap jenis laman web yang tersenarai.

c) Keutamaan dalam merancang tindakan memasuki lubuk.

 

4) Apakah ranking terkini Alexa yang menarik untuk diperhatikan?

pasaran antarabangsa – http://www.alexa.com/topsites

pasaran tempatan (malaysia) –http://www.alexa.com/topsites/countries/MY

 

5) Apakah kesimpulan mudah yang dilihat dari ranking di atas?

Bagi kedua-dua ranking, antara website yang popular adalah www.google.comwww.facebook.comwww.blogspot.comwww.youtube.com dan www.twitter.com

lubuk_dropshipping_ustazwan
6) Apakah strategi yang sesuai berdasarkan maklumat ini?

Elemen penting di dalam sebaran maklumat web adalah teks. Kesemua website di atas mengandungi berbagai maklumat dalam bentuk teks.

Maka kunci utama untuk masuk ke “lubuk” ini ialah keupayaan menyusun teks yang menarik perhatian pengunjung atau Enjin Carian Google. Bidang ini juga dipanggil “copywriting”

Kredit : NotaRazi123
Lihat http://notarazi123.blogspot.com/2014/05/erti-copywriting.html

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!