Sekiranya anda lihat di sekelilinga anda, hamper kesemua bentuk perniagaan memerlukan kemahiran penulisan. Sebagai contoh, blogger memerlukan kandungan untuk blog mereka, penjual memerlukan ayat-ayat surat jualan untuk menerangkan mengenai produk dan perkhidmatan mereka, dan juga seorang pengguna pemasaran emel memerlukan kandungan untuk emel mereka.

Penulisan bebas (freelance writing) sebenarnya adalah salah satu lubuk menjana wang yang kontemporari dan sentiasa diperlukan tanpa mengenal musim dan tanpa mengira naik turun sesuatu model perniagaan.

Berikut dihuraikan tip-tip yang anda boleh lakukan untuk menjana wang sebagai seorang penulis bebas.

1. Banyakkan pembacaan
Untuk menjadi seorang penulis, seseorang itu kena banyakkan pembacaan. Pembacaan pelbagai media seperti buku, akhbar, artikel, laporan dan sebagainya. Pembacaan bukan sahaja menambahkan ilmu di dada, ia juga membolehkan seseorang penulis menilai gaya bahasa yang digunakan di dalam penulisan tersebut. Lantas, seseorang penulis boleh mengetahui lebih banyak serta mempelbagaikan gaya bahasa di dalam penulisannya sendiri.

2. Tentukan minat dan kemahiran diri
Seperti biasa, untuk memulakan sesuatu model perniagaan, adalah lebih mudah dan lebih baik untuk bermula dengan sesuatu yang bersesuaian dengan minat dan kemahiran diri. Sekiranya anda minat hal ehwal luar negara, mungkin anda boleh fokus untuk menulis laporan atau artikel mengenai hal ehwal luar negara. Sekiranya hobi anda adalah kereta, mungkin anda boleh menulis artikel mengenai tip-tip penjagaan enjin kereta dan sebagainya.

3. Pilih niche yang sesuai
Terdapat pelbagai niche penulisan di luar sana yang anda boleh pilih untuk difokuskan. Sebagai contoh, anda boleh fokus untuk penulisan di dalam niche seram, lelongan, bisnes internet, penyediaan resipi sajian, sukan dan sebagainya. Ada penulis yang pakar di dalam bisnes internet, dia boleh menulis pelbagai jenis penulisan seperti ebook, buku fizikal, surat jualan, artikel, audio, video dan sebagainya di dalam niche tersebut.

4. Pilih jenis penulisan yang khusus
Selain menentukan niche yang sesuai untuk difokuskan, anda juga boleh memilih jenis penulisan yang khusus untuk diri sendiri. Sebagai contoh, seorang penulis mungkin tidak mempunyai niche tertentu tetapi dia mahir menulis surat jualan. Biar apa pun niche surat jualan tersebut, dia boleh tulis mengenai karya kanak-kanak, permainan, bisnes internet, sajian makanan dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk fokus dalam penulisan buku kanak-kanak, ebook, buku fizikal, artikel, skrip audio dan video, kandungan emel untuk pemasaran emel dan sebagainya.

5. Sediakan profail dan portfolio
Sudah tentu untuk memulakan kerjaya sebagai seorang penulis bebas, anda memerlukan profail dan portfolio penulisan. Perkara ini anda boleh sediakan di dalam bentuk dokumen softcopy atau hardcopy, ataupun muatkan sahaja di dalam laman web atau blog anda supaya mudah dilihat dan dinilai oleh prospek pelanggan anda.

6. Strategi penulisan
Seterusnya anda perlu menyediakan pelan strategi penulisan yang teratur. Sebagai contoh, anda memerlukan alatan dan kelengkapan untuk menjalankan kerja anda, seperti sebuah komputer peribadi berserta sambungan internet, bahan bacaan untuk dijadikan sumber idea, perakam audio digital untuk menyimpan idea anda dan sebagainya.

7. Strategi pemasaran
Selain itu, anda juga perlu bersedia untuk memulakan promosi perkhidmatan penulisan anda menggunakan strategi pemasaran yang sesuai. Anda boleh pilih untuk memasarkan perkhidmatan penulisan anda secara offline, online ataupun kedua-duanya sekali. Anda boleh memuatkan portfolio anda ke dalam laman web, aktif berforum, mengiklankan di dalam media sosial dan sebagainya. Anda juga boleh melakukan

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!