gagal-di-universiti-bukan-gagal-selamanya

Berapa ramai antara kita yang sangat dahagakan kejayaan? Berapa ramai antara kita yang berjaya melepasi halangan kegagalan yang berulang-ulang kali dan akhirnya berjaya berkat usaha dan tindakan yang berterusan?

Saya Rizal Sidin, CEO kepada Syarikat Awana Badai Enterprise sebuah syarikat yang memasarkan ikan air tawar di Pasar Tani Kekal FAMA Puchong. Kepakaran saya adalah membawakan kepada anda hasil protein ikan air tawar yang mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan yang tinggi.

Alhamdulillah, hari ini saya sangat bersyukur kerana telah berjaya membawa syarikat saya Awana Badai Enterprise berkembang maju dari sebuah perniagaan kecil-kecilan jualan ikan air tawar kepada sebuah syarikat pemasaran yang mampu membekalkan ikan air tawar sebanyak hampir 10 tan metrik sebulan. Jualan syarikat ini telah mampu mencecah RM700,000 setahun. Saya juga amat bersyukur kerana kini saya mempunyai lebih banyak masa untuk bersama keluarga dan bebas merancang untuk mengoptimumkan potensi yang ada dalam diri.

Tetapi, hidup saya dulu tidak begini. Saya telah melalui pelbagai fasa kehidupan yang amat perit dan mengalami pelbagai kejatuhan dan kegagalan dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan. Fasa kejatuhan saya bermula apabila saya gagal menamatkan pelajaran selama 4 tahun di Jepun dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal pada tahun 1998. Saya kembali ke tanahair dengan penuh rasa malu. Saya menjadi sangat murung dan tiada semangat. Harapan ibu bapa tidak dapat saya penuhi.

Namun, saya cuba meneruskan pelajaran di UiTM dan berjaya mendapatkan Diploma walaupun hanya pada gred cukup-cukup makan. Saya asyik bertukar-tukar kerja dari satu kilang ke satu kilang. Semua saya rasakan tidak sesuai. Akhirnya saya berfikir, “Apa sebenarnya yang saya perlu buat?”

Kenapa saya tidak kuat dan tenteram, tidak dapat menjiwai dan suka dengan kerja yang saya buat? Saya sangat kecewa dengan kegagalan saya mengawalselia beberapa urusan kerja. Saya mula mencari jalan keluar, terinspirasi membaca kisah-kisah kejayaan orang lain dan saya mempunyai minat untuk berniaga. Hasilnya saya mula membuka ‘booth’ menjual kerepek, buku terpakai, barang-barang jualan langsung dan berbagai lagi. Keuntungan hanya RM200 sebulan sehingga kami terpaksa mencatu makanan.

Keluarga dan saudara mara sangat memandang rendah waktu itu. Gagal dalam pelajaran, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam perniagaan dan hutang pula menimbun! Tak cukup dengan itu, ayah saya pula diserang sakit tenat. Dan sungguh sedih, saat saya masih belum mampu menghadiahkan apa-apa untuk ayah, dia terlebih dulu pergi dijemput Ilahi.

Namun, dengan bantuan oleh kenalan, kami suami isteri mengeluarkan sedikit modal untuk mencuba membela ikan keli kanvas. Permulaan penjualan kami, hanyalah di kawasan sekitar. Namun jualan amatlah sedikit. Alhamdulillah, kami berpeluang menjual di Pasar Tani Puchong. Pada cubaan yang pertama, ikan kami terjual sebanyak 30kg. Sungguh seronok rasanya!

Walaupun tanpa pembantu dan tidak begitu cekap untuk menyiang ikan seperti peniaga lain, kami masih mampu membuat jualan yang banyak. Setiap minggu kami akan berjualan dan akhirnya kami suami isteri bersetuju untuk saya berhenti kerja bagi menjalankan perniagaan ini sepenuh masa. Bermula dengan hanya sebuah kancil yang pernah mengangkut 240kg ikan dalam satu masa, hasilnya selepas 7 tahun berniaga, Alhamdulillah, kami mula ada pembantu 3 orang dan perniagaan kami mula berjalan lancar.

Alhamdulillah, saya juga telah menghadiri semua program Dr Azizan Osman dari yang paling asas iaitu Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) sehingga menjadi seorang Graduan University of Life Dr Azizan Osman. Walaupun saya tidak berjaya menamatkan pengajian saya di Jepun, namun saya bangga saya berjaya menamatkan pengajian saya dengan Dr Azizan Osman, salah satu memori yang paling istimewa dalam hidup saya setelah saya mengharungi pelbagai dugaan, cabaran dan kegagalan demi kegagalan, akhirnya berjaya juga. Saya sangat yakin dengan ilmu pembangunan diri dan perniagaan yang saya pelajari dari Dr Azizan Osman, saya akan dapat melangkah dengan lebih jauh, InsyaAllah.

Saya sarankan kepada anda semua yang mahu memperbaiki kehidupan dan mahu melakukan sesuatu yang berbeza dari rutin seharian, hadirlah ke program-program anjuran Dr Azizan Osman. Perbaiki hidup anda dengan ilmu walaupun anda mungkin tidak berpeluang memegang segulung ijazah atau menuntut ilmu akademik yang tinggi.

Ilmu kehidupan dan ilmu perniagaan yang akan anda pelajari di program Dr Azizan Osman, anda tidak akan dapat di mana-mana universiti, percayalah. Beri peluang pada diri anda sebagaimana saya memberi peluang pada diri saya. Hadir dan anda akan lihat perbezaannya nanti. Hidup anda pasti luar biasa hebat, InsyaAllah.

banner-magnet2015

The post Gagal Di Universiti Bukan Bermakna Gagal Selamanya appeared first on Azizan Osman International.

Azizan Osman International » Blog

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!