★ Kenapa Ramai Orang Gagal Bisnes Online? ★

gagal-bisnes-online

Memang impian ramai orang kan?
Buat duit, dari rumah.
Jadi bos sendiri.

✘ Tapi majoriti orang GAGAL buat bisnes online.
Mungkin anda sendiri pernah cuba dan kecewa.

✘ Malah, ramai orang melemparkan tomahan kepada bisnes online, yang ia penipuan dan indah khabar dari rupa.

Jika dilihat statistik, ya memang benar.

Jumlah orang yang gagal jauh lebih ramai berbanding jumlah orang yang berjaya.

Tapi…

Kalau kita teliti, ia sama sahaja dengan apa saja bidang lain yang manusia ceburi!

✔ Ramai orang yang cuba nak jadi agen takaful GAGAL.

✔ Ramai orang yang cuba nak kuruskan badan GAGAL.

✔ Ramai orang yang cuba nak bermain gitar GAGAL.

✔ Ramai orang yang cuba nak jadi agen hartanah GAGAL.

 

Jadi..

Walaupun memang benar ramai orang gagal dalam bisnes online…

Tapi ia juga benar kepada apa saja bidang lain yang kita ceburi.

Jadi kenapa teruk sangat nak ‘hentam’ bisnes online.. kononnya ia mustahil dilakukan.

Yang penting, kita tidak akan adil pada diri sendiri jika kita hanya fokus pada kegagalan.

  • Ia jauh lebih bermanfaat jika kita lihat apakah yang dibuat oleh orang yang gagal…
  • … dan apakah yang dibuat oleh orang yang berjaya.

Seperti kita mula-mula belajar memandu kereta dengan lesen L dulu, kita dilatih oleh instructor untuk memandu.

Ia mengambil masa berminggu, malah berbulan!

Orang yang gagal, sebenarnya bukan gagal. Tapi mereka putus asa.

Orang yang berjaya pula, tidak putus asa. Mereka teruskan dengan latihan dan pembelajaran mereka sampai habis.

Anda habiskan pembelajaran kereta anda, dan anda praktikkan membawa kereta setiap hari.

Maka hari ini ada berjaya memandu kereta.

Malah kebanyakan orang boleh memandu kereta tanpa berfikir. Ia sudah menjadi mudah.

Begitu juga dengan bisnes online.

Jika anda tidak putus asa, dan teruskan latihan anda, lama kelamaan, ia juga akan menjadi mudah.

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!