Sekiranya anda menyertai mana-mana program affiliate, sudah tentu anda akan berusaha untuk melakukan promosi link affiliate anda. Antara perkara pertama yang anda lakukan adalah untuk menentukan sebarang tempoh promosi yang mungkin dianjurkan untuk program affiliate tersebut. Sebagai contoh, mungkin terdapat cabaran affiliate yang sedang berlangsung ketika itu, atau terdapat harga promosi bagi produk atau perkhidmatan affiliate tersebut. Dari situ baru anda anda tentukan kaedah promosi yang bersesuaian untuk program affiliate anda, sama ada melalui posting di blog, di laman web, menggunakan media sosial, promosi emel, menyewa banner banner, dan selanjutnya.

Artikel ini memberikan panduan untuk membantu anda menetapkan durasi yang sesuai untuk promosi produk affiliate anda.

Durasi untuk Posting di blog atau laman web

Sekiranya anda meletakkan posting di blog atau laman web anda, anda mempunyai kelebihan kerana anda mengawal posting itu tadi. Anda perlu sentiasa beringat akan sebarang tempoh promosi produk atau perkhidmatan yang anda promosikan, dan sesuaikan dengan durasi promosi sebentar tadi. Sekiranya anda maklum bahawa tempoh promosi berjalan selama dua minggu daripada tarikh anda meletakkan posting di blog atau laman web anda, anda bolehlah memaklumkan perkara tersebut kepada pelawat anda.
Perkongsian anda di laman web tidak perlu terlalu banyak, mungkin dua atau tiga sahaja kerana itu sudah memadai untuk memberikan maklumat kepada pelawat anda mengenai produk atau perkhidmatan affiliate anda, berserta sebarang bonus atau hadiah tambahan yang anda berikan kepada pembeli yang membeli melalui link affiliate anda. Sebaliknya, anda harus mempelbagaikan kaedah promosi supaya supaya dapat menarik trafik ke blog atau laman web anda itu.

Belajar lanjut, klik gambar dibawah :

 

1. Durasi untuk Media sosial

Sekiranya anda melakukan promosi melalui media sosial, seperti Twitter, Facebook dan Pinterest, anda mempunyai kelebihan untuk kerap berkongsi tips ringkas yang berkait rapat dengan produk atau perkhidmatan affiliate anda. Oleh kerana perkongsian yang anda boleh lakukan di media sosial terhad dari segi jumlah karakter yang dibenarkan, anda boleh menggunakan peluang ini untuk berkongsi tip-tips yang berlainan dalam tempoh durasi yang singkat, seperti satu posting setiap tiga atau empat jam. Dan dalam setiap posting itu tadi, anda selitkan link affiliate anda secara berselang seli.
Sebagai contoh, pada pukul 8 pagi anda berkongsi tips produk atau perkhidmatan tertentu berserta link affiliate anda. Pada pukul 12 tengahari anda berkongsi lagi tips yang berkaitan dengan program affiliate anda tadi. Kemudian pada pukul 4 petang anda meletakkan satu lagi posting tips berkaitan berserta link affiliate anda. Dengan cara ini, rakan-rakan di dalam jaringan media sosial anda tidak akan bosan dengan perkongsian anda kerana tips-tips anda adalah berlainan tetapi kesemuanya berkaitan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan spesifik yang anda promosikan.
Sekiranya rakan-rakan anda selesa dengan kekerapan perkongsian anda, ini akan menarik minat mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program affiliate yang anda promosikan. Mereka boleh melawat blog atau laman web yang disertakan di dalam setiap posting itu tadi, yang mana ia juga link affiliate anda.

2. Durasi untuk Promosi emel

Untuk pemasaran melalui emel, anda mempunyai kelebihan kerana mereka yang tersenarai sebagai subscriber anda adalah prospek pelanggan yang khusus. Mereka telah mempercayai anda dengan emel mereka, menandakan mereka sudi menerima emel perkongsian maklumat daripada anda dan sebarang promosi berkaitan.
Namun anda perlu berhati-hati menghantar emel kepada subscriber anda, bagi mengelakkan mereka merasa bosan kerana asyik menerima emel promosi pada setiap masa. Oleh itu, anda perlu merancang jadual yang sesuai supaya durasi promosi emel anda tidak membosankan subscriber anda. Sebaliknya, anda ingin mereka sentiasa berasa ingin tahu dan berusaha meyakinkan mereka akan keberkesanan produk atau perkhidmatan affiliate yang anda promosikan sebentar tadi.
Sebagai contoh, anda boleh menghantar emel yang mengandungi perkongsian ikhlas yang bermanfaat untuk subscriber anda. Pada masa yang sama, perkongsian itu tadi merupakan maklumat yang amat berkaitan dengan program affiliate yang anda sertai itu. Anda boleh menghantar emel selang sehari atau dua hari. Emel pertama memperkenalkan program affiliate anda berserta link affiliate anda, tiga hari berikutnya anda menghantar emel kedua yang mempunyai perkongsian ikhlas mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, diikuti dengan emel ketiga beberapa hari kemudian yang memberikan perkongsian ikhlas lagi berserta link affiliate anda sekiranya subscriber anda berminat untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan tersebut.

Boleh juga belajar disini >>>

 

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!