Cara Menghilangkan Malware “Gadis Mabuk” di Facebook

mabuk

Bila dunia IT semakin canggih, maksiat makin berleluasa. Nak-nak maksiat mata. Kalau tidak mana mungkin statistik laman web Porno, Malaysia menduduki ranking 10 tertinggi kan? Malware terkini merupakan jerat yang power sedang melanda Facebook sekarang. Ia terjadi karena secara sengaja mahupun tidak sengaja mengklik link perangkap malware ‘Gadis Mabuk’ yang banyak bertebaran di wall Facebook.
 
Setelah itu, secara automatiknya ia menuju laman phising yang sangat mirip dengan youtube. Kononnya nak tengok video gadis mabuk tu di Youtube. Tahu-tahu tak pasal-pasal install pulak satu extension malware. Asalnya peringatan telah diberi, tapi dek kerana nafsu yang membuak-buak nak melihat gadis mabuk yang hampi nak bogel, anda klik jugak untuk install sebuah extension bernama ‘Full Screen 4.0’.
 
Istighfar banyak-banyak. Terlajak perahu boleh untur… terlajak klik, malu kat diri sendiri akhirnya… Teknik untuk menghapuskan malware tersebut dengan :
  • Buka Browser Firefox
  • Klik about:addons di bahagian kotak Go to a website. Setelah klik pastikan anda mendapat laman extension.
  • Cari extension Full Screen 4.0 dan klik butang remove.
  • Akan ada pengesahan Full Screen has been removed. Kemudian, restart browser Firefox.
  • Sebagai langkah keselamatan, segera ubah password Facebook anda… Letak panjang-panjang pun takpe…
Tips : Jika ingin menjaga wall Facebook Anda dari auto tag tidak bertanggung jawab, baik dari autotag ‘Gadis Mabuk’ atau autotag iklan jualan atau kedai-kedai online, aktifkan filter timeline and tagging settings dari Facebook…..

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!