Cara Guna Teknik Survey Untuk Tulis Ayat Iklan


Jika anda seorang usahawan, pasti anda tahu bahawa penulisan ayat iklan adalah sangat PENTING dalam pemasaran tak kira ONLINE atau OFFLINE.

Ya! Penulisan ayat iklan itu penting! Terutamanya iklan yang BERKESAN untuk mendapatkan barisan prospek dan pelanggan TANPA HENTI.

Samada anda mahu menjana jualan, atau anda mahu mengumpul prospek dan ‘leads’.. anda perlu ayat pengiklanan yang memberikan IMPAK yang tinggi..

.. yang boleh buatkan pembaca TERUJA dan terus ingin menghubungi anda serta merta.

.. yang dapat TAPIS prospek yang berkualiti, atau prospek yang akan membazirkan masa anda.

Perkataan yang kita pakai dalam iklan, menentukan iklan itu akan hidup, atau iklan itu akan mampus.

Jom kita buat sedikit senaman minda?

Saya mahu anda berikan NILAI EMOSI.

Apa yang anda rasa apabila baca 3 ayat berbeza ini? Yang mana lebih tinggi nilai emosinya?

1. Karipap ini sedap.

2. Karipap ini yang torbaek.

3. Karipap Kak Yah, panas, rangup & MELETOP!

Apa jawapan anda?

Pasti nombor 3 kan? Lepas baca, anda akan rasa lebih berselera dan teringin nak rasa karipap Kak Yah.. Kenapa? Sebab ayat yang digunakan LEBIH BEREMOSI berbanding ayat yang lain.

Ada faham tak?

..

SUSAH ke nak tulis ayat iklan ni?

Biasanya, ramai yang ada masalah ini;

  • Ambil masa berminggu untuk siapkan apa-apa promosi atau iklan
  • Tak tahu mula untuk menulis iklan, terutama ayat pertama
  • Lepas iklan dah siap, mereka ragu-ragu dan tertanya-tanya “Adakah iklan ini akan berkesan? Atau “Adakah aku akan rugi duit lagi”
  • Kalau dapat 2 – 3 respon dari iklan mereka sendiri pun sudah kira ‘nasib baiklah’


Jika anda juga ada masalah ini, saya syorkan anda untuk tonton video PERCUMA ini –> Cara Tulis Iklan Guna Teknik Survey

Dalam video ini, tuan Faisal Abdullah (Copywriter) ada ajar cara menulis ayat iklan dengan menggunakan TEKNIK SURVEY. 

Dengan teknik ini, anda akan dapat belajar cara tulis ayat iklan untuk flyer, banner, bunting, akhbar, iklan majalah.. dan apa saja iklan lain yang dapat RESPON dari prospek SERTA MERTA.

..

Ini hanyalah salah satu teknik untuk menulis ayat iklan, jika anda nak belajar lebih mendalam lagi.. anda boleh terus dapatkan ‘panduan cara tulis iklan power’ ini –> Panduan Video Cara Tulis Iklan Power

Cara Guna Teknik Survey Untuk Tulis Ayat Iklan

Dalam panduan video ini, anda akan dapat belajar mengenai; 

1) Isu Kontroversi Mengenai Branding? – Adakah branding penting? Jika ya, bagaimana mahu imbang kos yang dikeluarkan untuk branding, berbanding dengan menjana jualan?

2) Apa Itu Direct Response Marketing? – Apa itu direct response marketing, dan kenapakah ia masih berkesan dari ratusan tahun dahulu sehingga sekarang? Bagaimanakah saya boleh menggunakan direct response marketing dalam pemasaran saya?

3) 3 Tiang Iklan Berkesan – Amaran! Hilang salah satu dari tiang penting ini, keseluruhan kempen pengiklanan anda akan gagal. Ketahui apakah 3 tiang utama dalam pengiklanan yang membawa respon serta merta

4) Cara Mengenali Pelanggan (Customer Avatar) – Latihan ini akan membuatkan mesej yang anda tulis menyebabkan prospek pelanggan anda minat, tersentuh malah mahu membalas mesej anda kembali dengan respon yang bakal diberikan olehnya

5) Cara Menggunakan Survey Untuk Menulis Iklan Power – Ini trik yang 90% pesaing anda tidak pernah terfikir untuk lakukan! Dapatkan kelebihan berbanding pesaing dengan menggunakan trik efektif ini untuk membina iklan yang benar-benar menyuarakan apa yang prospek anda mahu.

6) Cara Kekalkan Perhatian Prospek Berpanjangan (Teknik Zeigarnik & Teori Pinball) – Ramai orang boleh dapatkan perhatian prospek. Tapi tak ramai usahawan boleh simpan dan kekalkan perhatian tersebut untuk jangkamasa yang lebih panjang. Prospek anda sentiasa bertukar fokus setiap 6 saat. Gunakan trik psikologi ini untuk mendapatkan perhatian mereka lebih lama!

7) 5 Syarat Penting Yang Setiap Iklan Wajib Ada – Ada ‘3 jenis iklan’ yang wujud. 

  • Pertama: Iklan yang diabai / dibuang. 
  • Kedua: Iklan yang dibaca. 
  • Ketiga: Iklan yang dibaca dan diberikan respon
  • 5 Syarat penting ini akan membolehkan setiap iklan anda menjadi jenis iklan ke-tiga. Boom!


8) Contoh & Case Study Iklan Power – Belajar teori sahaja tidak cukup untuk menjadikan anda penulis iklan POWER. Anda dan team anda juga akan diberikan contoh-contoh dan case study iklan yang POWER.

9) Cara Merangka Iklan Facebook & Social Media – Video ini akan membolehkan anda memahami apakah yang membuatkan iklan di Facebook dan social media amat berkesan dan mendapatkan respon tinggi. Serta apakah kesilapan utama iklan di Facebook, dan bagaimanakah memperbaiki iklan Facebook yang gagal mendapatkan respon. Topik PENTING!

10) Apakah Jualan, Dan Apakah Proses Jualan? – Tahukah anda bahawa jualan adalah satu proses yang berpanjangan? Jika anda mahu menggandakan keuntungan syarikat, ini adalah topik yang wajib difahami dan diteliti.

11) Iklan Anda Gagal? – Topik ini akan berkongsi cara menguji dan perbaiki iklan. Ia juga membolehkan anda mencari iklan paling sesuai untuk digunakan di skala yang lebih besar, dengan media massa dan budget pengiklanan yang lebih tinggi. Topik ini penting bagi mengelakkan kerugian wang dalam budget pengiklanan.

Anda juga akan dapat 1 BONUS PERCUMA iaitu..

22 Senarai HEADLINE Yang Terbukti Mendapatkan Perhatian Pembaca

Dalam apa sahaja penulisan ayat, tak kira iklan ataupun artikel akhbar, headline adalah perkara yang paling penting dari keseluruhan penulisan tersebut. Jika headline anda gagal untuk tarik perhatian prospek, maka kesemua penulisan yang lain tak akan dipedulikan.

22 senarai headline ini akan memberikan shortcut ‘COPY & PASTE’ kepada anda jika anda sudah BUNTU untuk mencari headline yang mendapat perhatian pembaca serta merta.

..

Panduan ini juga sesuai untuk anda yang TIADA MASA nak ajar staff walaupun syarikat anda selalu bertukar staff..

Dengan siri video latihan esklusif ‘Cara Tulis Iklan Power’ anda boleh memastikan team anda sentiasa MAHIR menulis ayat-ayat promosi yang berkesan.

Ini membolehkan anda sebagai ‘PEMIMPIN’ syarikat menggunakan masa anda dengan lebih efisyen dengan perkara-perkara yang lebih besar.

Dengan video yang MUDAH DIFAHAMI, contoh-contoh pengiklanan yang meningkatkan kefahaman, serta latihan-latihan yang boleh diturut serta, saya yakin siri video ‘Cara Tulis Iklan Power’ adalah kaedah yang terbaik untuk melatih TEAM anda.

Nak belajar cara tulis ayat iklan? KLIK SINI –> Cara Tulis Iklan Power

IdeaBiznet

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!