Utama

sitiaisyah@hmetro.com.my

Putrajaya: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan, perintah pembekuan enam akaun bank dikeluarkan Isnin lalu tidak membabitkan akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berikutan itu, beliau menyatakan kebimbangannya terhadap sindiran yang dibuat mengaitkan Peguam Negara dengan agenda politik tertentu.

“Tujuan Pasukan Petugas Khas antara agensi ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini adalah bagi memastikan tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan.

“Justeru, Peguam Negara tidak teragak-agak mendakwa mana-mana orang yang didapati membocorkan maklumat sulit berkaitan siasatan kerana ia suatu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Abdul Gani dilaporkan berkata, Pasukan Petugas Khas mengeluarkan perintah pembekuan enam akaun bank pihak yang dipercayai terbabit dalam kes dakwaan pemindahan sejumlah dana yang besar ke akaun Perdana Menteri, Isnin lalu.

Pasukan berkenaan juga mengambil dokumen berkaitan 17 akaun dari dua bank bagi membantu siasatan yang dijalankan.

Images: 

patail.png

Image: 
GN4id: 
9208904
Lead: 

Putrajaya: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan, perintah pembekuan enam akaun bank dikeluarkan Isnin lalu tidak membabitkan akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Harian Metro

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!