share1[1]
Laman-laman sosial networking telah merevolusikan cara pembinaan bisnes online sejak ia mula-mula diperkenalkan pada pertengahan 1990an.

Dengan akses segera kepada pendengar sasaran anda, dan keupayaannya mengekalkan nadi yang stabil pada apa yang pasaran kita kini minati, tiada cara yang lebih mudah untuk berhubung dengan pembeli-pembeli berpotensi dan pelanggan jangka masa panjang.

Rangkaian sosial membekalkan peluang mencipta profil, blog dan laman-laman individu yang menggambarkan keindividuan, minat dan pengalaman. Ia meletakkan orang dalam hubungan segera dengan rakan lama, atau membantu mereka membuat rakan baru.

Apabila tiba pada menjana minat atau pendedahan baru untuk bisnes online anda, rangkaian sosial boleh membantu anda mengesan pembeli-pembeli berpotensi dengan cepat, berhubung dengan pakar dalam niche anda, mengembangkan capaian anda dan juga mengendalikan kajian niche untuk menentukan corak pembelian, trend dan permintaan keseluruhan pada masa kini.

Terdapat ratusan laman-laman media sosial yang telah tumbuh sejak beberapa tahun lepas, walaubagaimanapun disebabkan masa yang terlibat dengan melibatkan diri dan berinteraksi dalam komuniti-komuniti ini ketika mewujudkan kredibiliti dalam pasaran anda demi untuk membina kempen pemasaran yang paling berkesan, anda cuma akan fokuskan hanya pada laman-laman komuniti sosial yang aktif, paling mantap dan sudah lama bertapak.

Laporan ini mendedahkan laman-laman web rangkaian sosial terbaik di mana anda boleh bina kewujudan secara online dengan segera  mudah dan kemudiannya melibatkan diri dengan beberapa pasaran niche yang paling menguntungkan secara online dan mengesan rakan-rakan kongsi berpotensi dan kenalan-kenalan bisnes yang penting.

Laman-laman komuniti ini akan membantu anda membangunkan kewujudan jenama dan juga memaksimumkan pendedahan dan capaian anda.

FacebookDaftar: http://www.Facebook.com

Facebook telah mengatasi MySpace dan telah menjadi rangkaian sosial online paling popular pada 2009.

Dengan Facebook, anda boleh berinteraksi dengan mereka dalam pasaran anda dengan memasukkan mereka sebagai kenalan, tetapi anda juga boleh mewujudkan pendedahan dengan cara yang lain dalam komuniti Facebook:

1) Cipta Kempen Pengiklanan Facebook
Facebook menawarkan pusat pengiklanan dalaman di mana anda boleh mendirikan iklan-iklan “berstail Adwords” yang muncul di mana-mana kata kunci tertentu yang dimasukkan dalam komuniti Facebook.

Anda boleh ubahsuai iklan-iklan Facebook supaya ia jadi boleh dilihat hanya untuk pelanggan-pelanggan berpotensi berdasarkan jantina, umur, dan juga lokasi.

Dengan pengiklanan Facebook, anda boleh pay per click (CPC) atau impression (CPM), dan boleh jadualkan iklan anda untuk beroperasi untuk hanya masa tertentu atau secara berterusan .

Anda boleh cipta iklan anda dengan melawat http://www.Facebook.com/advertising

2) Cipta Facebook Fan Page
Kaedah yang percuma (dan berkesan) untuk mewujudkan pendedahan dan membina reputasi dalam pasaran niche anda ialah dengan mencipta Facebook fan page. Fan page adalah serupa dengan mencipta profil Facebook baru, di mana anda boleh letakkan nota, mesej, link muat turun, dan gambar ke dalam fan page anda, dan menguruskan fan page anda secara terus daripada dalam akaun facebook utama anda.

Salah satu faedah terhebat membina fan page ialah anda boleh menyediakan pelanggan-pelanggan berpotensi dan lead dengan sampel-sampel atau muat turun percuma produk anda, atau anda boleh bina list dengan mempamerkan kotak opt-in secara terus di Fan page anda!

Sumber-sumber Pemasaran:
Ketika memasarkan bisnes anda dengan Facebook, terdapat banyak aplikasi berbeza yang sedia ada untuk membantu anda memaksimumkan pendedahan anda dan mengekalkan kewibawaan akaun anda termasuk:

My Profile Box
Muat Turun:  http://www.facebook.com/xsmyinfo

Social RSS
Muat Turun: http://www.facebook.com/apps/application.php?id=23798139265

Facebook Video
Muat Turun: http://www.facebook.com/VideoApp

iEndorse
Muat Turun: http://www.facebook.com/iEndorse

 

[su_frame][/su_frame]

MySpaceDaftar: http://www.MySpace.com

MySpace, dicipta pada 2003, adalah pesaing hebat apabila menjadi sebahagian penting dalam setiap kempen pemasaran sosial yang berjaya.
MySpace digunakan oleh jutaan orang di seluruh dunia yang masuk ke page MySpace mereka dan melihat-lihat menerusi page dan laman-laman berkaitan yang dipamerkan dalam network.

Dengan MySpace, anda dengan cepat boleh cipta squeeze page berstail template, mewujudkan minat dan pendedahan baru untuk produk dan servis anda dan juga boleh mengesan rakan-rakan kongsi berpotensi, tawaran-tawaran joint venture dan lain-lain yang berminat dalam niche pasaran anda.

Untuk mencipta page MySpace yang mudah diingati, fikirkan pengubahsuaian rekabentuk dan layout. Terdapat servis percuma sedia ada di http://www.Wix.com  yang akan membantu anda membangunkan page MySpace yang memikat hati dengan mudah dan dengan cepat.

wix-bisnes-online

 

Ning Daftar: http://www.Ning.com
Ning, dilancarkan pada 2005, menawarkan orang dengan peluang mencipta network sosial mereka sendiri. Selain itu, anda boleh melihat-lihat ribuan komuniti sosial dan menyertai komuniti yang berkaitan dengan pasaran niche anda.

Anda boleh ubahsuai rangkaian sosial anda dengan gabungan unik pengubahsuaian rekabantuk dan idea-idea layout.
Anda boleh melangkah lebih jauh dengan membangunkan survey, poll dan membenarkan mereka yang menyertai rangkaian anda untuk bertindakbalas terhadap soalan-soalan, profil, perbualan-perbualan terbuka dan thread.

ning-bisnes-online

Jika anda membangunkan rangkaian sosial anda dalam Ning, anda akan diberi URL unik yang anda boleh berikan kepada pelanggan-pelanggan anda, rakan sebaya, dan rakan sekerja.

Anda juga boleh meningkatkan rangkaian anda dengan memasukkan modul-modul melalui sistem ‘drag & drop’ mudah, dan paling bagus juga, pengguna-pengguna hanya memerlukan satu login untuk mengakses semua rangkaian dan komuniti sosial yang mereka sertai dalam Ning.

 

Twitte Daftar: http://www.Twitter.com
Twitter mendapat sambutan hangat dalam arena bisnes kerana dengan cepat berkembang dalam populariti yang memikat jutaan pengguna yang boleh pilih update ‘follow’ daripada mereka yang pengguna minati.

Twitter menawarkan sistem flexible API yang membenarkan pemaju-pemaju ‘third party’ mencipta plugin dan aplikasi Twitter yang meningkatkan fungsi keseluruhan akaun mereka.twitter-bisnes-online

Salah satu servis ini ada di http://www.SocialOomph.com  di mana anda boleh dirikan mesej tegur sapa automatik yang mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengikut anda untuk menjadi kenalan, di samping mampu mempromosikan squeeze page, tawaran insentif atau hadiah sebegitu.

Inilah cara yang hebat untuk membina list dalam pasaran niche anda, ketika mewujudkan hubungan dengan mereka yang memilih untuk mengikuti update anda.
Dengan Twitter, anda dengan cepat membina profil yang mempamerkan URL laman web dan foto anda, di samping menyatukan kata kunci dalam medan bio anda untuk menggoda pelawat ke page anda di mana-mana kata kunci serupa dimasukkan dalam enjin carian Twitter.

Satu perkara untuk diingatkan ketika mengguna Twitter sebagai saluran pemasaran ialah lebih interaktif anda, lebih pendedahan anda akan terima.
Setiap post yang anda hantar melalui akaun Twitter anda akan menuju ke mereka yang mengikut anda, selain itu, post anda akan disusun dalam page profil utama anda supaya pengikut-pengikut baru boleh melihat update sebelum ini.

Twitter adalah alat yang amat berguna apabila mengendalikan kajian niche atau menguji perkembangan pasaran.

Dari surat khabar ke televisyen, Twitter telah menjadi cara yang mudah membuat post amaran dan berita terkini, dan sebagai usahawan online, anda boleh mempergunakan maklumat ini untuk menentukan apakah yang pasaran sasaran anda sedang bertindakbalas dan apa yang pasaran kini minati dengan mengikut perkembangan mereka yang diwujudkan dalam pasaran atau industri anda dan memerhatikan siaran terkini dan pengumuman pelancaran.

LINKEDIn-bisnes-online

Linkedin Daftar: http://www.Linkedin.com
Linkedin adalah komuniti sosial berorientasikan bisnes di mana anda boleh jemput orang untuk menjadi sebahagian daripada hubungan anda dan juga mengesan lead dan kenalan bisnes yang relevan dengan mengimport kenalan-kenalan daripada akaun emel anda dan senarai komuniti sosial luaran.

Salah satu aspek terhebat mencipta akaun Linkedin ialah berupaya menjana trafik organik ke laman anda daripada enjin-enjin carian besar.

Link laman web yang dipamerkan di page profil Linkedin akan dengan cepat mendapat kedudukan dalam enjin carian dan dengan mengubahsuai label dan tab sedia ada untuk mempamerkan kata kunci berkaitan dengan pasaran niche anda, anda akan mampu dengan cepat mempertingkatkan akaun Linkedin anda dan merangsang kedudukan enjin carian anda!

Linkedin juga berguna dalam mempromosikan RSS feed blog anda dengan menyambungkan akaun Linkedin anda dengan laman-laman blog luar, termasuklah Bloglink, Blogger, Live Journal, Movable Type, Vox dan WordPress.com

xanga-bisnes-online

Xanga Daftar: http://www.Xanga.com
Xanga dilancarkan pada 1999, asalnya menawarkan pengguna dengan kebolehan berkongsi ulasan buku dan muzik, dan telah berkembang menjadi salah satu network sosial paling popular online.

Xanga menawarkan pengguna dengan kebolehan mencipta blog selain dengan segera berhubung dengan pendengar sasaran anda menerusi ciri-ciri komuniti networking sosial mereka.

Setiap laman dicipta dalam komuniti yang bernama “Xanga Site” di mana anda boleh sering membuat post terkini, termasuklah blog post, dan kandungan artikel.
Anda boleh juga pilih untuk membuatkan post-post tertentu sebagai sulit, menghalang akses ke bahan tersebut melainkan pembaca menyertai senarai kenalan anda.

Kesimpulan
Itulah dia, laman-laman komuniti sosial terbaik di mana anda dengan cepat boleh membina kewujudan secara online dan membuat pendedahan besar untuk bisnes online anda.

Luangkan sedikit masa mencipta akaun rangkaian sosial anda dan pastikan kemaskini yang kerap untuk mengekalkan tapak pengikut anda dan mewujudkan kenalan-kenalan dan lead-lead menerusi saluran dan interaksi anda.

Sebagai penutup, saya telah sediakan laman-laman rangkaian sosial tambahan yang berbaloi untuk disertai:
Friendster: http://www.Friendster.com
Orkut: http://www.Orkut.com
Zorpia: http://www.Zorpia.com
Bebo: http://www.Bebo.com
Flixster: http://www.Flixster.com
Tagged: http://www.Tagged.com
hi5: http://www.hi5.com
Fubar: http://www.Fubar.com

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!