Bagaimana Cara Untuk Validate Produk?


Sebelum anda mulakan sesuatu bisnes, ada tak anda VALIDATE dulu produk yang dijual tu?

“Kena buat ke? Saya jual je, takde pun validate produk..”

Kenapa kena buat? 

Sebab ini untuk pastikan anda menjual sesuatu yang orang nak beli dari anda, bukan dari orang lain. Jika ramai orang nak beli dari anda, bermakna anda sudah boleh mulakan bisnes RM2,000 sebulan..

Ini saya nak bagitau anda, nak cari produk untuk dijual tu tak susah. Yang susahnya adalah nak cari orang yang mahu beli produk kita. Bila anda dah mula menjual ni, nanti anda faham la apa yang saya katakan ni..

Nak validate produk ni, tak perlu pun guna iklan berbayar. Anda hanya perlu TANYA sahaja kawan-kawan, family, atau rakan pejabat.. then, beritahu apa penyelesaian yang anda boleh beri pada mereka..

Jika anda tanya saya, produk apa yang ada PERMINTAAN.. saya akan kata, semua produk ada permintaan. Cuba anda LIHAT di sekeliling anda, produk yang pelik-pelik pun ada orang nak beli.. padahal bukan ada keperluan pun nak beli.

Contohnya, 

MCDONALD. Kenapa ramai orang suka beli burger McDonald..? Padahal, boleh je beli burger kat tepi jalan, lagi SEDAP! Murah pun murah.. kenyang pun kenyang.. KENAPA? Bukan satu keperluan pun makan McD.. satu pembaziran ada la. 

Ini kerana mereka dah VALIDATE burger mereka, dan memang RAMAI yang suka. Bila PERMINTAAN dah banyak, baru mereka kembangkan hingga mereka jadi seperti sekarang. 

Itulah kepentingan VALIDATION..!

So, bagaimana nak validate produk anda?

Sebelum nak buat VALIDATION, anda perlu tahu perkara ini dulu..

  • Siapa MARKET anda? – Kenali pelanggan dan produk anda dulu. Apa MASALAH mereka? Apa IMPIAN mereka? Apa KETAKUTAN mereka? Kalau anda main BELASAH je validate tanpa KAJI market, anda sedang BUANG MASA sebenarnya!
  • Apa MESEJ anda? – Lepas kenal pelanggan dan produk, mula tulis ayat untuk mereka. Tak perlu fikir lama sangat, jika anda dah buat langkah pertama tadi.. dah takde masalah nak buat part ni.
  • Apa MEDIA yang anda gunakan? – Media di sini bermaksud, TEMPAT yang anda ingin validate. Jika anda validate tempat yang salah, memang la takde RESPONS. Ada banyak je tempat yang boleh anda validate, yang penting anda tahu SIAPA market anda.. 

“Wow, susahnya nak validate produk ni!”

Susah ke..? Nampak je susah, sebenarnya senang je. Anda hanya perlu jadi BIJAK, perah otak sikit untuk buat benda ni. BERLATIH hari-hari! Benda yang selalu buat, lama-lama akan jadi MUDAH.

“Ok, saya dah faham. Lepas tu saya nak buat apa?”

Sekarang, saya nak ajar cara mudah nak validate produk anda. Nampak mudah, tapi kalau salah caranya.. memang takkan jadi. 

Ini langkah-langkahnya;

1) Gunakan skrip ini untuk validate produk anda, adjust sikit ikut kesesuaian produk anda..

“Ada kenal sesiapa yang ada masalah <nyatakan masalah>?
Saya ada cara nak bantu selesaikan tanpa <kesusahan>. PM saya.”

atau…

“Ada kenal sesiapa yang ada masalah <nyatakan masalah>? Saya ada cara nak bantu selesaikan tanpa <kesusahan>. Sila komen di bawah, saya akan PM anda.”

2) Kemudian, POST skrip ini di fb profile anda, atau di group fb yang AKTIF. Fb profile anda mestilah ada dalam 1000 – 2000 friends. Untuk group fb, carilah group yang ada banyak komen seperti Terbaik E-store dan Bicara Usahawan.  

3) Dah post tu, tunggu dalam 48 jam.. ramai tak yang KOMEN post anda tadi. Jika ramai, PM mereka ni. Beritahu apa PENYELESAIAN yang anda boleh beri pada mereka, kemudian.. anda check, berapa ramai yang anda PM tadi yang sudah membeli produk anda. Berapa banyak jualan yang anda dapat dari yang anda PM tu?

Itu sahaja caranya.. mudah kan..?

“Biar betul! Takkan camtu je caranya… confirm jadi ke?”

Saya tahu anda takkan percaya, tapi, anda boleh lihat RESULT dari mereka yang dah buat..

Bagaimana Cara Untuk Validate Produk?
Bagaimana Cara Untuk Validate Produk?
Bagaimana Cara Untuk Validate Produk?
Bagaimana Cara Untuk Validate Produk?
Bagaimana Cara Untuk Validate Produk?

Anda perasan tak? Mereka asyik sebut pasal Tuan Faisal, program MB2000..

.. Siapa tuan Faisal tu? Apa program MB2000 tu..?

Ok, sebenarnya saya dah banyak citer benda ni dalam artikel saya yang lepas..

Anda boleh baca di sini..

Saya harap anda faham bagaimana PROSES validaton tu. Proses inilah yang diajar oleh tuan Faisal Abdullah dalam program MB2000 beliau. Jangan lupa baca artikel atas tu ye 🙂

Semoga bermanfaat.

IdeaBiznet

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!