Bisnes tradisional memerlukan banyak perbelanjaan untuk diuruskan dan dikendalikan dengan berkesan. Secara umumnya anda perlu membayar ruang pejabat, ruang gudang, dan inventori.

Anda ada pekerja-pekerja yang memerlukan gaji dan faedah. Anda perlu membayar untuk membuat produk, atau cipta milik anda sendiri daripada bahan-bahan mentah yang bukannya murah. Anda juga perlu menguruskan penghantaran dan pembungkusan.

 

produk-bisnes-online

Bisnes produk info sebenarnya ada lebih banyak faedah berbanding menjual produk fizikal:

Selepas siap dibuat, anda boleh jual produk digital berkali-kali tanpa perlu membuat apa-apa yang baru.
Produk digital tidak memerlukan sumber-sumber mentah seperti produk fizikal.

Produk digital tidak memerlukan anda menyimpan stok, membungkus barang, atau menghantar apa-apa.

Menjual produk digital boleh dibuat dengan mudah dari rumah, jadi anda tidak perlukan sebarang lokasi fizikal.
Anda tidak perlu upah apa-apa pekerja sehingga jumlah jualan anda memerlukan sokongan tambahan.

Sebaik sahaja anda upah pekerja, kebanyakan bisnes anda boleh beroperasi secara autopilot untuk menjana pendapatan pasif.
Ini hanyalah sedikit daripada  faedah-faedah menjual produk digital berbanding produk fizikal, dan ada terdapat banyak lagi sebenarnya!

Dalam laporan ini, anda akan pelajari bagaimana memulakan bisnes produk info anda sendiri. Kita akan tumpukan pada pemasaran online, kerana perbelanjaan adalah lebih rendah daripada cuba memasarkan produk anda secara offline. Pada hakikatnya, kaedah pemasaran online adalah percuma!

Memilih Topik…
Langkah pertama ialah memilih topik produk maklumat anda. Jika anda pakar dalam topik tertentu, anda mungkin mahu fikirkan untuk mencipta produk info pertama anda dalam bidang itu. Ini akan membuatkan proses penciptaan produk lebih cepat dan lebih mudah.

Terdapat dua jenis pasaran yang anda akan mahu fikirkan:

Pasaran Terdesak
Pasaran Minat

Pasaran Terdesak adalah mereka yang mana pengguna biasa yang mempunyai masalah yang dia terdesak untuk diselesaikan. Niche-niche ini termasuklah perkara-perkara seperti masalah jerawat, pengurusan berat badan, sakit kepala, sakit belakang, insomnia, dan niche-niche yang seumpamanya.

Niche-niche ini bagus untuk mencipta produk maklumat, kerana orang  seringkali akan melakukan apa saja untuk menyelesaikan masalah mereka, walaupun membeli produk maklumat.
Niche Minat adalah mereka yang mana pengguna biasa memiliki minat atau hobi yang mereka gemari. Contohnya termasuklah niche seperti golf, baseball mengumpul kad, bermain permainan video, memancing, dan sukan-sukan  dan hobi lain yang serupa.

 

Memilih Format…
Kebanyakan produk digital adalah dalam format eBook, yang mana adalah jenis buku yang boleh dimuat turun dan dibaca di komputer atau alat-alat elektronik lain. Tetapi terdapat juga format-format lain untuk produk digital.

Video adalah format yang amat popular. Sesetengah orang lebih gemar maklumat mereka dalam format video kerana ia lebih menyeronokkan, tetapi anda perlu ingat bahawa tidak semua orang menggemari kandungan video.

Terdapat juga orang yang mempunyai sambungan Internet perlahan yang tidak boleh tonton video secara online, jadi anda mesti pastikan untuk menawarkan kandungan bertulis bagi mereka yang tidak boleh muat turun video.

Audio adalah satu lagi kemungkinan. Anda boleh baca eBook anda dan letakkannya dalam format audio, upah jurucakap untuk bercakap bagi pihak anda, atau anda boleh tawarkan fail audio tambahan yang mempertingkatkan nilai produk anda.

Sebagai contoh, jika anda ada produk tafakur, anda boleh tawarkan muzik yang menenangkan hati atau bunyi-bunyian alam semulajadi.

Anda boleh juga gunakan kombinasi format-format ini dan cipta satu tawaran pakej. Ini akan membuatkan tawaran anda lebih memikat kepada pendengar yang lebih berbagai-bagai, dan ia juga akan membuatkan produk anda nampak lebih bernilai berbanding hanya eBook tunggal.

 

Mencipta Produk…
Jika anda ada kebolehan, anda sendiri boleh cipta produk. Sesetengah orang boleh tulis 40-50 mukasurat eBook dalam beberapa hari hingga seminggu, tetapi sesetengah orang yang lain memerlukan masa yang lebih panjang.

Jika anda bukan penulis pantas atau anda tidak rasa yakin dengan kebolehan menulis anda, anda boleh upah seseorang untuk menulis buku untuk anda. Anda boleh miliki eBook yang ditulis dengan memuaskan pada harga serendah $200, atau anda boleh dapat buku yang amat bagus pada harga $500.

Jika anda tidak begitu yakin dengan benda-benda teknikal, anda mungkin perlu upah seseorang untuk buat video untuk anda. Anda boleh miliki video ringkas pada harga serendah $50, atau video yang lebih panjang pada harga $100-$200, termasuklah pelakon suara.

Jika anda mahu video yang panjang, berkualiti tinggi, anda mungkin perlu membayar lebih, tetapi ingat – anda boleh jual video-video ini berkali-kali tanpa sebarang kos mencetak dan penghantaran!

Anda juga boleh outsource (upah orang) penciptaan produk audio dengan cara yang sama dengan video. Cari seseorang yang ada suara berucap yang hebat dan suruh mereka baca eBook anda atau baca skrip yang telah anda tulis. Ini sepatutnya  tidaklah agak mahal, memperuntukkan antara $50-$200 bergantung kepada panjang skrip.

Freelance-bisnes-online
Inilah tempat-tempat freelance terbaik di mana anda boleh buat senarai berdasarkan keperluan anda:
http://www.Guru.com
http://www.ScriptLance.com
http://www.eLance.com
http://www.RentACoder.com

Jika anda terpaksa ambil cara yang lebih murah untuk mencipta produk maklumat anda, anda boleh beli resale rights atau private label rights(PLR) untuk produk yang telah siap dibuat dan re-brand(menjenamakan semula)nya sebagai milik anda.

Inilah beberapa pembekal private label berkualiti tinggi:
http://www.produkterlaris.com/plrfantasi
http://www.plrnicheclub.com/
http://www.plrebookclub.com/

Jika anda sendiri cipta produk, yuran-yuran yang anda hanya perlu tanggung dalam proses pembangunan produk ialah kos domain (kira-kira RM30) dan kos hosting (biasanya kira-kira RM10 hingga RM50 sebulan).

Mencipta Surat Jualan…
Memang satu langkah yang baik mengupah profesional untuk mencipta surat jualan melainkan anda sedar yang diri anda seorang copywriter yang bagus. Jika surat jualan anda ditulis dengan kurang baik, produk anda mungkin tidak akan memberi pulangan dengan cepat.

Anda mungkin juga perlu upah seseorang untuk cipta grafik profesional untuk diletakkan di surat jualan anda. Ini boleh meningkatkan kadar pulangan dan juga meningkatkan kepercayaan dan keyakinan.

Selain daripada surat jualan itu sendiri, anda akan perlu cipta page yang anda boleh hantar pembeli ke tempat untuk muat turun produk mereka selepas mereka beli.

Anda mungkin mahu ada page untuk hantar affiliate ke situ supaya mereka boleh dapatkan banner dan bahan promosi lain untuk mempromosikan produk anda. Memiliki affiliate adalah langkah yang bagus untuk mendapatkan trafik dan jualan tanpa membelanjakan wang untuk pemasaran.

Anda juga boleh gunakan template percuma untuk rekabentuk dan jimatkan wang dengan cara itu, dan anda sendiri boleh tulis surat jualan dengan meniru produk-produk lain dalam niche anda. Jangan salin, cuma jadikannya sebagai inspirasi.

Menerima Bayaran…
Jika anda mahu wang dengan segera dan tidak mahu membayar komisen untuk affiliate, anda boleh terima bayaran melalui Paypal. Ia caj yuran yang amat munasabah, dan ia amat mudah digunakan.

Anda juga boleh ada affiliate dengan Paypal jika anda guna skrip khas. Terdapat banyak skrip affiliate Paypal, tetapi kebanyakannya agak mahal, dan ramai affiliate tidak akan percayakan anda untuk membayar mereka melainkan mereka mengenali anda dan memang mempercayai anda.

Jika anda mahu ada affiliate, lebih baik gunakan sistem seperti Ashadee.Com atau Clickbank.com. Ia ada sistem affiliate yang siap terbina, dan ada ribuan affiliater aktif yang sedia mempromosikan produk berkualiti. Idea yang baik untuk bayar affiliate sekurang-kurangnya 50% komisen.

Jika terdapat produk-produk lain dalam niche anda, anda akan perlu tawarkan kadar komisen yang setanding untuk buatkan affiliate memilih untuk mempromosikan produk anda berbanding produk lain. Anda mungkin perlu bayar sebanyak 75% jika ada banyak komisen.

Baca sambungan…

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!