Menyediakan satu laman web atau blog amat mudah sekiranya anda mempunyai ilmu. Anda boleh mempelajarinya melalui Search Google : Panduan Membuat Blog.dpf, Membina Laman Web.pdf, Panduan WordPress.pdf dan sebagainya. anda mungkin boleh mendownloadnya secara PERCUMA. Selain itu, anda boleh Search Youtube untuk mendapatkan video tutorial. Kebanyakannya berbahasa Inggeris. Namun, pengalaman saya sendiri, mendapatkan yang percuma tidaklah dapat menghasilkan satu laman web yang bertul-betul puas hati seperti mendapatkan ilmu yang berbayar seperti www.kelaswordpress.com.

Tetapi, yang menjadi masalah adalah bagaimana caranya untuk mempromosikan laman web tersebut untuk menghasilkan duit? Selain itu, bagaimana memastikan laman web yang kita bina mendapat kunjungan pelawat yang tinggi sehingga dengannya kita boleh hasilkan duit dengan affiliate, adsense mahupun menjual produk. Ya, jawapannya adalah SEO.

Apa itu SEO?

“SEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization”.

SEO sering dibincangkan dalam seminar perniagaan internet kerana ia merupakan salah satu strategi pemasaran yang berkesan di internet.

Andaian yang boleh diberikan ialah bagaimana untuk membuat laman web organisasi Y berada dalam senarai carian yang pertama dalam laman web enjin carian seperti Google sekiranya seseorang menaip perkataan ‘komputer’ di laman web enjin carian Google tersebut? Jadi, ini adalah sebahagian daripada strategi pemasaran di internet.

Terdapat teknik-teknik SEO yang boleh digunakan untuk manipulasi algoritma atau tata cara perjalanan proses bagi sesebuah laman web enjin carian bagi menempatkan kedudukan sesebuah laman web itu di senarai carian yang teratas.

Teknik-teknik SEO ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu White Hat SEO dan Black Hat SEO. White Hat SEO adalah teknik-teknik SEO yang digunakan mengikut cara yang dibenarkan oleh sesebuah laman web enjin carian.

Black Hat SEO pula adalah teknik-teknik SEO yang tidak dibenar menggunakannya oleh pihak laman web enjin carian.

Penarafan senarai carian teratas dengan kata kunci tertentu juga boleh dibayar kepada pihak laman web enjin carian untuk mendapatkan tempat yang tertinggi dalam senarai carian tersebut.

Teknik-teknik White Hat SEO yang boleh digunakan adalah seperti penempatan penggunaan kata kunci dengan perkataan tertentu seperti komputer, motivasi dan lain-lain, analisis sambungan atau Link Building Analysis, penggunaan Link Exchanges, Onsite Analysis, penggunaan Meta Tags untuk menempatkan beberapa kata kunci bagi memberi maklumat sesebuah laman web dan lain-lain.

Beberapa teknik Black Hat SEO pula adalah seperti Keyword Stuffing, Page Stuffing, Selling and Farming Link dan lain-lain.

Terdapat juga program-program komputer yang boleh digunakan untuk the menjalankan teknik-teknik tertentu dalam perlaksanaan SEO ini.

Program komputer yang digunakan bagi teknik Link Building Analysis adalah seperti Google Alerts, Majestic SEO, Open Site Explorer, OnlyWire, Seesmic Ping, Affiliorama SEO Toolbar dan lain-lain.

Program komputer yang digunakan untuk teknik penggunaan kata kunci pula adalah seperti Google Adwords Keyword Tool, Google Trends, Google Insights for Search, Google Correlate, Google Related Searches, BuzzFeed, Alexa, Soovle, Keyword Discovery, Kgen, Keyword Questions, SearchStats Plugin dan lain-lain.

Seterusnya program komputer yang digunakan untuk teknik Onsite Analysis adalah seperti Google Analytics, Woo Rank, HubSpot Marketing Grader, SEOTools for Excel, SiteTrail for Chrome, SEOQuake, SEOBook, SEO for Chrome dan lain-lain.

SEO adalah satu cara yang digunakan untuk penarafan senarai carian sesebuah laman web bagi carian tertentu dalam laman-laman web enjin carian dengan menggunakan teknik-teknik tertentu yang bersesuaian dengan tata cara sesebuah laman web enjin carian tersebut.

Dengan mendapat kedudukan senarai carian laman web yang tertinggi di sesebuah laman web enjin carian bagi kategori tertentu, ia akan meningkatkan capaian oleh pengunjung sasaran di internet.

Jadi, ini akan meningkatkan promosi dan pemasaran bagi sesebuah perkhidmatan atau produk di internet menerusi laman web organisasi.

Sebagai contoh, apabila pengguna menaip perkataan ‘komputer’ di laman web Google, alamat laman web http://ustazwan.my akan berada dalam page pertama.

Maka, secara automatik atau kebiasaan, pengguna akan cuba masuk ke laman web tersebut.

Artikel Penuh: Utusan Malaysia

Sekiranya anda berminat untuk mempelajarinya, terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan untuk meningkatkan SEO. Walapun terdapat pelbagai produk yang mengaku dapat meningkatkan SEO, tetapi saya ingatkan kepada anda, jadikan ia sebagai pilihan yang terakhir… kerana ia sungguh merugikan masa dan wang anda..

Disini, saya ingin memberikan sedikit perkongsian ilmu beberapa tips dan teknik dalam meningkat SEO website atau blog anda. Masukkan nama dan email terbaik anda dibawah :

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!