7 TEKNIK CLOSE-SALE – MAZHAB COPYWRITING
copywriting-bisnes-online
Saya faham, ramai yang tersekat dekat bab ini. Ramai yang sudah berjaya dapat respon.

Ramai yang sudah berjaya dapatkan minat. Yakni, minat prospek terhadap produk kita.

Tapi, bila bab nak beri harga, semua serba tak kena. Bila dah bagi harga, customer diam membisu tak berkata.

===============
BAIK-LAH, INI UBATNYA!
===============
.
Insya-allah, berkesan.

Saya sudah cuba banyak kali. Convert sale 8/10 menggunakan teknik ini.
Artikel panjang, tapi berguna untuk anda semua.

Senarai apa kita harus buat;

#1 – Hormat.
#2 – Perhargaan.
#3 – Permasalahan.
#4 – Keperluan Penyelesaian.
#5 – Tawaran.
#6 – Pertanyaan.
#7 – Sebut harga.

1. Hormat.

Contoh: Beri salam dulu.

“Assalamualaikum tuan…”
“Salam tuan mulia…” (Recommended)
“As-salam sis…”
“As-salam akak/adik…” (Tengok umur)
“Salam bro ensem…”
“Salam saudara …” (Recommended)
2. Penghargaan.

Contoh: Pujian/Doa/Terima kasih.

“Terima kasih kerana berminat…”
“Thank kerana berminat…”
“Tahniah! anda bertuah…”
“Alhamdulillah tuan, jadi yang terawal..”
3. Permasalahan.

Jangan beri harga terus, sebaliknya kita tanya dulu apa masalah mereka?
…dan kenapa mereka berminat dengan produk kita?

Contoh: Tanya masalah.

“Boleh saya tahu, apa yang cik mahu tahu…”
“Boleh saya tahu, apa masalah tuan dalam ______” (Tengok jenis produk)
“Boleh saya tahu, kenapa tuan berminat dengan produk ini..”
“Boleh saya tahu, apa saya boleh bantu? ” (Recommended)
“Boleh saya tahu, tuan nak saya cerita tentang apa?”

p/s: Kita sediakan diri kita, untuk selesaikan masalah mereka terlebih dahulu sebelum kita offer produk kita.

 

4. Keperluan Penyelesaian.

Kita ceritakan, mereka perlukan apa
untuk selesaikan masalah mereka.

Kita beritahu, untuk selesaikan masalah XYZ, mereka mesti dapatkan formula XXX.

Contoh:

“Oh begini tuan, untuk selesaikan masalah XYZ, tuan sebenarnya mesti ada satu formula ni… bla bla bla”
“Untuk selesaikan masalah tuan, tuan harus ada XYZ. XYZ ini boleh didapati
percuma di tempat X. Namun, ada sedikit kesan sampingannya…”
“Antara solusi terbaik selesaikan masalah tuan, tuan harus gunakan teknik XYZ. Sebab bagi saya teknik ini cukup berkesan untuk selesaiakan masalah XYZ… bla bla bla…”

p/s: Ok, dah settle bagi hint untuk selesaikan masalah.
Kita proceed kepada beri tawaran servis atau produk kita.

 

5. Tawaran.

Mula tawarkan solusi pantas. Mula bagi hint, rupanya ada cara penyelesaian yang mudah untuk selesaikan masalah mereka.

Contoh: Mula selitkan tawaran.

“Tuan saya ada jumpa satu produk ini, saya rasa ia sesuai untuk tuan selesaikan masalah ini segera…”
“Tuan nak tak, jika saya beritahu satu solusi pantas selesaikan masalah tuan? Mungkin ambil masa kurang 3 hari..” (Recommended)
“Begini tuan, saya ada jumpa akak X. Dia ada masalah sebijik macam tuan. Selepas seminggu dia amalkan produk XYZ, alhamdulillah akak tu sihat seperti biasa..”
“Tuan, sepanjang tahun 2014, kami ada buka offer 30% diskaun. Ada satu produk ini, sangat sesuai untuk selesaikan masalah XYZ….”
.
p/s: Tuan-puan boleh ikut ayat ini dengan sedikit pengubahsuaian.
Ubah suai mengikut produk / servis yang tuan-puan tawarkan.
6. Pertanyaan.

Apabila kita sudah buat tawaran, jangan lupa tanya.
Untuk pastikan mereka berminat, kita mesti tanya.

Jika tak tanya, itu yang prospek diam tak terkata.
Ok, saya beri contoh pertanyaan.

Contoh: Tanya berminat ke tidak.

“Tuan berminat nak tahu?”
“Saudari nak grab offer diskaun ini?” (Jangan sebut harga dulu)
“Sis nak book sekarang, tinggal 3 stok untuk hari ini?”
“Bro nak rembat satu ke dua?”
“Kalau sis berminat, nanti saya beritahu harganya?” (Recommended)
“Kalau sis berminat, ada 3 hadiah menanti sis?” (Boleh jugak)
.
p/s: Selepas mereka reply minat, baru kita beritahu harga. Kita beritahu ketika mereka telah bersedia untuk tahu.

Dalam masa sama, mereka tahu produk kita ini penting untuk mereka.
7. Sebut Harga.

Ini part paling kritikal. Pastikan anda sudah siap sediakan template ayat untuk part ini.

Pastikan juga anda reply part ini kurang 5 saat, selepas prospek reply mereka berminat dengan produk kita.

Contoh: Skrip Sebut Harga.
Skrip1 – Tiada Hadiah.
Sebelum itu,

terima kasih (Nama) kerana berminat.

Sempena _(hari istimewa)__,
kami beri cik Diskaun 30%. Woww!

Harga pasaran RM100. (30% Off)
Pelaburan anda RM70 sahaja. (Jimat RM30)

Jika setuju, boleh reply: ‘Nak’

Nanti saya beri butiran pembayarannya…
Jika ada pertanyaan, boleh reply dengan gembira

Skrip2 – Ada Hadiah.

Sebelum itu,
terima kasih (Nama) kerana berminat.

Sempena ______ kami beri anda 2 hadiah:

1. Diskaun 30% (Bernilat RM30)
2. Bonus Pakej Percuma (_____)
3. PERCUMA 30 MINIT. (Sesi Konsultansi _____ )

Harga pasaran RM100. (30% Off)
Pelaburan anda RM70 sahaja. (Jimat RM30)

Jika setuju, boleh reply: ‘Nak’

Nanti saya beri butiran pembayarannya…
Bagi yang ada pertanyaan, boleh ajukan ya

Kenapa saya kongsikan artikel ini?
Padahal, ia sungguh berharga untuk diri saya.

p/s: Kalau simpan pun, tak kemana. Boleh praktikkan, kemudian lihat hasilnya. Insya-Allah ada rezeki, ada sale yang sangkut.

p/s/s: Artikel ini tak lama hayatnya. Sampai tarikh tertentu, saya akan delete post ini. Pastikan tuan-puan siap-siap take note. Ok selamat malam.

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!