7 Kelebihan Power Editor Untuk Pengiklan Facebook


Siapa sini yang belum pernah Power Editor?

Rugi kalau tak pernah guna! Sebabnya, Power Editor ni banyak fungsi yang takde dalam
fb ads yang biasa, Ads Manager..

Mungkin anda rasa, tak perlu kot nak belajar Power Editor ni.. buat PENING KEPALA je. Pakai Ads Manger je dah cukup.

Betul jugak kata anda tu..

Ok, biar saya bagitau anda.. saya sebenarnya lagi suka guna Power Editor berbanding guna Ads Manager.

Sebab apa?

.. saya dapat percepatkan lagi PROSES nak buat iklan. Lebih MUDAH dan PANTAS.

.. saya pun dapat buat iklan yang banyak dalam tempoh yang SINGKAT. 

Buat apa nak buat iklan banyak-banyak?

Sebab saya nak buat SPLIT TEST! Saya nak tahu iklan mana yang paling MURAH dan BERKESAN. 

Ada banyak lagi KELEBIHAN guna Power Editor ni..

Ini antaranya…

1. Boleh Schedule Iklan Keluar Pada Waktu Tertentu

Dengan menggunakan Power Editor, anda boleh schedule iklan anda untuk keluar pada waktu-waktu tertentu sahaja. Fungsi ini dinamakan Ads Scheduling.

7 Kelebihan Power Editor Untuk Pengiklan Facebook


Contohnya, anda mungkin nak iklan anda keluar dari…

  • Jam 7 pagi sampai 11 malam pada hari minggu
  • Jam 9 pagi sampai 11 malam pada hari hujung minggu

Atau, hanya keluar dari…

  • Jam 12 tengah hari sampai 3 petang
  • Jam 5 petang sampai 7 malam
  • Jam 9 malam sampai 11 malam

2. Boleh Gunakan Gambar Shutterstock Untuk Semua Jenis Iklan

Kalau menggunakan Ads Manager, anda hanya boleh menggunakan gambar Shutterstock dengan percuma untuk iklan Page Like.

7 Kelebihan Power Editor Untuk Pengiklan Facebook

Tapi kalau anda menggunakan Power Editor, anda boleh gunakan gambar Shutterstock untuk iklan Page Post Engagement dan juga iklan Clicks to Website

Shutterstock adalah antara penyedia servis gambar ‘stock’ profesional yang popular. Harga untuk 1 gambar boleh mencecah USD 15 (lebih kurang RM45).

3. Boleh Create Post Khas Untuk Iklan Sahaja (Dark Post)

Apabila membuat iklan menggunakan Power Editor, anda mempunyai 2 pilihan:

  • Iklankan post yang sedia ada di Page anda
  • Buat post baru yang khas untuk dijadikan iklan

Kelebihan post baru yang dijadikan iklan ini ialah ianya tak akan keluar di Page (sampai bila-bila).

Ini bermaksud, anda boleh…

Split test beberapa ‘headline’, gambar ataupun ‘call-to-action’ tanpa menyemakkan Page anda dan kurangkan / elakkan post jenis ‘hard selling’ di Page

Anda juga boleh melihat ‘Live Preview’ iklan yang anda sedang tulis untuk melihat di mana link ‘See more…’ akan keluar (dan adjust copy writing supaya point penting muncul sebelum itu).

4. Boleh Edit Post Masa Iklan Berjalan

Antara yang memeningkan ramai pengiklan sekarang adalah post yang diiklankan dah tak boleh nak edit.

Maksudnya, lepas jer anda submit iklan anda untuk approval, anda dah tak boleh nak adjust copy writing ataupun apa-apa ejaan yang tertypo.

Tambah stress kalau iklan anda disapproved. Terpaksa la anda buat lagi satu post baru di Page anda dan test tengok iklan tu approve ke tak.

Kalau anda ada hadapi masalah di atas, ini berita baik untuk anda 🙂

Dengan menggunakan Power Editor, anda boleh edit iklan anda berkali-kali.

  • Nak betulkan ejaan?
  • Nak update jumlah stok yang tinggal?
  • Nak fine tune copy writing?


Buatlah seberapa banyak kali sampai anda puas hati! Suka hati anda la!

5. Boleh Pilih Pelbagai Jenis Bidding

Adakah anda teringin nak guna bidding yang AutoOptimized CPM tapi takut duit anda jalan macam air?

Dalam Power Editor, anda mempunyai beberapa pilihan bidding option yang lebih advance.

7 Kelebihan Power Editor Untuk Pengiklan Facebook


6. Boleh Split Test Dengan Mudah dan Pantas

Bila buat iklan, kita kena selalu ‘split test’ untuk kaji..

  • Apa ‘headline’ & gambar  yang paling menangkap perhatian prospek
  • Apa ‘offer’ yang paling convert
  • Apa ‘call to action’ yang paling banyak orang guna
  • Apa bidding yang paling murah & berbaloi
  • Apa placement yang paling responsif
  • Dan lain-lain…

Kalau nak test semua benda di atas, guna Ads Manager confirm meletihkan dan memakan masa yang agak lama.

Dah la letih nak buat satu-satu, Page anda juga akan serabut dengan banyak post yang lebih kurang sama (dan akan menyebabkan fans anda menyampah!).

Di sinilah Power Editor sangat sangat membantu sebab anda boleh test seberapa banyak variety tanpa menyemakkan Page anda.

Dan semuanya boleh dilakukan dengan sangat mudah & pantas!

Hanya perlu klik ‘Duplicate’ dan modify iklan anda ikut apa yang nak di split test.

7. Boleh Adjust Rupa Iklan Click to Website

Jika anda mempunyai website..

Anda nak buat iklan untuk tarik trafik ke website anda.

Masalah anda mungkin…

  • Size gambar di website tak sama dengan size yang Facebook recommend. Bila share di Facebook, nampak pelik semacam jer. Tak menarik langsung!
  • Tajuk yang anda guna di website pula sangat skema sebab nak SEO friendly. Kalau orang terbaca headline anda, langsung tak rasa teruja nak klik.
  • Dua kes di atas ni biasa sangat berlaku untuk website eCommerce ataupun blog yang menggunakan platform Blogspot (sebab tak boleh set gambar apa yang keluar bila share di Facebook).

Di sinilah Power Editor memainkan peranan!

7 Kelebihan Power Editor Untuk Pengiklan Facebook


Dengan menggunakan Power Editor, anda boleh adjust rupa link anda apabila dijadikan iklan.

Ada banyak lagi KELEBIHAN Power Editor yang saya tak sebutkan dalam post ni..

Kalau saya nak citer semuanya memang panjang, cuma ini antara FUNGSI dalam Power Editor yang saya kerap pakai, yang lain, saya jarang pakai.

Jika anda berminat nak belajar Power Editor dalam bentuk video lengkap, anda boleh belajar dari panduan yang dibuat oleh Firdaus Azizi ni –> VIDEO PANDUAN POWER EDITOR

Pakej ini mengandungi 8 video panduan yang mudah difahami dan sesuai untuk orang baru mahupun orang lama.

Ini antara 8 video yang anda akan dapat.

7 Kelebihan Power Editor Untuk Pengiklan Facebook

Bukan video ni je yang anda akan dapat, sebenarnya, ada lagi video update TERBARU dari pakej ni..

Tuan Firdaus Azizi selalu buat kajian tentang TEKNIK pemasaran Facebook, jadi, anda juga akan dapat video TERBARU dari beliau secara PERCUMA.. 

Anda juga akan dapat join group FB Support yang AKTIF!


Dalam group ini, anda boleh…

  • Bertanya sebarang soalan tentang Facebook Marketing (dari level Beginner sampai Advance) 
  • Dapatkan pandangan daripada rakan-rakan lain 
  • Dapat update tentang strategi pemasaran Facebook terkini

Banyak tu BENEFIT yang anda bakal dapat..


Dulu, saya belajar sendiri je cara nak guna Power Editor ni, mana ada lagi panduan Power Editor masa tu. Saya banyak belajar dari artikel Mat Salleh, tu pun tak banyak yang saya dapat belajar..

Lepas saya beli panduan video Power Editor ni, memang banyak fungsi BARU yang saya tak tahu pun sebelum ni..

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut mengenai panduan ni, anda boleh baca DI SINI..

Semoga bermanfaat!

IdeaBiznet

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!