TEGURAN ILMU DARIPADA SIFU
saya share disini ya…kita baiki baiki baiki sampai pelanggan bercinta untuk beli produk atau servis kita

Semalam saya telah menganalisa hampir 200 ayat iklan.

Dari 200 ayat iklan itu, ada 5 kesalahan lazim yang saya dapat lihat.

[su_frame][/su_frame]

1 ) Cuba ‘target’ semua orang dalam 1 iklan

Katakan produk Maisarah mempunyai banyak manfaat. Ia boleh membantu menyembuhkan 10 jenis penyakit.

Nasihat saya,
pecahkan kepada 10 iklan.

1 iklan untuk penyakit A.
1 iklan untuk penyakit B
Dan seterusnya.

Elak ‘SUMBAT’ semua manfaat dalam satu ayat iklan.

Bayangkan, apa jadi kepada prospek yang ada masalah gout, tapi pada ayat iklan kita ada testimoni diabetes sembuh ?

[su_dummy_text amount=”17″]Mesti dia keliru ![/su_dummy_text]

Biar ayat iklan itu dari awal sampai habis, tentang 1 penyakit sahaja.

Ia lebih mempengaruhi pelanggan jika dibuat begini.

[su_frame][/su_frame]

2) Testimoni tak letak

Satu kesilapan yang besar jika Maisarah tidak memasukkan testimoni dalam ayat iklan.

Pelanggan perlu rasa yakin dengan produk, sebelum mereka membeli.

Untuk meyakinkan pelanggan, meletakkan testimoni dalam ayat iklan adalah salah satu cara yang paling berkesan.

 

3) Ayat arahan bercelaru

” Untuk beli, sila like,komen,share & whatsapp ke 0191234567890 “

Ini contoh ayat arahan yang bercelaru. Kita nak mereka membeli.

Jadi, mudahkan proses mereka membeli produk Maisarah.

Beri satu ayat arahan sahaja.

” WhatsApp ke 0191234567 “

 

4) Ayat terlalu panjang.

Elakkan menulis terlalu panjang.

Tulis maklumat penting sahaja.

Dari pengalaman saya, ayat iklan di FB adalah panjang, jika ia mengambil masa lebih daripada 60 SAAT untuk dibaca dari awal sampai habis.

Melainkan, jika Maisarah seorang penulis yang handal, ayat yang panjang tidak mengapa.

 

5) Tidak memberi sebab untuk prospek respon.

Beri sebab kenapa prospek perlu respon waktu itu juga. Manusia suka bertangguh.

Berikan sebab untuk mereka bertindak serta-merta.

Beri insentif. Beri diskaun,hadiah, atau sebagainya.

Itu saja.

Lihat semula ayat iklan Maisarah. Semak sama ada Maisarah ada melakukan 5 kesilapan lazim ini. Kemudian, baiki supaya iklan Maisarah mampu menarik lebih ramai pelanggan.

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!