5 Kelebihan Pemasaran Email Dalam Pemasaran Internet


Anda pernah guna pemasaran emel?

Masih gunakan lagi pemasaran emel?

Jika YA, saya ucapkan TAHNIAH kerana pemasaran emel merupakan satu tool pemasaran internet yang masih berkesan hingga ke hari ini. Anda memang pandai ambil peluang! 

Kenapa saya kata begitu?

Saya boleh katakan pemasaran emel merupakan antara RAHSIA bagaimana internet marketer Malaysia hasilkan income 5 angka sebulan dalam tempoh masa yang singkat..

Jika anda masih belum guna emel sebagai tool pemasaran, anda boleh daftar di;

Ketiga-tiga ini adalah autoresponder yang digunakan untuk pemasaran emel. Anda boleh pilih mana-mana, setiap satu ada kelebihan tersendiri.. ikut keselesaan masing-masing. 

Untuk orang baru, saya syorkan anda gunakan autoresponder Emelmatik. Anda hanya perlu BAYAR sekali seumur hidup, belajar sikit-sikit cara gunakan autoresponder tu. Lepas dah mahir, anda boleh tukar dan cuba gunakan autoresponder yang lebih advanced seperti Aweber dan Getresponse. 

Ok..

Hari ini saya akan ceritakan apa KELEBIHAN pemasaran email;

1. Menjimatkan Kos

Kos pemasaran email adalah LEBIH MURAH berbanding yang lain seperti fb ad, surat-menyurat dan lain lagi. Dalam pemasaran email, apa yang anda perlukan adalah blog/squeeze page, domain, hosting dan autoresponder. 

2. Jualan Berulang

Dalam pemasaran email selepas pelanggan membeli daripada anda, tak mustahil yang mereka akan membeli lagi kerana mereka sudah percaya kapada anda. Jadi ini akan menyebabkan jualan berulang dan berulang dan BERULANG. Anda juga lebih mudah untuk berhubung semula dengan mereka.

3. Mengikut Sasaran

Sasaran ini pula, anda hanya perlu sasarkan kepada niche anda. Contohnya, niche anda adalah pelaburan hartanah, anda hanya perlu sasarkan orang yang minat kepada pelaburan hartanah sahaja. Anda buat satu kempen dalam autoresponder, siap dengan emel follow up.. KHAS untuk 1 NICHE sahaja.

4. Email Secara Automatik

Dengan bantuan sistem autoresponder, anda boleh menghantar email secara automatik dan ia boleh bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.. TANPA CUTI! Anda juga boleh set up beberapa emel follow up, kemudian emel-emel tersebut akan dihantar mengikut tarikh dan masa yang anda tetapkan

5. Menyimpan Maklumat Pelanggan

Apabila pelanggan mendaftar di blog/squeeze page, anda secara automatik anda sudah menyimpan maklumat mengenai pelanggan. Dengan maklumat ini anda boleh mempromosikan bermacam-macam produk lagi kepada pelanggan anda.


Itulah antara kelebihan pemasaran emel. Untuk permulaan, mungkin agak sukar gunakannya tapi bila anda tahu caranya.. pemasaran emel ini sebenarnya MUDAH. 

Ia sangat membantu bisnes anda untuk JANGKA PANJANG. Cubalah! Tak rugi mencuba sebab ramai dah rasa sales masuk bertubi-tubi hanya dari pemasaran emel sahaja.

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut mengenai pemasaran emel, anda boleh belajar dari panduan ini –> Panduan Lengkap Pemasaran Emel

Panduan ini dibuat dalam bentuk video tutorial, anda akan lebih MUDAH FAHAM kerana panduan ajar step by step bagaimana cara mulakan pemasaran emel. Orang yang ajar ini juga merupakan seorang yang pakar dalam pemasaran emel. Beliau sudah berpengalaman dalam pemasaran emel ini sudah bertahun lamanya. Anda WAJIB belajar dari beliau!

Sebelum saya terlupa..

Dalam panduan video ini, ada 7 modul semuanya. Setiap modul mempunyai TOPIK yang berbeza, anda boleh lihat di sini –> 7 Modul Pemasaran Emel.

Itu sahaja untuk artikel hari ni..

Semoga berjaya!

IdeaBiznet

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!