5 Kelebihan Gunakan Mudah.my Berbanding Website Untuk Yang Baru Mula Bisnes Online

Kebanyakan orang yang nak mula bisnes online sibuk nak buat website sendiri. Memang bagus. Tapi masalah besar akan timbul bila dia sebenarnya BUTA IT. Password emel sendiri pun ingat-ingat lupa…


Saya bagi contoh mudah…

Timah pergi ke GM Klang beli stok tudung untuk dijual. Balik ke rumah dengan stok yang menimbun. Timah pun cuba-cuba buat website sendiri. Tak jadi. Timah pergi seminar buat website. Balik dari seminar cuba lagi. Tak cantik. Timah beli ebook cara buat website. Buat lagi. OK dah cun. Tapi kenapa tiada orang beli?

Orang masih tak beli.. tapi duit dah keluar untuk beli stok tudung. Tangkap gambar tudung untuk iklan. Duit dah keluar untuk pergi seminar. Duit dah keluar untuk beli ebook. Buang masa dan buang duit.

Itu sebab saya selalu nasihatkan, terutamanya pada mereka yang mempunyai pengetahuan IT yang rendah untuk mulakan bisnes online dengan sesuatu yang mudah. Antaranya… Mudah.my lah. Di Mudah.my dah ada 5.2 juta orang yang datang setiap bulan. Buat website canggih dan cantik kalau tiada orang datang nak buat apa? Siapa nak beli? Hantu?

Saya nak kongsikan 5 KELEBIHAN gunakan Mudah.my berbanding website untuk yang baru nak mula bisnes online.

1. Tidak perlu bina website

Ramai yang putus asa untuk berbisnes secara online kerana tidak tahu membina website. Kos untuk mengupah syarikat pereka website untuk membinanya pula boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Tetapi di Mudah.my, anda tidak perlu runsing tentang isu itu.

Anda tidak perlu pening untuk menghadap HTML (Hyper Text Markup Language) iaitu bahasa programming yang digunakan untuk membuat website. Anda juga tidak perlu belajar menggunakan perisian membina website seperti Dreamweaver dan Frontpage. Jika anda langsung tidak mempunyai kemahiran IT, masa yang anda ambil untuk membina website mungkin memakan masa berbulan lamanya.

Jika anda mahu mengupah individu seperti freelancer, anda perlu betul-betul selidik hasil kerja yang telah beliau lakukan. Lihat semua website yang telah beliau bina.

Anda tidak mahu menyerahkan tugas penting ini pada individu yang tidak mampu untuk memberikan komitmen. Namun jika anda sendiri pun langsung tidak mempunyai asas tentang cara membina website, risiko untuk ditipu adalah tinggi.

2. Tidak perlu beli nama domain.

Nama domain atau domain name umpama nama bisnes anda di internet. Setiap nama domain adalah berbeza. Tidak ada satu pun nama domain akan serupa. Nama domain yang selalu digunakan di Malaysia adalah .com, .com.my dan .my.

Nama domain bukannya percuma dan perlu dibeli. Harganya pula dalam lingkungan RM50 sehingga RM150. Anda perlu membayarnya setahun sekali. Tetapi di Mudah.my, anda boleh mendapat nama domain secara percuma. Apabila anda membuka akaun Pro Niaga, anda akan diminta untuk mendaftarkan nama domain Pro Niaga anda. 


Contoh nama domain Pro Niaga adalah:

1. www.mudah.my/ayamserama
2. www.mudah.my/kuihraya
3. www.mudah.my/goldbeauty
4. www.mudah.my/superhealth
5. www.mudah.my/rymfurniture

3. Tidak perlu sediakan hosting.

Hosting umpama tapak bisnes anda. Tanpa hosting anda tidak dapat untuk membina website. Hosting juga perlu dibeli sebagaimana nama domain. Anda perlu membayar yuran tahunan kepada syarikat web hosting. Harganya pula lebih kurang RM150 sebagai permulaan.

Semakin besar ruang laman web yang anda perlukan, semakin tinggi harganya. Begitu juga jika semakin ramai pelawat laman web anda, maka anda perlu mendapatkan pakej hosting yang lebih mahal.

Tetapi di Mudah.my, anda tidak perlu mempunyai hosting kerana Mudah.my sudah pun menyediakannya secara percuma. Anda juga tidak perlu belajar bagaimana untuk menyelenggara hosting sendiri. Proses ini agak rumit bagi sesetengah individu.

4. Tidak perlukan modal

Modal yang saya maksudkan di sini ialah wang ringgit. Secara amnya, anda tidak perlu bayar kepada Mudah.my untuk beriklan. Cuma beberapa kategori sahaja yang memerlukan bayaran minimum. Anda juga hanya perlu bayar untuk menggunakan Premium Service.

Namun, bagi kebanyakan kategori anda boleh meletakkan iklan secara PERCUMA sahaja. Atas sebab inilah ramai peniaga yang menggunakan Mudah.my untuk mengiklankan produk dan servis mereka. Jika pun memerlukan pembayaran, pulangannya amat BERBALOI kerana ramai pelawat yang bersedia untuk menjadi pelanggan. Dengan 5.2 juta pelawat sebulan di Mudah.my, potensinya amat besar!

5. Tidak perlu mencari pelawat

Jika anda telah berjaya membina website sendiri, cabaran seterusnya adalah untuk mencari pelawat atau trafik ke website tersebut. Ini memerlukan kepakaran pemasaran internet yang tinggi. Tidak ada gunanya anda memiliki website yang canggih tetapi tidak mempunyai pelawat. Anda perlu mendapatkan sebanyak mungkin pelawat untuk ditukarkan kepada pelanggan.

Di Mudah.my, anda telah disediakan dengan 5.2 juta pelawat setiap bulan. Anda hanya perlu menawarkan sesuatu yang diingini oleh pelawat ini. Tawarkan produk dan servis yang sentiasa mendapat permintaan ramai. Tak perlu susah-susah nak cari pelawat, anda hanya perlu fokus pada KHIDMAT PELANGGAN.. itu paling penting!

Di Mudah.my sendiri anda boleh selidik produk dan servis apa yang mendapat sambutan hangat daripada pelawat. Dengan maklumat tersebut, anda dapat menukarkan pelawat menjadi pelanggan anda.

Nak mulakan bisnes online anda hari ini dengan mudah? Mulakan dengan Mudah.my! KLIK SINI untuk mula belajar cara BUAT DUIT dengan Mudah.my…


IdeaBiznet

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!